Thursday, 25 September 2014

Artis: Anak Awie Menangis, Tak Mahu Tinggal Bersama Rozana Misbun

Terbaca di OhBulan, ada artikel mengatakan anak Awie tidak mahu jumpa dan tinggal dengan ibunya, Rozana Misbun.

Anak-anak Awie belum bersedia dengan apa yang berlaku dan selesa duduk tinggal dengan bapa, Awie.



Ini Kata Awie:

Bila keluar berita mereka menangis. Mereka taknak pergi pada dia. Saya tak beritahu apa-apa, saya taknak mereka tahu. 

Saya rasa terlalu awal untuk mereka fikirkan perkara ini, biar mereka fokus dengan sekolah mereka. Mereka terlalu kecil untuk memahami, mereka langsung tak tanya apa. Bila keluar di televisyen mereka takut.

Saya berdoa semoga Allah takkan memisahkan saya dan anak-anak, apa pun yang berlaku biar mereka ada didepan saya. Saya akan cuba sampai dapat. Saya minta pada tuhan jangan pisahkan saya dengan anak-anak saya, biar saya berpisah dengan bini.

Semoga kes Awie dan Rozana cepat selesai demi anak-anak.

Sumber

Wednesday, 24 September 2014

Artis: Aeril Zafrel & Wawa Zainal Didenda Nikah Tanpa Kebenaran

SHAH ALAM: Pelakon Aeril Zafril didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini pada Khamis atas kesalahan melakukan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Rujuk dan Cerai menurut Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairi Sunari, 26, dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,000 atau penjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Saharuddin Selamat.



Dalam pada itu, aktres Wawa Zainal yang juga isteri Aeril turut mengaku bersalah bersubahat atas kesalahan sama dan dikenakan denda sebanyak RM800 atau penjara sekiranya gagal membayar denda.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 22, melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 134 (subahat) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Kedua-dua pasangan itu diwakili Peguam Syarie, Mohd Aizan Md Idrus manakala pertuduhan dibuat Pendakwa Syarie, Khafizah Ahmat Khairi.

Menurut pertuduhan, Aeril dan Wawa melakukan pernikahan tanpa kebenaran pada 25 Februari 2012 di sebuah rumah beralamat 2, Lorong 7A, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya kira-kira pukul 8 malam.

Sementara itu, bapa angkat Aeril, Wahap Raub yang turut dituduh bersubahat dalam kes berkenaan turut dikenakan denda sama seperti Wawa.

Dua lagi tertuduh iaitu bapa Wawa iaitu Zainal Abidin Sulong yang bertindak sebagai wali dan Salim Asari tidak menghadirkan diri kerana berada di Sabah.

Dalam perkembangan sama, usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan pasangan itu gagal selepas mereka menghilangkan diri sejurus kes itu selesai.

Pasangan itu yang pada mulanya berjanji untuk memberikan kenyataan membiarkan sekumpulan wartawan menunggu di perkarangan mahkamah selama 30 minit sebelum diberitahu mereka telah pulang.

Aeril dan Wawa bernikah buat kali kedua dengan kebenaran pada 4 Februari tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata Ahmad Fakharuddin Attar yang kini berusia 15 bulan.--mStar

Artis: Gambar Bulan Madu Eina Azman Dan Datuk Kaiser Gurmeet

Eina Azman dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet kini sedang berbulan madu di Maldives.

Kepulauan Maldives sememangnya cantik dan indah dan popular sebagai tempat berbulan madu. Pulau ini berdekatan dengan Sri Lanka dan sering juga menjadi tumpuan artis dan orang kaya di seluruh dunia untuk berehat.

Ketika bercuti di Maldives, Eina Azman sempat berkongsi beberapa keping gambar romantiknya bersama suami di laman sosial.

Jom layan gambar Eina Azman berbulan madu:










Artis: Perempuan 'gila' mana mahukan saya?

PERGOLAKAN rumah tangga membabitkan vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, dan isterinya, Rozana Misbun, 36, masih menjadi perhatian ramai.

Biarpun mengakui bahagia bersama lima orang anaknya, Awie berkata dia tetap memerlukan seorang wanita di sisinya.

Namun buat masa ini dia belum terfikir mahu mencari pengganti kerana sejujurnya kata Awie, apa yang dilaluinya sekarang membuatkan dia takut untuk mendirikan rumah tangga pada masa depan.

“Saya tak boleh tipu diri saya dan saya memang memerlukan wanita (seorang isteri) di sisi saya. Kadang-kadang kita tertekan dengan masalah kerja dan pada siapa lagi kita nak mengadu kalau bukan pada isteri kita.

“Tapi, perempuan gila mana yang mahukan saya? Mungkin ada tapi boleh ke dia sayang saya dan sayang lima anak. Mampu ke dia tahan dengan kerenah-kerenah anak-anak saya yang sedang membesar?



“Bagaimanapun saya belum terfikir ke arah itu (kahwin lain) lagi. Bercerai pun belum," katanya.

Hasil perkahwinan bersama Rozana, Awie dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah (7 tahun), Putra Ahmad Rezzki (6 tahun), Puteri Qasseh Antasha (4 tahun).

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.

Menyentuh mengenai hak penjagaan sementara anak yang dibatalkan baru-baru ini, Awie berkata, anak-anaknya menangis sebaik mengetahui perkara itu daripada berita di TV.

"Mereka selesa hidup bersama saya kini dan bila dapat tahu mengenai hal itu, mereka menangis. Apa pun selepas ini, saya akan mempertahankan dan memastikan mereka bersama saya," katanya

Malah, ujar vokalis kumpulan Wings ini,  dia tidak menafikan timbul sesalan dalam dirinya dengan apa yang terjadi tetapi dia menganggap semua itu adalah fitrah kehidupan.

“Saya anggap ini semua fitrah hidup dan pengajaran besar buat diri saya. Sesal tu ada tapi hidup mesti diteruskan. Insya-Allah saya ada perancangan-perancangan untuk masa depan anak-anak. Saya berdoa pada Tuhan agar jangan pisahkan saya dengan anak-anak," ujarnya.--Sinarharian

Foto Nora Danish Buka Stokin Kekasih Ala Scene Ombak Rindu. Comel Tak?

Macam orang-orang tua selalu cakap ‘masa bercinta, bau kentut pun wangi.’ Tapi tu hanyalah perumpamaan je, jangan dibuat betul-betul pula.


Ha.. ni nak cerita sikit tentang pasangan yang sedang hangat bercinta. Siapa lagi kalau bukan Nora Danish dengan buah hatinya, Nedim.

Lewat malam semalam, kami menerima screenshot foto Nora yang terpaksa membukakan stokin Nedim. Ala, macam dalam scene filem Ombak Rindu tu!

Screen Shot 2014-09-24 at 11.06.05 PM

Apa yang boleh kami katakan, kami bagi 5 bintang dengan reaksi comel Nora dan pose bossy yang di’lakon’kan oleh Nedim itu. Macam real je Nora kena buli dengan Nedim kan?

Dah terlanjur dapat gambar ini, kami pun lihatlah komen daripada para peminat pula. Apa lagi, peminat pun memang teruja melihat foto ini dan mendoakan agar mereka berdua cepat-cepat ke jinjang pelamin.

nd

Malah, dek kerana ‘keberkesanan’ lakonan mereka, ada juga followers Nedim yang mencadangkan agar dia menceburi bidang lakonan.Wah..kalau Nedim masuk dunia hiburan, tak dapat nak cari makanlah pelakon-pelakon lelaki yang sedia ada sekarang ni. Tapi, logik juga kan cadangan mereka. Mana tahu memang Nedim ada bakat lakonan terpendam ke kan?

Tuesday, 23 September 2014

8 GAMBAR: Datin Paduka Eina Azman & Suami Berbulan Madu Di Maldives

Umum mengetahui yang pelakon cantik Eina Azman sudah berkahwin dan sekarang beliau dan suami sedang berbulan madu di tempat peranginan popular iaitu di Maldives.

Pergh~~~~~ Jernih yang amat air laut di Maldives ini. Memang patutlah orang kata kalau berbulan madu di sini memang terasa macam di syurga. Lebih-lebih kalau anda minat ‘scuba diving’. Dapat tengok keindahan batu karang, ikan dan macam-macam lagi. Tentu Datin Paduka Eina Azman dan suami sedang menikmati saat indah berdua di sana. Seronoknya!!!



Pengantin baru ini sempat memberikan satu ciuman ke pipi kepada suami tercinta. Sweet sangat-sangat!!! Semoga ia berkekalan sehingga bila-bila. Semoga honeymoon Datin Paduka Eina Azman dan suami akan membuahkan hasil. Harap-harap balik nanti ada berita baik mengenai kehadiran orang ketiga.

Kami sertakan beberapa gambar romantik dan bahagian mereka bersama untuk tatapan semua peminat-peminat beliau, cantikkan air laut Maldives ini. Bertuah Eina dah sampai ke sana. Layan

eina3 2 TERKINI! (8 GAMBAR)Datin Paduka Eina Azman & Suami Berbulan Madu Di Maldives

eina 2 TERKINI! (8 GAMBAR)Datin Paduka Eina Azman & Suami Berbulan Madu Di Maldives

eina2 2 TERKINI! (8 GAMBAR)Datin Paduka Eina Azman & Suami Berbulan Madu Di Maldives

eina5 1 TERKINI! (8 GAMBAR)Datin Paduka Eina Azman & Suami Berbulan Madu Di Maldives

eina6 1 TERKINI! (8 GAMBAR)Datin Paduka Eina Azman & Suami Berbulan Madu Di Maldives

eina7 1 TERKINI! (8 GAMBAR)Datin Paduka Eina Azman & Suami Berbulan Madu Di Maldives

eina8 1 TERKINI! (8 GAMBAR)Datin Paduka Eina Azman & Suami Berbulan Madu Di Maldives

Sumber : http://beautifulnara.com

Padu! Giliran Sharnaaz Ahmad Nasihat Shila Amzah.

Sekitar minggu lalu, kecoh dunia hiburan dek kontroversi Shila Amzah yang telah menempelak media melayu kerana tak hadir dan memberikan liputan untuk konsert sulungnya baru-baru ini.

Dek kerana itu, saban hari pasti ada saja berita yang keluar mengenai gadis ini. Tindakannya itu bukan sahaja memberi kesan terhadap keluarganya, malah aktor Sharnaaz Ahmad turut terkena tempias.


Kalau korang nak tahu, Sharnaaz mengakui bahawa ramai rakan media bertanyakan soal Shila kepadanya walaupun mereka kini sudah membawa haluan masing-masing.

Iyalah, kami faham kenapa media bertanya, semua kerana kisah percintaan kontroversi mereka suatu ketika dulu. Namun, nampaknya Sharnaaz kini lebih matang dalam berbicara.

Malah, bila kami minta Sharnaaz ulas sedikit mengenai kontroversi ini, dia turut memberikan nasihat yang baik dan bernas buat Shila. Nak tahu apa Sharnaaz kata? Meh tengok sini :

Apa saya boleh cakap, satu sahaja, berbaik-baiklah. Kita ni sama-sama, saya pun dengan media tak ada masalah. Dia (selebriti dan media) saling memerlukan. Why not kita sama-sama saling membantu.

Macam apa yang dia cakap ada betul, apa yang media cakap pun betul. Selama ni media yang banyak cover dia di Malaysia sebelum dia ke China. Apa yang dia katakan pun ada betul dan salahnya juga. At least, kita bincang elok-eloklah. Sebab tu saya cakap bahaya laman sosial ni. Sebab orang akan salah anggap. So, why not kita jumpa berdepan, selesai elok-elok.

Saya sendiri mengaku dulu saya pernah buat salah. Kita manusia memang tak lari dari salah. Tapi, saya berani mengaku kesilapan saya.

Saya harap orang-orang yang melakukan kesilapan, berani mengaku kesilapan diorang dan berubah untuk kebaikan. Rendahkan ego, orang lagi respect dan sayang kita.

Hmmm, ada benarnya apa yang dikatakan Sharnaaz ni. Iyalah, selebriti dan media memang saling memerlukan. Kalau tak ada media, siapa yang akan membantu kerjaya artis kan. Begitulah sebaliknya.

Baca sepenuhnya di : Ohbulan

Kisah Seorang Lelaki Dipaksa Nikahi Perempuan Cantik Ini Terima Lebih 27,000 Komen

Kisah ini ditulis oleh seorang penulis terkenal, Bahruddin Bekri.

Selami kisah cinta yang sarat dengan pengajaran ini.



DIPAKSA MENIKAHI PEREMPUAN CANTIK

Seminggu lagi, aku akan menikah, tetapi hari ini aku masih di sini, kota besar, sendiri mengenangkan nasib. Tidak ada wang, tidak ada kereta, tidak ada kerja, tidak ada apa-apa selain, telefon murah, dan oh… telefon aku juga tidak punya kredit.

Sewa rumah pun belum aku bayar, tetapi aku akan menikah lagi seminggu. Majlisnya sederhana, bernikah dengan gadis kampung sebelah, di rumah ibu gadis itu, dan aku tidak kenal lagi siapa gadis itu. Orang tua aku yang mengaturkannya, dan aku masih terfikir-fikir, mengapa orang tua gadis itu, sanggup mengahwinkan anaknya dengan seorang lelaki seperti aku.

Aku lelaki yang apabila ditanya apa kerjanya, aku tidak tahu bagaimana harus menjawab. Aku memang bekerja tetapi, kerja sambilan di hotel, tolong kawan-kawan yang meniaga online di internet, ada sesekali mengikuti seminar MLM, dan banyak waktu duduk di rumah sewa, menatap akhbar mencari kerja.

Lalu, atas sebab apa ibu bapa gadis itu, sanggup menikahkan anaknya kepada aku, dan hantaran kahwinnya, cuma senaskah Al Quran, dan mas kahwin cuma RM80.00. Lebih menghairkan, semua kenduri ditanggung oleh keluarga si gadis.

Mengapa? Bertambah aku tidak mengerti, apabila, orang tua gadis itu, mengahwinkan aku dengan anak perempuannya yang cantik, yang bertudung litup. Ya, aku ada melihat gambarnya, dan atas sebab kecantikan itulah, aku walaupun dengan semua kehairanan itu, aku setuju juga dengan perkahwinan yang diatur keluarga ini. Ditambah cerita, perempuan itu lulusan universiti luar negara, berkerja sebagai pegawai kerajaan yang gajinya, cukup bagi membayar ansuran kereta BMW.

Pada mulanya, aku fikir aku ibarat tikus yang jatuh ke dalam guni beras, tetapi ketika majlis semakin hampir, aku mula terfikir, ada perkara yang disembunyikan. Adakah gambar yang diberi sama dengan wajah aslli perempuan itu? Adakah perempuan itu sebenarnya ibu tunggal? Atau yang paling menakutkan aku, perempuan itu sedang mengandungkan anak orang lain, dan aku menjadi ‘pak sanggup’. Lalu, daripada sinilah kisah aku ini bermula.

***

Tengah hari itu aku nekad pulang ke kampung. Aku nekad, menyiasar latar belakang bakal isteri, dan mengapa ibu bapanya, sanggup melepaskan anaknya kepada lelaki seperti aku. Cuma tidak pasti, apakah cara untuk menyiasat, dan semasa di dalam bas aku kira beruntung, duduk di sebelah seorang lelaki yang peramah.

Kepada lelaki itu aku bertanya, “Bagaimana mahu tahu latar belakang bakal isteri kita?”

“Senang sangat. Kalau dia ada FB, buka FB dia, atau taip sahaja nama penuhnya di internet. Nanti adalah maklumat tentang dia. Kalau susah sangat, pergi tempat kerja dia, tanya kawan-kawan dia, atau tanya jiran-jiran dia.”

Untuk menyiasat tentang tunang aku itu di internet, nama penuhnya pun aku tidak tahu. Aku cuma diberitahu, namanya, Sarimah. Berapa ramai orang nama Sarimah di internet? Lalu aku ambil nasihat kedua lelaki itu, tanya rakan-rakan sekerjanya, dan mujur aku tahu gadis itu bekerja di pejabat KEMAS di pekan.

Sampai sahaja di kampung, aku pinjam motosikal ayah, terus ke pejabat KEMAS. Aku tidak tahu apa jawatannya, tetapi pejabat sebesar itu, berapa ramai sangatlah orang namanya sama. Tetapi agak tidak logik pula aku terus masuk ke pejabat dan bertanya berkenaan bakal isteri. Lalu akhirnya aku ambil keputusan menunggu dan memerhati di seberang jalan.

Aku fikir, mungkin pada waktu makan tengah hari, Sarimah dan wakan-kawannya akan keluar dan, apabila sudah cam wajah kawan-kawannya, semasa balik nanti boleh tanya tentang Sarimah. Itulah rancangan aku, rancangan yang diatur kemas. Lalu aku pun duduklah di atas motosikal menghadap pejabat kemas yang cuma setingkat.

Kemudiannya datang pula rasa menyesal, sebab pada jam 11 pagi, cuaca sudah terik. Di situ pula belum ada pokok yang rendang, kerana semuanya baru sahaja dicantas dahannya. Sudah panas terik, pengawal keselamatan di luar pejabat pula asyik meninjau-ninjau. Bukan pengawal keselamatan, malah orang yang lalu lalang di situ turut memerhati.

Aku lupa, ini pekan kecil, jadi segala perbuatan yang bukan kebiasaan akan menjadi perhatian. Perbuatan aku, yang duduk di hadapan pejabat kemas adalah bukan perkara biasa. Nampak terlalu aneh.

Akhirnya, aku semakin berasa menyesal kerana dari jauh aku lihat seorang perempuan keluar dari pejabat. Semakin dekat perempuan itu, semakin aku berasa berdebar. Wajahnya semakin jelas, dengan tudung kuning cair dan baju kurung biru muda. Dia adalah bakal isteri aku, yang aku cuma kenal namanya sebagai Saramih. Hanya itu.

Aku fikir, mahu sahaja menghidupkan motosikal dan kemudiannya terus pergi dari situ tetapi semuanya sudah terlambat apabila Sarimah berkata, “Awak Salman?”

Aku memberikan senyuman yang paling terpaksa pernah saya buat. Lebih terpaksa daripada senyum terpaksa apabila bertemu dengan cikgu semasa sekolah dahulu.

“Ya, saya. Awak boleh cam?”

“Kawan di pejabat yang beritahu, ada lelaki di sebearang jalan. Mereka mengusik saya, mungkin saya kenal, dan saya mula perasan wajah awak sama dengan gambar yang emak saya beri.”

Satu pejabat perasan aku menunggu di hadapan pejabat? Teruk betul cara aku mahu menyiasat. Kemudian pantas aku memerhatikan wajah Sarimah, dan ternyata wajah aslinya jauh lebih cantik daripada wajah pada gambar. Mungkin sebab itu gambar pasport. Orang tua dia pun satu, ambillah gambar lain. Ini tidak gambar pasport anak dia pula. Enhtah-entah, emak ayah aku pun berikan gambar pasport aku. Ketika itu juga aku rasa berdebar. Sebab, seingat aku semasa aku bergambar pasport, aku baru sahaja bangun tidur.

Aku perhatikan pula perutnya, tetapi tidak nampak ada apa-apa tanda perempuan mengandung. Pada ketika aku memerhati itu, aku perasan dia terus silangkan tangannya di perutnya dan terus aku berasa malu. Mesti dia perasan aku pandang perutnya, dan entah apalah dalam fikirannya sekarang.

Kemudiannya, aku perasaan lagi yang Sarimah ini perempuan yang berani. Berani untuk keluar berjumpa dengan aku. Kalau perempuan lain, tentu mereka tidak berani. Barulah aku sedar, inilah pertemuan pertama aku dengan bakal isteri aku. Pertemuan dalam keadaan yang agak aneh.

Selepas pertanyaan itu, kami tiba-tiba diam. Kami hanya berdiri di tepi jalan raya, sambil memandang ke arah yang sebenarnya agak aneh untuk dipandang. Aku memandang ke arah pokok dan Sarimah memandang ke arah motosikal ayah aku.

Aku tahu, ini keadaan yang tidak betul dan aku sebagai lelaki perlu menunjukkan contoh yang baik kepada bakal isteri aku. Jadi, selepas puas berfikir dan memberanikan diri, aku berkata, “Sudah makan?”

“Saya diet.”

Nasib baik dia kata dia diet. Bagaimana kalau dia kata, marilah kita makan, memang aku akan jahanam sebab di dalam dompet aku cuma ada lima ringgit. Mana cukup. Selepas itu, keadaan kembali sepi.

“Saya mahu masuk pejabat balik,” kata Sarimah sopan dan membuatkan aku lega.

“Saya pun mahu balik,” balas aku, dan rupa-rupanya lega aku tidak lama.

“Malam ini jemputlah datang rumah.”

“Datang rumah awak?”

“Ya, makan malam dengan keluarga saya.”

Aku diam. Berdebar-debar.

“Jemputlah sekali ayah dan emak awak kalau mereka tidak ada halangan.”

“Baiklah, selepas maghrib saya saya sampai.”

***

Sepanjang perjalanan balik aku berasa tidak puas hati dengan diri aku. Mengapa aku tiba-tiba menjadi kaku. Sepatutnya, pada waktu itulah aku banyak tanya bagi menyiasat mengapa dia dan keluarga dia memilih aku.

Cuma malam ini aku berasa sedikit gerun. Alamat rumah Sarimah, aku boleh tanya ayah aku, tetapi adakah aku patut bawa ayah dan emak aku sekali? Tidak.. tidak…. Bukannya aku tidak tahu, biasanya kalau emak ada sekali, habis semua rahsia anak dia ceritakan. Seronok betul cerita rahsia anaknya.

Lagipula aku ada banyak rahsia yang tidak patut Sarimah dan emak ayahnya tahu. Rahsia yang aku paling takut emak akan beritahu adalah, hampir setiap bulan aku masih lagi meminta duit daripada emak aku. Memang memalukan tetapi untuk pergi seorang diri pula, memang aku tidak yakin.

Akhirnya, aku ada idea paling bernas. Aku terus melencong ke rumah kawan lama aku, Rudy. Bukan setakat kawan lama, tetapi juga kawan karib. Aku yakin dia ada di rumah, kerana dia juga senasib dengan aku, belum ada kerja tetap. Bezanya, dia bertarung hidup di kampung, dan aku bertarung hidup di kota.

Sampai sahaja di rumah Rudy, aku lihat Rudy sedang duduk di tangga sambil bermain gitar. Itulah kemahiran Rudy yang aku sangat cemburu. Aku tidak pandai bermain gitar dan akibatnya…. oh… ada lagi rupanya kemahiran Rudy yang aku tidak ada. Rudy pandai mengorat gadis dengan bermain gitar, dan Rudy sangat berani berhadapan dengan perempuan, tidak seperti aku. Itulah akibatnya, aku tidak ada keyakinan apabila berhadapan dengan perempuan.

“Lama tak nampak,” kata Rudy sebaik aku duduk di sebelahnya.

“Taklah lama mana. Baru dua bulan lebih.”

“Lamalah tu.”

Aku diam, dan cuba mendengarkan petikan gitar lagu rock kapak, ‘Suci Dalam Debu’. Aku cuba menyusun ayat, bagi mengajak dia menemani aku malam ini, tetapi belum ada ayat yang bagus.

“Aku dengar seminggu lagi kau nak kahwin. Kau tak jemput pun aku,” kata Rudy, dan itu secara tidak langsung memberikan aku jalan bagi melaksanakan rancangan aku.

“Ini majlis sebelah pihak perempuan, jadi mereka jempur sebelah perempuan sahaja.”

“Sebelah lelaki bila?”

Aku diam, kerana aku tidak tahu bila. Sebab dengan kewangan aku sekarang, hidang mi goreng kepada tetamu pun aku tidak mampu.

“Tengoklah. Kalau ada kad aku sampai ke rumah kau, kau pergilah.”

Rudy semakin merancakkan petikan gitarnya. Kini lagu Adele pula, ‘Someone like you’. Entah mengapa, lagu yang temanya kecewa sahaja dia mainkan petang ini.

“Dia cantik tak?” Rudy memandang dengan senyuman penuh berharap.

“Cantik.”

“Macam mana kau jumpa dia?” Senyuman Rudy kini semakin tinggi harapannya. Harapan jenis apa aku tidak tahu. Mungkin harapan untuk melihat aku bahagia. Walaupun aku berasa seperti tidak logik pula harapan itu wujud daripada Rudy.

“Ayah dan emak aku jodohkan. Aku terima sahaja.”

“Kau tidak pernah jumpa dia?”

“Baru tadi.”

“Memang dia cantik?”

“Memang cantik.”

Rudy kini memperlihatkan pula wajah orang yang sedang gusar dan berfikir panjang.

“Apa kerja dia?”

“Pengawai di KEMAS. Aku tidak tahu jawatannya. Tetapi emak aku kata, pegawai tinggi juga.”

“Hmm… dia cantik, kerja bagus tetapi dia mahu kahwin dengan kau. Hairan.”

Aku menelan liur. Nampaknya Rudy juga sudah perasan sesuatu yang tidak kena. Dia pandang wajah aku.

Rudy menyambung, “Kau pun, bukannya kacak pun. Hairan-hairan.”

Aku tersenyum pahit. Aku akui, aku memang tidak kacak dan itu pun sebenarnya merisaukan aku juga.

“Kau tidak hairan?” soal Rudy.

“Memang aku hairan.”

“Kau sudah periksa latar belakang perempuan itu?”

Aku pandang wajah Rudy. Akhirnya peluang aku tiba.

“Malam ini kau ikut aku. Temankah aku ke rumah tunang aku.”

“Buat apa?” Rudy memandang hairan.

“Dia ajak aku makan malam di sana. Jumpa dengan ayah dan emaknya. Waktu itu aku fikir baru hendak siasat latar belakangnya.”

“Jadi kau pergilah sendiri.” Rudy kembali menyambung memetik gitar.

“Kau bukan tidak tahu aku. Aku segan. Aku perlukan kau temankan aku. Lagipun kau berani, mungkin kau boleh tolong siasat-siasat juga.”

“Siasat-siasat? Macam mana?”

“Tanyalah apa-apa soalan yang patut. Engkaukah berpengalaman dalam dunia percintaan. Mestilah tahu.”

Akhirnya selepas lama aku pujuk, Rudy pun setuju.

***

Malam itu, walaupun aku sudah salin alamat daripada ayah aku, tetap jugalah aku sesat. Aku sampai, selepas isyak, bukannya selepas maghrib. Aku lihat makanan sudah sedia terhidang di atas meja, dan nampak sudah sejuk. Mungkin perut Sarimah dan orang tuanya juga sudah lapar.

“Maafkan saya sebab lambat.”

“Tidak mengapa, masuklah,” kata seorang lelaki yang sebaya ayah aku. Mungkin dia adalah ayah Sarimah dan bakal ayah mertua aku.

“Ooo… inilah Salman. Ayah kamu kata kamu akan balik lusa, cepat pula kamu balik,” tegur seorang perempuan pula, yang aku yakin adalah emak Sarimah.

“Ada hal sedikit,” balas aku dan kemudian berkata, “Kenalkan ini kawan saya Rudy. Emak dan ayah saya tidak dapat datang.”

Kemudiannya, Sarimah keluar dari dapur dengan dan dia kelihatan sangat cantik. Terpegun aku dan aku sempat melihat wajah Rudy yang ikut terpegun.

“Untunglah kau,” bisik Rudy.

Selepas makan, kami duduk pula di ruang tamu dan pada waktu itulah, aku jeling-jeling Rudy supaya mula menjalankan kerjanya.

“Salman beritahu, yang ini kali pertama dia berjumpa dengan pak cik dan mak cik. Malah dengan Sarimah pun baru semalam berjumpa,” kata Salman memulakan bicara dan aku mula berdebar-debar.

“Ya, kali pertama berjumpa. Sebelumnya, kami lihat wajahnya dalam gambar pasport yang emak dia beri,” jawab ayah Sarimah.

Aku semakin berdebar-debar. Emak aku beri gambar pasport? Ah, sudah! Matilah aku.

“Tidak sangka, orang betulnya, kacak juga,” sambung emak Sarimah pula.

Aku mula berasa pipi aku panas. Jarang betul orang puji aku kacak. Kalau puji kacak pun, ada makna di sebaliknya. Entah-entah emak Sarimah pun cuma mahu menjaga hati.

“Itulah saya hairan. Sebab Salman beritahu, orang tua dia yang aturkan. Tidak sangka, zaman sekarang masih ada lagi perkahwinan yang diatur oleh orang tua. Apa rahsianya pak cik?” Rudy memang tidak menunggu lama. Terus sahaja dia bertanya sambil ketawa-ketawa kecil. Jadi, walaupun soalan itu serius, tetapi ia nampak seperti bergurau.

“Tidak ada rahsia apapun. Salman tidak beritahu kamu?”

Rudy pandang aku, kemudian dia padang ayah Sarimah dan menggeleng.

Terus aku kata, “Sebenarnya saya pun tidak tahu apa-apa.”

“Kamu tidak tanya ayah dan emak kamu?”

Pada waktu itulah, aku mula berasa menyesal. Ya, aku tidak tanya pun ayah dan emak aku mengapa dia pilih Sarimah. Yang aku tahu, emak aku cuma tanya, “Mahu emak carikan kamu jodoh?” Aku pun terus kata, “Boleh.” Tahu-tahu, dua minggu selepas itu, aku sudah bertunang dan dalam masa sebulan akan berkahwin. Itupun tunang guna duit emak aku. Memalukan betul.

“Saya tidak tanya.”

Ayah Sarimah mula ketawa kecil.

“Begini, saya dan ayah kamu itu memang sudah lama kenal. Suatu hari, borak-borak di kedai kopi, kami bercerita tentang anak masing-masing, kemudiannya terus bercerita berkenaan jodoh, dan akhirnya, terus kepada rancangan mahu menjodohkan anak masing-masing. Selepas itu, inilah yang terjadi,” jelas ayah Sarimah.

“Begitu sahaja pak cik? Mudahnya!” Rudy nampak terkejut, dan aku pun sebenarnya agak terkejut juga. Ya, mudahnya.

Emak dan ayah Sarimah hanya tersenyum lebar.

Ayahnya berkata, “Tidaklah semudah itu. Kami pun mahu yang terbaik untuk anak bongsu kami. Kami pun ada siasat latar belakang Salman.”

“Jadi pak cik tahu yang Salman ini menganggur dan tidak ada duit?” soal Rudy dan membuatkan aku geram tetapi dalam masa yang sama berasa sangat malu. Tiba-tiba aku berdoa supaya tubuh aku menjadi kecil, supaya senang aku menyorok bukan sahaja muka, tetapi seluruh tubuh aku di balik bantal.

“Tahu,” jawab ayah Sarimah sambil ketawa kecil lagi.

“Jadi?” Rudy menyoal sambil memusingkan tangan kanannya. Aku dapat agak Rudy sebenarnya mahu kata, “Jadi, mengapa masih pilih Salman?” Mungkin kerana tidak sampai hati, dia cuma buat isyarat tangan sahaja. Ya, aku tahu betul sebab sudah lama aku kenal Rudy.

“Itulah yang diberitahu oleh ayahnya. Katanya, anak dia tidak kacak, tidak ada kerja tetap, dan malah, bulan-bulan masih minta duit daripada emaknya. Tetapi, daripada situlah pak cik tahu, Salman ini akan menjadi suami yang baik.” Ayah Sarimah tidak lagi tersenyum, sebaliknya memandnag aku dengan wajah serius. Aku pula terus tunduk malu. Malunya aku. Rupa-rupanya mereka sudah tahu yang aku ini minta duit bulan-bulan daripada emak aku.

“Jadi?” Rudy sekali lagi menggerak-gerakkan tangannya.

“Ayahnya juga memberitahu, anak dia akan menelefon kampung, paling kurang dua kali seminggu. Dan, walaupun dia tidak ada pekerjaan tetap, kerjanya pun tidak menentu dengan gaji yang kecil tetapi setiap kali mendapat gaji, ayahnya memberitahu, dia tidak pernah lupa memberikan sedikit kepada emaknya. Walaupun cuma RM50. Jadi, bayangkan walaupun hampir tiap-tiap bulan dia tidak cukup duit, tetapi dia masih ada perasaan bagi membantu orang tua. Itulah namanya tanggungjawab!”

Aku tergamam. Aku sebenarnya tidak menyangka ayah aku menceritakan perkara itu juga kepada ayah Sarimah.

“Ooo… tanggungjawab,” Hanya itu kata Rudy sambil mengangguk-angguk

Ayah Sarimah menyambung, “Tanggungjawab itu, bukan bermakna apabila kita kaya sahaja kita perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab itu adalah sesuatu yang kita pegang semasa kita susah dan semasa kita senang. Lalu, dalam rumahtangga, bukan selamanya senang. Lebih banyak masa susahnya. Jadi, pak cik akan berasa lega, kerana tahu anak pak cik berada dalam tangan lelaki yang bertanggungjawab.”

“Betul juga pak cik. Lagipun Salman ini, setahu saya dia tidak pernah tinggal sembahyang dan tidak ada girlfriend sebab takut perempuan,” tambah Rudy yang membuatkan aku tersipu-sipu. Tidak sangka Rudy memuji aku.

“Sembahyang itulah perkara utama yang pak cik tanya daripada ayah dia, dan girlfriend pun pak cik ada tanya.” Ayah Sarimah kembali ketawa kecil.

“Susah mahu cari orang seperti pak cik pada zaman ini. Zaman sekarang, semua mahu menantu kaya,” tambah Rudy lalu aku nampak wajahnya tiba-tiba murung. Mungkin dia sedang bercerita tentang dirinya secara tidak sedar.

“Semasa pak cik mengahwini ibu Sarimah, hidup pak cik pun susah. Pak cik juga orang susah, cuma bekerja sebagai kerani, sedangkan ibu Sarimah itu anak orang kaya kampung. Alhamdulillah, keluarga isteri pak cik jenis yang terbuka. Lalu, mengapa pak cik tidak memberi peluang kepada orang yang susah, sedangkan pak cik dahulu pun diberi peluang. Yang utama, sebab dia susah bukan kerana dia malas, tetapi belum sampai rezeki. Besar bezanya, orang malas dengan orang yang belum ada rezeki. Kalau susah sebab duduk rumah dan tidur berguling-guling, memang pak cik tidak terima juga,” jelas ayah Sarimah dengan panjang lebar.

Aku berasa mula sedikit lega. Tidak sangka betul aku, begitu fikiran ayah dan emak Sarimah. Perlahan-lahan, perasaan malu aku itu mula berkurang. Perlahan-lahan juga, curiga aku kepada Sarimah ikut berkurang.

“Anak pak cik pun hebat juga. Dia ikut kata pak cik. Zaman sekarang, biasanya semuanya sudah ada boyfriend dan girlfriend,” kata Rudy. Aku tahu, Rudy juga sedang memasang umpan bagi mengetahui latar belakang Sarimah pula. Aku kembali berdebar-debar.

“Alhamdulillah. Pak cik sangat bersyukur diberi anak sebegitu. Mulanya, pak cik khuatir juga, tetapi selepas seminggu, Sarimah kata setuju. Cuma pak cik tidak tahu sebab apa dia setuju, mungkin Salman boleh tanya dia sendiri selepas nikah nanti,” kata ayah Sarimah, lalu dia, isterinya dan Rudy ketawa bersama. Tinggal aku dan Sarimah sahaja yang duduk terdiam-diam malu. Sempat aku menjeling Sarimah, dan bertanya dalam hati, “Mengapa kamu setuju dengan lelaki seperti aku?’

***

Alhamdulillah. Allah permudahkan kerja kami. Aku sudah sah menjadi suami kepada Sarimah, dan selepas bersalaman dengan Sarimah, gentar dan malu aku kepada Sarimah mula berkurang. Malah aku mula memanggil dia, ‘sayang’. Lalu selepas kenduri, kini aku dan Sarimah sudah berada di dalam bilik, berdua-duan untuk pertama kalinya.

Aku masih ingat pertanyaan aku dalam hati, pada malam aku bertemu ayah dan emak Sarimah. Kini pertanyaan dalam hati itu aku luahkannya dengan lidah, “Sayang, mengapa sayang setuju untuk bernikah dengan lelaki seperti abang? Lelaki yang belum tentu masa depannya, dan mungkin juga membuat sayang derita.”

Tidak sangka, pertanyaan melalui lidah aku menjadi lebih panjang dan detail pula berbanding pertanyaan dalam hati.

Sarimah yang waktu itu sedang duduk malu-malu, memandang aku lalu menyalami tangan aku, dan berkata, “Ampuni Sarimah bang, ampuni Sarimah.”

Aku mula berdebar-debar dan tidak sedap hati.

“Ampuni apa sayang?”

“Sebab, Sarimah sebenarnya sempat curiga juga dengan abang. Sarimah sempat tidak yakin dengan abang. Malah Sarimah minta tolong kawan Sarimah, yang kebetulan tinggal berhampiran abang di kota supaya menyiasat latar belakang abang. Malah, Sarimah juga solat iskhtikarah hanya kerana ragu-ragu kepada abang.”

Debar aku kembali menurun. Rupa-rupanya, Sarimah lebih dahulu menyiasat latar belakang aku? Malunya aku. Tetapi sekarang dia sudah jadi isteri aku, lalu aku angkat kepalanya dan pandang ke arah matanya.

“Abang ampunkan. Abang pun minta maaf, sebab abang pun pernah juga berasa curiga kepada sayang.”

Sarimah tersenyum. Bukan senyum manis biasa, tetapi senyuman seorang perempuan yang bahagia, dan senyuman itu sangat ajaib kerana ikut membuatakan aku berasa bahagia. Mungkin inilah perasaan, bahagia yang datang daripada kelakuan kita yang membahagiakan orang lain. Tetapi persoalan aku tadi masih belum terjawab sepenuhnya.

“Jadi, apa kata kawan sayang?” lanjut aku mahu tahu. Risau juga kawan dia cakap yang bukan-bukan.

“Katanya, abang ini kerja tidak tetap. Motosikal pun pinjam motosikal kawan, tetapi katanya dia sentiasa melihat abang membaca ruangan akhbar mencari kerja, menghantar surat, dan sentiasa memeriksa peti surat. Maksudnya, abang ini seorang yang rajin berusaha. Katanya lagi, dia tidak pernah nampak abang keluar dengan mana-mana perempuan. Solat pun abang buat berjemaah di surau.”

Aku mula tersipu-sipu. Jadi bagi mengelak lebih tersipu-sipu, aku bertanya, “Tetapi orang secantik sayang takkan tidak ada orang mahu. Pasti ramai yang mahukan sayang, dan mungkin pasti juga yang ada sudah menghantar rombongan meminang.”

Sarimah sekali lagi tersenyum.

“Ya, memang ramai lelaki yang cuba dekat dengan Sarimah, tetapi Sarimah sangat takut. Sebab, teringat kepada kakak Sarimah?”

“Mengapa dengan kakak, sayang?” soal aku segera.

Sarimah pun bercerita panjang lebar, dan tahulah aku yang kakak dia sudah meninggal. Kakak Sarimah dahulu juga seorang perempuan cantik, dan ramai lelaki yang mahukan dia. Akhirnya, dia kahwin dengan lelaki pilihan hatinya sendiri. Lelaki yang kacak, berpelajaran tinggi, dan bekerja yang gajinya lumayan. Sayangnya, selepas setahun berkahwin, suami kakaknya mula berubah kerana belum mendapat anak. Mula balik lewat dan sering marah-marah.

Malah, apabila suami kakaknya dibuang kerja kerana krisis ekonomi, hidup mereka menjadi susah dan, suami kakaknya juga semakin besar perubahannya. Dia sudah tidak balik berhari-hari, apabila balik pula, hanya bagi meminta wang, marah-marah dan memberi sepak terajang. Kemudian pecahlah rahsia, rupa-rupanya suami kakaknya itu sudah ada perempuan lain. Lalu pada hari itu, dengan hati yang kusut, kakak Sarimah gagal mengawal keretanya lalu kemalangan dan meninggal dunia. Akhir ceritanya itu, terus aku genggam tangan Sarimah erat-erat.

“Sebab itulah, Sarimah takut bagi menerima mana-mana lelaki dalam hidup Sarimah. Malah, Sarimah juga sebenarnya sudah mengamanahkan ayah dan ibu mencari lelaki yang sesuai untuk Sarimah. Biar tidak kaya, biar tidak kacak, tetapi lelaki itu mampu membahagiakan hidup dengan kasih-sayang dan mendamaikan hati dengan agama.”

Akhirnya, semuanya sudah jelas. Mengapa ayah dan ibu Sarimah memilih lelaki seperti aku, dan mengapa Sarimah menerima aku dalam hidupnya. Genggaman tangan aku semakin kuat.

“Abang… jaga Sarimah. Jaga dan mohon jangan lukakan hati Sarimah. Mohon bang,” rayu Sarimah dan aku anmpak matanya mula ada air mata yang berkolam, dan kemudiannya air itu tumpah. Segera aku menyeka air mata Sarimah.

“Abang, bukan lelaki terbaik, dan abang tidak mampu berjanji menjadi suami yang terbaik untuk sayang. Abang cuma mampu berjanji, abang berusaha menjadi lelaki yang terbaik itu, dan berusaha menjadi suami yang terbaik untuk sayang,” kata aku perlahan, dan Sarimah terus memeluk aku, dan aku perasan, bahu aku sudah basah dengan air mata Sarimah.

Tulisan: Tuan Bahruddin Bekri, dikongsi dengan keizinan beliau.

Sumber: Rotikaya

wajah sebenar anak tiri Saleem, Iera, kekasih baru Shahrol Shiro

Khabarnya pelawak terkenal Shahrol dari kumpulan Shiro sedang menjalinkan hubungan cinta dengan anak tiri kepada penyanyi terkenal tempatan, Saleem (Iklim), Iera atau nama sebenarnya Nurfakhira Che Abdul Muhsin.


Iera yang merupakan bekas finalis program Projek Metro 2013 dan kini usianya sudah mencecah 25 tahun, mempunyai daya tarikan tersendiri dari segi susuk badan serta penampilan.

Beliau berasal dari Kuala Lumpur, lahir pada 27 October 1989, dan adalah anak kepada isteri Iklim, Juriah Bachok dengan suami terdahulu.

Sebelum melibatkan diri dalam dunia hiburan, Iera pernah bekerja sebagai pramugari AirAsia.




Artis: Gambar perubahan mendadak bentuk badan Rozita Che Wan

Pelakon dan pengacara popular, Rozita Che Wan atau Che Ta mengakui dia menjadi kuat makan sejak mengetahui dirinya hamil anak ketiga, beberapa bulan lalu.

Malah, dia juga kini lebih kerap makan nasi pada waktu siang dan malam selain tekaknya lebih menggemari makanan masin dan masam.

Memetik kenyataan dalam Harian Metro, Che Ta berkata, “yang saya perasan, bila mengandung, saya lebih gemar makanan masin atau masam. Manakala makanan manis berat untuk saya telan”.



Pelakon berusia 41 tahun ini juga mendedahkan suaminya, Zain Saidin turut menjadi kuat makan berikutan sering menemani dirinya ketika menjamu selera.

Ini merupakan kehamilan kali ketiga Che Ta, sebelum ini hasil perkahwinan terdahulu, aktres tersebut dikurniakan dua anak lelaki, Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezra, 16.







Artis: Ammar Alfian Akui Derita 4 Tahun

Ammar Alfian Akui Derita 4 Tahun Bermusuh Dengan Media | Ammar Alfian terpaksa ‘menderita’  selama empat tahun gara-gara kesilapannya melemparkan kata-kata kesat dan menulis ugutan bunuh terhadap wartawan hiburan di negara ini menerusi Facebook miliknya.

Tambah Ammar, bukan mudah untuk mendapatkan kembali kepercayaan pihak media sepanjang tempoh itu namun dia akur kerana perbuatan itu adalah berpunca daripada sikapnya sendiri.

"Saya sedar tindakan memuat naik status di laman Facebook telah menyebabkan ramai pihak media marah dengan saya biarpun saya telah membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi ia memakan masa untuk hubungan itu kembali pulih.



"Empat tahun saya cuba untuk menjernihkan keadaan bagi mendapatkan kembali kepercayaan mereka dan Alhamdulillah hubungan itu semakin menampakkan tanda-tanda positif dan saya berharap ia akan berkekalan selepas ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Ammar pernah menimbulkan kontroversi selepas dia menulis status mengugut untuk ‘membunuh’ wartawan hiburan dalam akaun  Facebook miliknya gara-gara tidak berpuas hati mengenai laporan pergaduhannya dengan Puteri Sarah pada  majlis tayangan perdana filem Lu Pikirlah Sendiri The Movie pada 2010.

Ammar yang pernah popular menerusi drama bersiri Tari Tirana pernah bercinta dengan pelakon wanita itu.

Perbuatan itu menyebabkan Ammar diboikot kebanyakan media sehingga memaksa Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) terpaksa mengaturkan sebuah majlis permohonan maaf bagi menjernihkan keadaan.

Ammar berkongsi pengalaman itu apabila diminta pandangannya mengenai sikap penyanyi Shila Amzah memperkecilkan media Melayu yang didakwanya sekadar mengejar cerita sensasi  tanpa menyokong kerjaya seninya.

Dalam pada itu, Ammar berkata, sebagai seorang pelakon dia memerlukan pertolongan rakan media untuk memberikan publisiti mengenai projek yang dijayakan agar kerjayanya terus berkembang.

Malah kata Ammar, wartawan dan artis saling memerlukan malah kedua-duanya perlu menjaga hubungan sebaik mungkin.

"Bohonglah kalau saya kata tidak perlukan rakan wartawan untuk menaikkan kerjaya lakonan saya.

"Saya serik dengan tindakan saya sebelum ini namun pada masa sama ia memberikan banyak pengajaran dan mematangkan saya sebagai seorang individu dan pelakon," jelasnya.

Jelas Ammar juga, restu daripada ibu dan bapanya membuatkan dia lebih yakin untuk aktif sebagai pelakon dan berharap akan diberi peluang kedua berbuat demikian.

"Sebelum ini saya akui terkena 'kejutan budaya' dan masih terlalu muda untuk berfikir baik dan buruk sehingga menyebabkan saya banyak melakukan tindakan kurang wajar.

"Atas sebab itu juga keluarga melarang saya bergelar pelakon namun selepas melihat perubahan diri saya yang lebih matang mereka memberi izin untuk saya kembali aktif," katanya.

Tambah Ammar lagi, dia juga tidak malu untuk memulakan kerjayanya dari bawah semula memandangkan bidang lakonan adalah sesuatu yang paling diminatinya sejak dahulu.

Dalam perkembangan lain, Ammar berkata, dia bakal memasuki set penggambaran filem Langit Cinta arahan Osman Ali selain baharu sahaja selesai menjalani sesi uji bakat untuk sebuah drama bersiri terbitan Zeel Productions.

Sumber

Panas!! Abby Abadi Bongkar Perbualan Bekas Suami & Rakan Yang Mengaibkan Dirinya

Nampaknya pertelagahan Abby Abadi dengan bekas suaminya memang akan berpanjanganlah jawabnya. Buat yang ketinggalan, pada minggu lalu Abby telah pun membuat laporan polis mengenai Farhan yang didakwa ‘melarikan’ wangnya bernilai puluhan ribu ringgit.


Bagaimanapun, pagi tadi Farhan memberi kenyataan bahawa dia pernah cuba melangsaikan separuh hutangnya kepada Abby dengan bayaran RM5,000. Namun, Abby menolak dan mahu Farhan menjelaskan semua hutangnya sekaligus.


Tapi, sekeping foto perbualan Farhan dengan rakannya nyata membuat kami terkesima. Siap ‘bahasakan’ Abby sebagai Abby ‘Ababi’ lagi. Agak biadab juga lah kan?

Screen Shot 2014-09-23 at 3.43.16 PM

Ini lagi antara perbualan Farhan & kawan2 dia… Ada yg cakap Sy siarkan sebab nk malukan dia? Sy malukan dia ke atau dia yg cuba nk menjatuhkan maruah Sy sebelum ni?

Cuba baca tengok dia panggil Sy apa……. Nak lawan meh dtg jumpa lahhh.. sembang dalam FB dgn kawan2 je mcmana nk selesainya…..

Sejujurnya, Sy tak pernah dera dia.. tak pernah. Anak3 Sy pun Sy tak pernah dera… Nak dera dia utk apa? Pelik2 je statement Farhan ni tp ada je yg back up…..

Alahai….. Sekali lagi ulang: Sy disini utk jelaskan keadaan…… Sy nkkan hak Sy. Kalau ada jalan utk dptkan bgtahu ye….. Terima Kasih. Yg sudah tu sudah, yg berlalu biar berlalu ye Farhan ye…

Hal rumahtangga Sy takde cerita pun.. Tiada siapa pun tahu apa punca keadaan ni… main2 agak2 sendiri je.. Sekarang Sy cuma nkkan hak Sy…

SILA YE SELESAIKAN SECEPAT MUNGKIN. Diammmm buat bodoh je… Bila siarkan di media, respon pun tunjuk kebodohan juga baik cal/msg Sy terus. Apapun Sy maafkan utk segala tuduhan sebelum ini & tulisan ini.

Baca artikel sepenuhnya di -> Ohbulan

Lagi Kontroversi Shila Amzah Kes Hutang ND Lala dengan Pelakon

kontroversi demi kontroversi yang melanda Shila Amzah, nampaknya bapanya ND Lala turut terkena tempias yang sama.
Semuanya gara-gara wang RM15,000 yang dipinjam melalui seorang kenalan kira-kira beberapa lalu.

ND Lala pernah meminjam sejumlah wang tersebut daripada rakannya yang juga seorang pelakon iaitu Den Wahab.


Kata Den, ND Lala meminjam wang tersebut untuk merakam lagu sebuah parti politik, namun hingga hari ini, bapa kepada Shila Amzah itu tak pernah menghubunginya walaupun dah berjanji nak pulangkan secara ansuran.

Baca sendiri pengakuan Den :

Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang.

Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan.

Saya tahu nilai tersebut tidak banyak tetapi sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berpegang kepada janji. Apa yang saya kesal dia rosakkan nilai persahabatan dan orang yang ikhlas membantu dia ketika susah.

Mengimbau waktu itu, Den berkata, dia sudah dinasihatkan rakan-rakan artis yang lain agar tidak membantu penyanyi tersebut.


Namun, dia tidak sampai hati dan sentiasa berfikiran positif untuk membantu sesama bangsa.

Saya pernah ternampak ND Lala semasa satu persembahan di Istana Budaya dahulu, tetapi dia cuba mengelak selepas terserempak dengan saya.

Dalam pada itu, Den tidak terkejut dengan tindakan Shila mengecam media, namun dia turut memberi nasihat atas kontroversi yang melanda Shila.

Bila saya tahu cerita tentang Shila yang menempelak media sebagai tidak menyokong kerjayanya, saya tidak terkejut langsung.

Dia tidak sedar tindakan itu seperti kacang lupakan kulit dan merosakkan reputasi dia sendiri. Susah kalau orang sudah berada di puncak dan mereka selalu lupa orang yang tolong mereka ketika di bawah

Hmm, kami harap akan ada penjelasan dari ND Lala lepas ini.

Sumber 

Monday, 22 September 2014

Artis: Pesanan Sayu Abby Abadi Buat Norman Hakim

Pesanan Sayu Abby Abadi Buat Norman Hakim | Abby Abadi menerusi laman sosialnya telah berkongsi satu pesanan sayu yang mungkin berpunca dari ucapan bekas suaminya Norman Hakim sempena ulang tahun kelahiran anaknya Maria Danisha Hakim. Oleh itu, Abby telah menulis kapsyen yang mendoakan hubungan anaknya dan Norman akan kekal sampai bila-bila.



Di bawah ini merupakan tulisan Abby Abadi yang membuatkan ramai peminatnya tersentuh, "#17September2014 #SelamatHariJadi #ALLAHBersamamu #MariaDanishaHakim Anak Papa dunia akhirat… Semoga berkekalan hubungan anak3 & Papa nya ini hingga hujung nyawa ye… Andainya Sy pergi dulu…. Jagalah anak3 ini sebaiknyaaa.. Jangan di beza-beza…"



Dibawah ini pula ucapan Norman Hakim kepada anaknya Maria Danisha Hakim, "HAPPY 6TH BIRTHDAY babyku sayang #mariadanishahakim ! Papa sayang baby sangat2 tau…baby be a good muslimah ok! Kalau papa termarah sikit ke, papa minta ampun maaf. Baby jangan ambil hati ok sebab marah tu tandanya sayang jugak. Papa akan sentiasa menjadi semut baby yang besar yang akan sentiasa berada dengan baby bila-bila masa baby perlukan papa InshaaAllah. Allah & para malaikat, pls keep my daughter #mariadanishahakim safe & warm dibawah lindunganMu. Kurniakanlah segala kebaikan, keceriaan & kegembiraan buat dirinya. I love u till the last breath of my life sayangku baby #mariadanishahakim"

Hmm, siapa yang tak tersentuh dengan ucapan sebegini kan? Kami lihat, peminat Abby pun turut merasai perasaan ibu tunggal ini. Sampai ada yang menitiskan air mata.

Tak lupa, ada juga yang mendoakan Abby akan bertemu jodoh dengan lelaki yang soleh dan dapat membimbingnya dengan lebih baik. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat keluarga ini juga.. Insya Allah..

Sumber

5 Gambar Anak Nurul Dan Ajai, Depp Dah Remaja Dan Semakin Cun

Anak Nurul Depp ini bernama Ayu dan kini baru berusia 16 tahun dan masih bersekolah.

Memang comelkan anak Nurul Depp ni, macam adik beradik.

Jom layan gambar adik eh silap,anak Nurul Depp:


Artis: Impian terlaksana agenda Mizz Nina

PENGHIJRAHAN imej Mizz Nina sebaik pulang daripada mengerjakan ibadah haji pada Oktober 2013, sememangnya mengejutkan ramai. Apatah lagi, tidak perlu menunggu lama atau membuat sebarang pengumuman, Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 34, perlahan-lahan bertukar imej.

Lebih membanggakan lagi, transformasi Ratu Hip Hop ini tidaklah hanya terletak pada imejnya semata-mata, sebaliknya ia turut mencakupi aspek muzik dan karier seninya. Biarpun mengambil keputusan untuk berehat panjang dan hanya akan menyanyi di depan wanita sahaja selepas ini, isteri kepada vokalis Hujan, Noh, turut mempunyai agenda baharu iaitu membuka butik Muslimah.

Ternyata, darah seni yang mengalir di dalam tubuhnya tidak hanya kepada industri hiburan semata-mata, tetapi juga kepada dunia fesyen.



“Saya rasa inilah masa yang baik untuk saya berehat panjang daripada nyanyian. Buat masa ini, saya mahu beri fokus sepenuhnya kepada perniagaan saya. Jadi, boleh juga dikatakan akan tinggalkan dunia nyanyian buat masa ini. Sampai bila saya tak pasti. Lagipun saya mahu menyanyi di hadapan penonton wanita sahaja selepas ini,” katanya.

Mizz Nina beri tumpuan pada Madeena

“Alhamdulillah, sudah lama saya impikan untuk membuka butik sendiri dan hari ini (Sabtu), ALLAH SWT telah mengizinkan segalanya. Saya rasa bertuah dengan pembukaan butik Madeena,” kata Nina dalam nada teruja sebaik ditanya media mengenai perasaannya selepas pelancaran butik dan kafe miliknya.

Ujarnya, dia sudah lama mengimpikan untuk membuka butik tersebut apatah lagi selepas melihat sambutan hangat terhadap jenama tersebut menerusi perniagaan atas talian sebelum ini. Tambahnya, selepas merancang untuk membuka butik tersebut kira-kira hampir dua tahun yang lalu, segala-galanya bagai dipermudahkan.

“Sebelum ini saya hanya menjual menerusi laman web, madeena.my dan fashionvalet.com. Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Madeena menyediakan jubah wanita, abaya, hijab, ada juga jaket, skirt panjang yang sesuai dengan fesyen terkini dan paling penting, menutup aurat.

“Setakat ini, kami juga dapat banyak undangan untuk sertai bazar dan juga pertunjukan fesyen seperti KL Fashion Week. Saya bersyukur kerana saya mempunyai satu tema yang sangat bekerja keras dan mempunyai pereka fesyen yang memahami apa yang saya mahu,” katanya yang cuba menjual koleksi berlainan di laman web dan butik.

Memilih membuka butiknya di Heritage Lane, Empire Damansara, Damansara Perdana, Nina menjelaskan, dia jatuh cinta dengan lokasi dan konsep yang diketengahkan di situ.

“Saya akui tempat ini masih baru, tapi saya suka dengan suasananya, seperti pusat beli-belah di luar negara, santai dan eksklusif. Pada mulanya saya merancang membuka butik saya di sebuah lokasi di Kota Damansara, tetapi selepas seorang rakan memperkenalkan lokasi ini pada saya, saya tidak berfikir panjang untuk mendapat lot kedai di sini,” katanya.

Tambah Nina, dek kerana perniagaan butiknya baru bermula, dia akan memberi tumpuan dan menghabiskan banyak masa di butiknya itu.

“Masih banyak yang perlu saya buat di butik ini, Insya-ALLAH, saya akan lebih kerap berada di butik. Jadi pada sesiapa yang mahu melihat koleksi, boleh datang ke butik saya,” katanya.

Tidak hanya terarah kepada fesyen semata-mata, Nina berkata, dia juga turut mengeluarkan beberapa produk lain seperti wangian.

”Buat masa ini saya keluarkan wangian dalam botol kecil sebagai percubaan, jika mendapat sambutan, saya akan mengeluarkannya dalam botol besar pula,” katanya yang tidak merancang untuk mengeluarkan pakaian lelaki, namun merancang untuk mengeluarkan pakaian bagi kanak-kanak.

Ilham dari Madinah

Ditanya mengenai jenama terdahulu yang berkonsepkan urban iaitu Mizz Demeanor, Nina menjelaskan, dia sudah pun menutup jenama itu kerana mahu menumpukan pada Medeena.

“Dari dulu saya suka kalau nama yang ada M.D. Dalam perkataan Medeena ada M dan D. Saya mendapat ilham tersebut ketika menunaikan haji dan saya gabungkan perkataan Madinah dan “deen”, membawa maksud Islam.
“Saya rasa lebih baik fokus pada satu jenama sahaja dan saya nampak Madeena mempunyai peluang perniagaan yang besar, kerana tidak banyak butik Muslimah ada,” katanya.

Nina berkata, dia juga ingin mendidik wanita Islam untuk tampil menutup aurat, namun masih lagi bergaya stailo.

“Macam sekarang, apa yang saya pakai, saya rasa sesuai dan selesa. Ada yang kata, walaupun saya berhijab, saya tetap nampak stailo,” katanya.

Peminat yang tak bertudung juga suka melihat penampilan saya, mereka tinggalkan komen yang positif di Instagram.

“Jadi begitu juga dengan orang di luar sana, walaupun mereka berpakaian menutup aurat, mereka masih boleh bergaya tanpa masalah,” katanya.

Pendirian Nina

Sementara itu, berkongsi mengenai karier seninya, Nina berkata, dia tidak akan menyesal untuk memperlahankan karier seninya dan menyedari perubahan yang sedang dilakukan itu sememangnya memerlukan satu pengorbanan besar.

“Sebelum ini, perjalanan kehidupan saya lebih terarah kepada aktiviti duniawi. Saya alpa dengan kehidupan dunia. Ketika itu, saya tidak fikir langsung apa akan terjadi pada masa hadapan. Saya beranggapan akan ada banyak masa untuk berubah.

“Tapi saya lupa, mati akan terjadi pada bila-bila masa. Tidak kira usia muda mahupun tua,” katanya.

Nina berkata, dia juga tidak ada idea untuk menghasilkan lagu baru, biarpun sebelum ini ada merancang untuk menukar konsep muziknya kepada lebih bersifat Islamik bersesuaian dengan imejnya yang kini berhijab.

“Idea saya tidak seperti Noh, dia mudah sahaja mendapat idea untuk menghasilkan lagu baru. Tapi saya tidak kisah, biarlah buat masa ini, saya akan beri tumpuan pada perniagaan ini dulu,” ujarnya.--Sinarharian

Sunday, 21 September 2014

Abby Abadi : Farhan Larikan Duit Puluhan Ribu Ringgit

Sebelum ini menjadi satu perbualan di kalangan para peminat selepas Abby Abadi dilihat hadir ke balai polis untuk membuat laporan terhadap bekas suaminya, Noor Farhan Che Bakar yang didakwa bersikap lepas tangan dalam soal hak milik kereta dan duit.

Baru baru ini menerusi laporan Harian Metro, Abby Abadi mendedahkan yang beliau bukan mahu sengaja memperbesarkan perkara ini tetapi membuat laporan polis untuk memberikan pengajaran kepada bekas suaminya itu selain mahu menuntut haknya.


Abby Abadi mendakwa Farhan ada meminjam wangnya berjumlah puluhan ribu ringgit yang telah digunakan untuk membeli sebuah kereta untuk bekas adik iparnya.

“Janji-janji daripada dia kononnya untuk lunaskan wang itu daripada sebelum bulan puasa sampai bawa ke hari raya lalu langsung tidak ditunaikan. Sekarang dah lama raya habis dia masih berdiam diri. Nak tak nak pada 25 Ogos lalu saya terpaksa buat laporan di Balai Polis Taman Melawati untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya ketika ditanya tentang isu ini.

“Usaha saya untuk menuntut semula hak saya secara baik sebelum ini tidak dilayan. Saya harap tindakan undang-undang ini akan memberi pengajaran kepadanya yang bersikap lepas tangan selama ini,” tambah Abby Abadi lagi. - Rotikaya

4 Gambar Wajah Sebenar Gadis Jelita Ini Mengejutkan Orang Ramai

Di laman sosial Thailand, satu keping gambar wajah sebenar seorang gadis menjadi viral dan hangat diperkatakan.

Wajah sebenar seorang gadis yang cantik membuat ramai orang memuji kejelitaannya namun setelah mengetahui asal usul wajah sebenar, ramai yang terkejut.

Jom lihat:



Wajab Sebenar Di bawah: