Sunday, 3 August 2014

Jom Lihat :3 Gambar Tasha Shilla dan kekasih nya Han di Hari Raya

Pertama kali memakai kostum raya, khusus untuk Aidilfitri kali ini, Tasha Shilla dan lelaki yang cukup istimewa dalam kehidupannya kini, Wong Han Chen atau Han sebaliknya bukan meraikan hari perayaan tersebut bersama-sama.


Mereka sebenarnya memakai pakaian raya itu untuk sama-sama menghadiri rumah terbuka Aidilfitri buat pertama kali bersama iaitu pada Sabtu 2 Ogos lalu bersamaan pada hari raya keenam.

Kebetulan Tasha yang dihubungi menerusi telefon pada hari raya keenam tersebut menegaskan, dia dan Han bakal beraya pada sebelah malamnya di rumah keluarga dua sahabat Han yang hanya dikenali sebagai Aiman dan Imran di Subang Jaya, Selangor.

"Han tinggal bersama keluarganya di Wangsa Baiduri, Subang Jaya. Di situ, dia sudah biasa dengan kejiranan Melayu. Aiman dan Imran yang tinggal di situ bersama keluarga masing-masing merupakan kawan baik Han," jelas Tasha.



Cerita Tasha mengimbas kembali sambutan Aidilfitri pada Isnin, 28 Julai lalu, pada mulanya dia merancang untuk membawa Han pulang beraya di kampungnya di Kulai, Johor.

"Namun, Han tak dapat cuti daripada tugasannya," ujarnya tentang Han yang kini mengusahakan bisnes keluarganya.
Tambah Tasha: "Tasha balik beraya di Kulai pada hari raya pertama selepas terlebih dahulu beraya di kediaman keluarga Tasha di Ampang, Selangor. [ Sumber ]

No comments:

Post a Comment