Tuesday, 8 July 2014

World Cup : Jerman ke final, belasah Brazil 7-1

JERMAN melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali kelapan selepas membelasah Brazil 7-1 pada separuh akhir yang amat memalukan juara lima kali Piala Dunia itu.


Selepas mendahului 5-0 pada babak pertama, Jerman menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua untuk mendahului 7-0, sebelum pemain Brazil, Oscar menyumbat satu-satunya gol tunggal tuan rumah.

Jerman menerusi Toni Kroos dan Andre Schuerrle masing-masing meledak dua gol, manakala tiga lagi jaringan diperoleh menerusi Thomas Mueller, Miroslav Klose dan Sami Khedira.

Jerman akan menentang pemenang di antara Argentina atau Belanda, yang bakal berentap pada satu lagi separuh akhir, esok. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment