Thursday, 17 July 2014

Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine

KIEV - UKRAINE. Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 295 penumpang didakwa ditembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di sempadan timur Ukraine, malam tadi (waktu tempatan).


Agensi berita Rusia Interfax-Ukraine melaporkan Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko sebagai berkata, seramai 280 penumpang dan 15 kru maut dalam kejadian itu.

Sementara itu, menurut twitter MAS, pesawat berkenaan terputus hubungan ketika berada di ruang udara Ukraine.

Laporan AFP pula mengatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak dari darat berhampiran bandar Shaktarsk dalam wilayah pemberontakan Donetsk.

“Pesawat itu hilang daripada radar pada ketinggian 10,000 meter,” kata laporan itu.

Laporan turut memetik, kejadian mempunyai kaitan dengan pemberontak dan krisis politik di negara itu.

Berita itu disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas menerima laporan dari Ukraine.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam twitter jam 12.06 minit malam tadi berkata:“Saya terkejut dengan laporan sebuah kapal MH terhempas. Kami melancarkan siasatan serta-merta.”

Reuters melaporkan, wakilnya di kawasan itu mengesahkan melihat serpihan MH17 dan mayat.- Sinar Harian

Wednesday, 16 July 2014

Kiki sudah mohon maaf

KUANTAN - Pemandu kereta Peugeot putih yang bertindak membuli pesara yang terlanggar keretanya di tempat letak kereta UTC Kuantan tampil memohon maaf dan mengakui kesalahannya.

Wanita berusia 30 tahun itu memohon maaf kepada Sim Siok Hong, 67, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada petang hari kejadian.


Sinar Harian difahamkan wanita itu juga dijangka tampil ke IPD Kuantan hari ini bagi merekodkan keterangan berhubung kejadian.

Wanita itu telah membuka akaun Facebook baharu semalam menggunakan nama Kiki Kerja Kahwin dan dia membuat permohonan maaf secara terbuka melalui akaun tersebut yang mendapat 8,896 likes sehingga jam 6.30 petang semalam.

“Saya mahu masyarakat menghormati privasi saya. Kadang-kadang orang ada membuat kesilapan. Mohon maaf tulus ikhlas daripada hati seorang rakyat Malaysia ini,” katanya.

Sementara itu, Digi Telecommunications telah menawarkan untuk membayar kos baik pulih kenderaan lelaki warga emas berkenaan.

Status permohonan maaf yang dimuat naik oleh Kiki di akaun Facebook.

Digi melalui laman Facebook rasminya berkata, mereka akan membayar kos baik pulih kereta lelaki terbabit kerana sifat empati yang ditunjukkannya.

Syarikat telekomunikasi itu juga menawarkan untuk membayar ganti rugi kepada wanita terbabit sekiranya dia dapat memaafkan lelaki warga emas itu. -Sinar Harian

6 Gambar Anak Dan Bekas Isteri Angah Raja Lawak

Angah Raja Lawak merupakan antara pelawak yang telah establish namanya di dalam industri hiburan tanah air.

Angah Raja Lawak mula terlibat dengan dunia hiburan setelah menyertai program Raja Lawak musim pertama dan pernah menyertai program Masterchef.Untuk pengetahuan Angah Raja Lawak merupakan seorang duda. Dia telah bercerai dengan bekas isteri, Yasmin dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Nurrina yang kini berusia 11 tahun. Mereka berkahwin pada 13 Disember 2002 dan bercerai pada 2007.


Ini antara kata-kata Angah tentang isterinya:

“Lapan tahun kami bercinta dan perkahwinan hanya dapat kekal selama lima tahun, sedihkan? Saya tidak akan dapat isteri sebaiknya, bayangkan nak keluar bekerja, semuanya disiapkan, makan pakai semua terjaga. Apabila kehilangannya dan hidup bersendirian selama dua tahun ini, saya `lost’ seketika,”

Jom kita layan gambar anak dan bekas isteri Angah Raja Lawak di bawah:

2

2

2

2

Sana-Sini Artis : Ezany & Isteri Bakal Bercerai?

Seorang peminat hiburan hari ini kongsikan satu status terbaru di akaun Facebook milik pelakon Ezany Nizariff dan juga status terkini isterinya, Lizda Nuryanti.


Ezany yang juga merupakan seorang usahawan memuat naik status ringkas berbunyi “It‘s over, the end. Berakhir sebuah cerita“ manakala isterinya menulis penjelasan sedikit panjang termasuk bait bait mengatakan rumahtangga mereka kini seakan berakhir.

“Liz baru balik dari menyembuhkan hati dan mencari kekuatan diri. Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup ini, pasrah dan redha dengan ketentuan Allah selepas melalui proses perpisahan yang perit dalam rumahtangga,” tulis Lizda namun ianya sudah pun dipadam.


Kami tidak pasti apa sebenarnya apa yang terjadi dalam rumahtangga pasangan ini namun dari sumber yang menyampaikan, isteri Ezany ini turut terlibat dengan penipuan wang ringgit bernilai ratusan ribu ringgit di kalangan rakan rakan. Mungkinkah jadi punca? ---Rotikaya

Trauma Isteri Awie, Rozana Rindu Tatap Anak

KUALA LUMPUR:  Air mata wanita ini menitis satu persatu tatkala bercerita peristiwa sedihnya termasuklah kegagalan berjumpa anak-anak.

Rozana Misbun, 36, juga tidak dapat menahan sebak kerana usaha untuk berjumpa anak kandung sendiri dihalang oleh suami, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 46.

“Ina rindukan anak-anak Ina… Sudah sebulan Ina tak jumpa mereka. Panggilan telefon juga tak dijawab,” jelas Rozana yang membahasakan dirinya Ina tatkala membuka bicara.


Dalam satu pertemuan eksklusif dengan mStar Online di Bangsar pada malam Isnin lalu, jelas terbayang pada wajah wanita ini akan trauma kehidupan rumah tangganya bersama Awie.

Namun, dia masih mampu untuk menyembunyikan kisah sebenar alam rumah tangganya malah turut mengelak untuk berkongsi  rentetan peristiwa hitam, insiden dia dikatakan dibelasah suami sendiri.

“Usahlah sentuh kisah Ina dipukul kerana ia sudah melibatkan pihak mahkamah. Cuma Ina ingin kongsi kisah sedih mengenai hati seorang ibu…” pintanya.

Terdahulu Awie telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Awie dan Rozana bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu merkeka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Menerusi perkahwinan terdahulu Awie bersama penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, yang kini tinggal bersama Awie.

Rozana juga telah membuat tiga laporan polis di Balai Polis Daerah Brickfields berhubung kejadian yang berlaku keatasnya termasuklah ancaman halangan untuk berjumpa tiga anak kandungnya.

Ikuti tembual mStar Online bersama Rozana. Klik Sini

Wajah dan Biodata Gadis Peugeot 208 Plat CDM25

Kejadian kemalangan yang melibatkan seorang warga senior berbangsa cina yang terlanggar kereta milik wanita melayu model Peugoet 208 Plat CDM 25 telah mencetuskan kekecohan di media sosial di mana ia menjadi isu hangat serata Malaysia.


Wanita itu kelihatan naik berang setelah keretanya dilanggar di bahagian belakang oleh lelaki cina tersebut. Wanita itu lantas mengamuk sambil memegang 'steering lock' dan menghentam kereta wira milik lelaki cina itu berkali-kali sebagai tanda amarahnya.

Siapa wanita ini CDM25 ini? Wanita ini juga turut dikenali sebagai KIKI KAMARUDDIN




Ini adalah beberapa maklumat yang aku dapat dari kajian di Media sosial. Aku dapat tahu dari maklumat di facebook, wanita berkenaan telah deactive akaun facebooknya lantaran insiden yang berlaku. Dari kajian di media sosial juga mendapati wanita tersebut terlibat dengan sebuah syarikan Rangkaian Kerja Kahwin dan kereta itu telah didaftarkan atas nama syarikat tersebut iaitu Rangkaian Kerja Kahwin


p/s: hurm. kesian jugak dekat dia ni. hopefully orang ramai boleh maafkan dia. dia tak sengaja tu kot. walaupun aku rasa tindakan dia tu tak patut. Mungkin insiden in bakal menjadi titik tolak bagi dirinya menjadi insan yang lebih baik mungkin? sama-samalah kita doakan. - Siakapkeli

Tuesday, 15 July 2014

Tragedi : Suami isteri maut bertembung lori

Gerik : Sepasang suami isteri maut manakala anaknya cedera selepas kenderaan pelbagai guna MPV yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di kilometer 3 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Gerik jam 4.15 pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Gerik berkata, dua mangsa meninggal dunia ditempat kejadian dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan itu.


"Mangsa yang tersepit ditempat duduk meninggal dunia ditempat kejadian manakala anaknya mengalami kecederaan di beberapa bahagian muka dan badan.

"Kemalangan itu menyebabkan kenderaan jenis Proton Ixora yang dinaiki mangsa mengalami remuk teruk di bahagian depan," katanya.Menurutnya, mayat mangsa di bawa ke hospital Gerik untuk tindakan lanjut. -Harian Metro

“Jangan cakap banyak. Kalau tidak aku bunuh”

Shah Alam: “Jangan cakap banyak. Kalau tidak aku bunuh!” Itu ugutan dua lelaki berparang yang menyamun sebuah butik pakaian di Seksyen 7, di sini, 8 Julai lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, dua pekerja butik yang berada di tempat kejadian kerugian dianggarkan berjumlah RM8,000.


Pemilik butik yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 30, berkata, ketika kejadian, butiknya itu baru dibuka kira-kira satu jam dan dua pekerja sedang sibuk mengemas kini stok pakaian manakala seorang berada di stor.

“Saya ketika itu berada di sebuah lagi cawangan butik di Ipoh, Perak,” katanya yang ditemui semalam.
Menurutnya, dua lelaki yang sebelum itu dilihat mundar-mandir di hadapan premisnya dengan memakai beg sandang kemudian meluru masuk butiknya walaupun tahu ia dilengkapi sistem keselamatan.


“Penjenayah terus mengacukan parang ke arah seorang pekerja yang berada di kaunter sebelum menariknya masuk ke dalam pejabat. Mujur seorang pekerja yang berada di stor hanya mendiamkan diri selepas menyedari kekecohan berlaku. -Harian Metro

Video wanita dan pengunci stereng mula viral

SHAH ALAM - Berang kerana kerete baharunya dilanggar, seorang wanita bertindak mengamuk sambil memukul kenderaan pelanggarnya dengan pengunci stereng.


Menurut sebuah portal, kejadian dipercayai berlaku di Kuantan.Insiden bermula apabila seorang lelaki warga emas terlanggar kereta wanita itu dari belakang.

Kejadian kemudiannya sempat dirakam pengguna jalan raya lain malahan 'drama' amukan itu turut menyebabkan trafik di kawasan kejadian menjadi sesak.

Video yang menjadi viral sejak semalam mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial berhubung insiden itu. -Sinar Harian

Marah hendak dicerai, potong kemaluan suami

KUALA LUMPUR - Gara-gara marah kerana mahu diceraikan, seorang wanita warga Myanmar nekad memotong kemaluan suaminya di rumah lelaki itu di Taman Wilayah, Selayang, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, wanita berusia 40 tahun yang telah tinggal berasingan pergi ke rumah suaminya yang juga warga Myanmar untuk berbincang.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, setelah suaminya membenarkan wanita itu masuk dan beliau terus tidur di ruang tamu, wanita itu secara tiba-tiba bertindak memotong kemaluan suaminya dengan pisau.

"Mangsa berusia 40 tahun itu yang telah tertidur berasa sakit di bahagian kemaluannya dan dia terkejut apabila kemaluannya berlumuran darah.

Mangsa melihat isterinya memegang pisau dan dia terus melarikan diri dari rumah itu. Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil," katanya di sini hari ini.

Munusamy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan usaha untuk mengesan suspek masih dipergiatkan. - Bernama

Sana-Sini Artis : Rela jadi isteri kedua

Maria Farida sanggup berkongsi kasih daripada dijadikan wanita simpanan

Kira-kira sedekad wanita ini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal. Tempoh berkenaan bukan dilaluinya dengan begitu saja, namun banyak sekali pengalaman dikutip oleh Maria Farida, yang nyata mematangkan dirinya sebagai insan.


Biarpun bersendirian, pelakon ini gagah melayari kehidupan tanpa lelaki bergelar suami di sisi. Sedikit pun semangatnya tidak patah, apatah lagi dalam usaha membesarkan anak tunggalnya, Mizan Ashley, 17.

Meskipun begitu, jauh di lubuk hati naluri wanitanya tetap terusik. Walaupun mampu hidup sendirian bersama buah hati pengarang jantungnya itu, rasa dahagakan kasih sayang seorang lelaki berpangkat suami tetapi dirasakan wanita jelita ini. - BH

Monday, 14 July 2014

Datuk 48 cucu khalwat dengan isteri orang

KUALA TERENGGANU - Seorang datuk kepada 48 cucu dan empat cicit didenda RM2,400 selepas didapati bersalah atas pertuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, semalam.

Alias Salleh, 78, yang masih beristeri dan mempunyai 18 anak itu turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, dia yang juga seorang bekas guru dan berkahwin sebanyak 25 kali itu memilih menjelaskan denda berkenaan.


Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah berkhalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Berdasarkan pertuduhan, Alias didapati berkhalwat dengan seorang tukang cuci berstatus isteri orang, Zalina Ismail, 31, di sebuah rumah di Taman Perumahan Wakaf Tengah, di sini, kira-kira jam 5 pagi pada 10 Mei lalu.

Sebelum kejadian, Alias dan wanita terbabit yang berasal dari Kampung Mengabang Telong, Batu Rakit, ditahan berdua-duaan di dalam rumah berkenaan oleh sepasukan polis, yang kemudian mendapati mereka tiada sebarang hubungan suami isteri atau mahram.

Pendakwaan dibuat Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof, manakala Alias tidak diwakili peguam syarie.

Terdahulu, Kamalruazmi dalam penghakimannya menasihatkan warga emas itu bertaubat atas kesalahannya, apatah lagi pada usia emas seperti itu kesalahan sedemikian tidak sepatutnya dilakukan.

“Dengan peringkat umur kamu ini, bukan waktu yang munasabah dan sesuai untuk kamu buat kesalahan seperti ini. Kamu nak balik menghadap ALLAH dah...hukuman yang mahkamah jatuhkan kepada kamu tidak boleh menebus kesalahan yang kamu lakukan ini. Insaf dan bertaubatlah,” katanya. -Sinar Harian

Kakak Kapten Zaharie akhirnya buka mulut

SINGAPURA - Kakak kandung juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, akhirnya tampil ke hadapan demi mempertahankan adiknya dari terus didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas kehilangan pesawat tersebut.


Sakinah Ahmad Shah yang selama ini memilih langkah untuk berdiam diri dengan segala dakwaan dan spekulasi mengaitkan Zaharie dengan kehilangan MH370 memilih untuk bersuara menerusi satu temubual dalam program ‘The Mystery of MH370’ bersama sebuah rancangan televisyen NewsAsia Channel.

“Individu yang merancang semua ini mestilah seorang yang cerdik dan bersifat 'Einstein'. Tak akan ada individu yang sanggup memanjangkan masa penerbangan sehingga empat, lima atau enam jam hanya untuk melakukan misi bunuh diri.

“Dia (Zaharie) hanya seorang lelaki yang terlalu meminati dunia penerbangan, dia banyak menghabiskan masa dan duit dengan membeli model-model kapal terbang.

"Kalau boleh, dia mahu pasang sayap pada badannya dan terbang. Itu menunjukkan bahawa dia terlalu meminati dunia penerbangan,” katanya menerusi temubual tersebut.

Persoalan demi persoalan mula dibangkitkan sejak kehilangan MH370 menjadi sebuah misteri sehingga membabitkan kerjasama dan siasatan yang melibatkan 26 buah negara berbeza.

Juruterbang pesawat tersebut, Zaharie turut menjadi suspek utama bagi insiden kehilangan kapal terbang itu.

MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapalnya hilang sejak 8 Mac lalu dan usaha bagi mengesan pesawat tersebut masih dijalankan sehingga kini. --- Sinar Harian

Tuesday, 8 July 2014

Wanita dikurung, dilacur diselamatkan polis

KRUBONG - Lambaian dan tangisan seorang wanita di sebalik pintu jeriji besi berkunci berjaya menyelamatkannya semalam daripada terus dikurung di sebuah rumah kedai di Taman Seri Krubong, di sini, dan menjadi pelacur.

Mangsa berusia 22 tahun yang gagal melarikan diri kerana pintu di tingkat bawah bangunan dua tingkat berkunci, bagaimanapun, berjaya diselamatkan polis yang menerima panggilan orang awam kira-kira jam 2.30 petang semalam.


Menurut sumber, mangsa yang dikurung di dalam sebuah premis di tingkat dua disedari seorang wanita yang kebetulan melalui kawasan itu untuk beli makanan di kedai berhampiran.

“Mangsa dikurung di dalam premis di tingkat dua hanya mampu menangis dan melambaikan tangan meminta pertolongan selepas turun ke bawah.

“Pada mulanya mangsa yang jelas keletihan hanya memberitahu dia kelaparan kerana tidak makan sejak semalam sebelum memberitahu dikurung dan dilacur kepada tiga lelaki sebelum wanita yang menemuinya menghubungi Balai Polis Tanjung Minyak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, polis kemudian bertindak memotong mangga pada pintu jeriji besi premis berkenaan untuk menyelamatkan mangsa.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Perak dibawa ke premis itu oleh dua lelaki berusia lingkungan 30-an kira-kira jam 10 malam kelmarin dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan tiga lelaki sebelum dikurung.

“Mangsa yang dikurung di premis ini sejak malam tadi (kelmarin) turun ke bawah untuk mendapatkan bantuan dan ditemui orang awam dalam keadaan keletihan kerana tidak diberi makan serta minum,” katanya di sini, semalam.

Salehhudin berkata, siasatan juga mendapati mangsa yang mengakui pernah berkahwin menyewa di Rembia, Alor Gajah sebulan lalu dan pernah dilacurkan di beberapa tempat sebelum dibawa ke premis berkenaan.

“Mangsa mengenali suspek yang bawanya ke sini kerana dia sebelum ini pernah dilacurkan di tempat lain. Mangsa yang masih trauma dibawa ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan.

“Kita percaya terdapat sekurang-kurangnya lima suspek dalam kes ini dan siasatan lanjut mengenainya masih dijalankan,” katanya.

Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Lim Jak Wong ketika dihubungi berkata, premis yang berpapan tanda pejabat DAP Cawangan Seri Krubong itu sudah tidak beroperasi selepas dibubarkan beberapa tahun lalu, namun papan tanda itu lupa diturunkan. -Sinar Harian

World Cup : Jerman ke final, belasah Brazil 7-1

JERMAN melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali kelapan selepas membelasah Brazil 7-1 pada separuh akhir yang amat memalukan juara lima kali Piala Dunia itu.


Selepas mendahului 5-0 pada babak pertama, Jerman menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua untuk mendahului 7-0, sebelum pemain Brazil, Oscar menyumbat satu-satunya gol tunggal tuan rumah.

Jerman menerusi Toni Kroos dan Andre Schuerrle masing-masing meledak dua gol, manakala tiga lagi jaringan diperoleh menerusi Thomas Mueller, Miroslav Klose dan Sami Khedira.

Jerman akan menentang pemenang di antara Argentina atau Belanda, yang bakal berentap pada satu lagi separuh akhir, esok. - Sinar Harian

Monday, 7 July 2014

Artis :Neelofa kongsi sebab berhijrah di ikim fm

Penghijrahan Neelofa baru baru menjadi perhatian ramai dan mesti ada diantara anda ingin mengetahui kisah disebalik keputusan pelakon & pengacara popular ini untuk bertudung penuh.


Neelofa muncul dalam sebuah segmen melalui siaran radio IKIM FM untuk menceritakan kisah perjalanan beliau sepanjang lebih setahun untuk mencari kebahagiaan yang kekal selepas memiliki segalanya dalam hidup.

Selain mengikuti kelas agama & membaca, antara langkah awal Neelofa untuk terus berhijrah adalah untuk melengkapkan solat lima waktu dan berkat doa dalam solat harian, Neelofa percaya Tuhan turunkan hidayah untuk dirinya.

Dengar audio lengkap di atas, semoga ada sesuatu yang boleh kita pelajari.- Rotikaya.com

Privacy Policy

Privacy Policy for http://bhariannews.blogspot.com 

If you require any more information or have any questions about our privacy policy, please feel free to contact us by email at nawawi3369@gmail.com.

At http://bhariannews.blogspot.com, the privacy of our visitors is of extreme importance to us. This privacy policy document outlines the types of personal information is received and collected by http://bhariannews.blogspot.com and how it is used.

Log Files
Like many other Web sites, http://bhariannews.blogspot.com makes use of log files. The information inside the log files includes internet protocol ( IP ) addresses, type of browser, Internet Service Provider ( ISP ), date/time stamp, referring/exit pages, and number of clicks to analyze trends, administer the site, track user’s movement around the site, and gather demographic information. IP addresses, and other such information are not linked to any information that is personally identifiable.

Cookies and Web Beacons 
http://bhariannews.blogspot.com does use cookies to store information about visitors preferences, record user-specific information on which pages the user access or visit, customize Web page content based on visitors browser type or other information that the visitor sends via their browser.

DoubleClick DART Cookie 
.:: Google, as a third party vendor, uses cookies to serve ads on http://bhariannews.blogspot.com.
.:: Google's use of the DART cookie enables it to serve ads to users based on their visit to http://bhariannews.blogspot.com and other sites on the Internet.
.:: Users may opt out of the use of the DART cookie by visiting the Google ad and content network privacy policy at the following URL - http://www.google.com/privacy_ads.html

Some of our advertising partners may use cookies and web beacons on our site. Our advertising partners include ....

Google Adsense

These third-party ad servers or ad networks use technology to the advertisements and links that appear on http://bhariannews.blogspot.com send directly to your browsers. They automatically receive your IP address when this occurs. Other technologies ( such as cookies, JavaScript, or Web Beacons ) may also be used by the third-party ad networks to measure the effectiveness of their advertisements and / or to personalize the advertising content that you see.

http://bhariannews.blogspot.com has no access to or control over these cookies that are used by third-party advertisers.

You should consult the respective privacy policies of these third-party ad servers for more detailed information on their practices as well as for instructions about how to opt-out of certain practices. http://bhariannews.blogspot.com's privacy policy does not apply to, and we cannot control the activities of, such other advertisers or web sites.

If you wish to disable cookies, you may do so through your individual browser options. More detailed information about cookie management with specific web browsers can be found at the browsers' respective websites.