“Saya juga disarankan untuk mengguna ubat dan tidak menggunakan produk secara sembarangan. Saya turut mengamalkan petua tradisional seperti menyapu putih telur di muka.
Setiap kali membasuh muka, saya sering berselawat agar dikekalkan keserian wajah,” katanya lagi.Bercerita pula mengenai makanan, dia tidak mengamalkan diet sebaliknya makan secara sederhana dan mengelakkan daripada menikmati makanan laut kerana alergik. “Waktu itu, saya sekeluarga mengikut bapa yang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di sana. Makanan semuanya sedap-sedap belaka dan selera makan saya di sana tidak dapat dikawal kerana faktor cuaca dan pengaruh sekeliling. “Tetapi sekarang saya berjaya menurunkan berat badan kepada 43 kg,” ujarnya.

No comments:
Post a Comment