Tuesday, 10 March 2015

Fuhh : Emma Maembong sedia terima lamaran Zizan pula

“SIAPALAH saya untuk hukum dia lama-lama. Sebelum ini pun saya tidak pernah beri sebarang kenyataan yang memang tidak ada ruang langsung atau pintu hati saya tertutup buat dia,” jelas aktres Emma Maembong mengenai kisah cintanya dengan pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak.

Sebelum ini, nama pasangan popular ini sering menjadi tumpuan lantaran kisah cintanya yang sering dilanda kontroversi.

Mengulas lebih lanjut, pelakon Hantu Wefie itu bagaimanapun mengakui tidak serik bercinta lagi, tetapi menyerahkannya kepada takdir ALLAH.

“Kalau ada jodoh pada masa hadapan dan pada masa sama dia mengajak saya berkahwin, maka saya akan terima. Tak payah bercinta lama-lama.


“Tapi buat sementara waktu biarlah dulu perkara ini berlalu lagi pun saya kini tak mahu menaruh harapan padanya,” katanya ketika ditemui pada Sesi Tayangan Eksklusif Episod Akhir Suamiku Encik Sotong di The Strand Mall, Kota Damansara, kelmarin.

Pada masa sama, Emma memberitahu, apa yang berlaku tidak menjadi halangan buat dirinya menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya dan Zizan masih lagi berhubung dan saya tak pernah cakap kami bermusuh disebabkan perkara ini.

“Sekarang masing-masing sibuk fokus dengan karier seni. Apa pun yang berlaku, kehidupan mesti diteruskan,” ulasnya.

Dalam perkembangan terbaharu, Emma memberitahu, dia baharu tamat menjalani penggambaran drama bersiri Isteri Separuh Masa arahan Micheal Ang yang bakal bersiaran mulai 16 Mac ini.

Sumber Asal : http://www.sinarharian.com.my/hiburan/emma-sedia-terima-lamaran-zizan-1.367438

Fuhh: Imej Terkini Zamani Slam Yang Mengejutkan peminat

#Vokalis kumpulan Slam, Zamani kini tampil dengan imej baru selepas isu penyebaran video menyanyi dengan tangan digari apabila ditangkap pihak polis dengan kes dadah.

Zamani Slam dilihat kini tampil dengan berambut pendek dan sangat kemas ketika hadir di mahkamah Ampang telah menerima pelbagai pujian daripada orang ramai.





Fuhh MH370: Paket kertas tisu ada logo MAS ditemui

CANBERRA - AUSTRALIA. Genap setahun kehilangan MH370 pada Ahad, penemuan bungkusan seperti kertas tisu tertera logo MAS oleh sepasang suami isteri di pantai Barat Australia diharap dapat merungkai misteri pesawat malang itu.

Memetik laporan Mail Online, kertas tisu itu sedang dianalisis bagi mengesahkan sekiranya ia dari pesawat malang berkenaan.


Nine News turut melaporkan penemuan bungkusan kecil itu yang masih belum dibuka di pantai Cervantes, Julai lalu oleh pasangan suami isteri terbabit.

Paket tertulis Malaysia Airlines itu dihantar ke Canberra untuk diuji dan disahkan.

Pasangan berkenaan dipetik sebagai berkata, "ia tidak terbuka, memang sesuatu yang luar biasa."

"Jika ia terbuka dan dijumpai terdampar di situ maka ia adalah sesuatu yang berbeza sepenuhnya," kata pasangan itu.

Sementara itu, The Daily Telegraph melaporkan pakar percaya kemungkinan paket kecil bergerak jauh tanpa mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan terbaharu di pantai Barat Australia itu boleh memberikan petunjuk bagi merungkai misteri pesawat MH370 yang hilang bersama 239 orang di dalamnya pada 8 Mac 2014.- Sinar Harian

Monday, 9 March 2015

Fuhh : Hidangan ini seperti ayam goreng, tapi tunggu sampai anda lihat 18 Gambar

Gambar di atas kelihatan seperti ayam goreng. Namun ia adalah hidangan istimewa yang banyak di dapati di negara asia seperti Thailand, Vietnam dan China. Hidangan di atas sebenarnya adalah Ular Tedung Selar Siam Goreng.

Bagi peminat makanan eksotik, hidangan seperti ini mampu memberikan kesihatan yang baik kepada tubuh badan mereka. Organ-organ dalaman seperti hati dan darah haiwan dikatakan dapat memberikan manfaat kepada tenaga s*ks.


Di bawah adalah gambar-gambar bagaimana seekor ular tedung selar Siam hidup disediakan menjadi sepinggan hidangan eksotik daging goreng :

















Bagi orang Islam, makanan eksotik seperti ini adalah haram untuk dimakan walaupun ia kelihatan sedap sehingga menjilat jari.

Sumber Asal : http://penpatah.blogspot.com/2015/03/hidangan-ini-seperti-ayam-goreng-tapi.html