Monday, 4 August 2014

Artis: Punca sebenar Ezany tolak permohonan cerai isteri, Lizda

Pelakon terkenal, Ezany Nizariff menolak permohonan cerai isterinya, Lizda Nuryanti Abidin yang difailkan pada 17 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam.




Serentak dengan itu, Ezany turut memberitahu Mahkamah berhubung permohonan nusyuz (perintah kembali taat) yang sudah difailkan terhadap Lizda pada 22 Julai lalu.

Meskipun begitu, Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar telah memerintahkan pasangan terbabit agar membentuk satu jawatankuasa pendamai sebagai langkah seterusnya bagi menyelesaikan masalah rumahtangga mereka sementara menunggu pembicaraan disambung semula pada September depan.


Terdahulu, khabar tentang keretakan rumahtangga aktor itu tercetus selepas Ezany Nizariff membuat laporan polis berhubung dakwaan yang mengatakan isterinya telah dilarikan seorang lelaki pada waktu subuh 17 Julai 2014.[ Sumber ]

No comments:

Post a Comment