Elissa yang juga kakak kepada Jessica, kedua-duanya menulis blog berkenaan sejak 4 tahun lepas dan tidak menyangka apabila orang ramai berkongsi gambar mereka.
Topik seperti kecantikan dan fesyen menjadi topik utama Elissa dan Jessica berkongsi pengalaman dan pendapat mereka kepada para pengunjung blognya.
Pasangan ini cukup minat dengan keunikan blog daripada xiaxue(xiaxue.sg) dari Singapura dan menganggapnya sebagai idola dalam dunia penulisan blog. Bagi mereka blog berkenaan penuh dengan informasi, menarik dan cukup tersusun.
Gadis kelahiran Jakarta ini membuka perniagaan atas talian (shopping online) bagi memudahkan orang ramai membeli terus atas talian kerana bukan rata-ratanya pengunjung blog datang dari negara republik Indonesia semata-mata tetapi dari seluruh negara antaranya Amerika Syarikat, Malaysia, Filipina dan Australia.
“Kami telah membuat laman web rasmi kami iaitu (www.gowigasa.com), di situ orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut tentang produk-produk yang kami jual,” katanya kepada Majalah CosmoGirl.
Pasangan ini mengaspirasikan penjualan secara “second hand” apabila mereka berpendapat pakaian tersbut tidak perlu dibuang kerana masih boleh dipakai.
“Sehubungan itu nama laman web rasmi gowigasa itu sendiri merupakan singkatan dari ‘Good Will Garage Sale’ kerana perniagaan secara terus dari koleksi pakaian kami,"
Pasangan ini turut menyumbangkan sebahagian keuntungan perniagaan mereka kepada persatuan yayasan amal sewaktu membuka bazar selama dua minggu di Jakarta baru-baru ini.
Berikut beberapa kepingan foto mereka yang hangat dikongsikan di laman sosial. -MD
No comments:
Post a Comment