Tuesday, 5 August 2014

Eina Azman Pilih Datuk Paduka Gurmet Sebagai Suami

Pelakon Eina Azman, 19, akui bakal mengakhir zaman bujangnya dengan seorang jejaka, Datuk Paduka Gurmet Singh yang jauh beza dengan usianya iaitu berusia 35 tahun pada hujung tahun ini.

Pelakon yang pernah dikaitkan dengan pelakon Afiq Muiz itu berkata kepada Harian Metro kematangan, sikap tanggungjawab dan saling menasihati menyebabkan Eina jatuh cinta kepada Gurmet Singh.


“Awal perkenalan kami biasa-biasa saja dan ia bukanlah cinta pandang pertama. Perasaan sayang dan cinta hadir secara perlahan-lahan kerana Gurmet lelaki bertanggungjawab, matang dan suka menasihati saya. Situasi yang amat berbeza apabila saya berkawan dengan orang muda yang banyak berangan-angan. Kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami.

“Biarpun beza usia 15 tahun, kami berdua dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain. Insya-Allah kami bercadang untuk membina mahligai rumah tangga pada penghujung tahun ini tanpa adanya majlis pertunangan

“Keputusan untuk berkahwin bukanlah saya lakukan dalam keadaan tergesa-gesa, tetapi selepas berfikir de­ngan mendalam. Sejauh mana pun saya pergi dan setinggi mana pun kejayaan yang dikecapi, saya perlukan suami di sisi. Sama ada lambat atau cepat, saya akan berkahwin juga nanti.

“Sekiranya rezeki saya dalam bidang lakonan masih ada, Gurmet tidak menghalang saya untuk meneruskannya. Saya pun sudah serik dihujani kontroversi dan semoga dengan perkahwinan itu nanti menjadikan hidup saya akan lebih aman dan tenteram,” katanya.

Eina memberitahu bakal suaminya yang berbangsa sikh itu akan memeluk Islam tidak lama lagi sebeulm hujung tahun ini.[ Sumber ]

No comments:

Post a Comment