Sunday, 2 November 2014

Apakah Siti Saerah Dicerai Talak Tiga ?

Instagram Siti Nurhaliza yang memberikan kata-kata semangat untuk adiknya, Siti Saerah menguatkan desas desus bahawa perkahwinan adik penyanyi tersohor tanahair itu sudah berakhir.



KUALA LUMPUR, 2 November:

Perkahwinan adik kepada penyanyi nombor satu negara, Siti Saerah Tarudin dilaporkan sudah berakhir.

Desas-desus menyatakan Siti Saerah telah dicerai oleh suaminya Zaiful Anuar, dengan talak tiga.

Malah kenyataan kakaknya, Datuk Siti Nurhaliza di laman media sosial Instagram menguatkan lagi dakwaan berkenaan.

“Allah SWT Maha Adil dan Bijaksana. Apa yang telah diaturkan pasti yang terbaik untuk umatNya dan pasti ada peringatan buat yang melaluinya.

“Buat @sairahtarudin, adikku bertabahlah dan teruslah berjalan berpandu pada Allah. Insyaallah semuanya tenang,” tulisnya.

insta-ct-m

Menggunakan hashtag #bestrong, #sister dan #hatiwanita, kebanyakkan pengikutnya turut memberi kata semangat kepada Siti Saerah.

Siti Saerah sebelum ini pernah mewarnai dunia hiburan seketika apabila menyertai rancangan realiti One In A Million dan berkahwin dengan Zaiful Anuar pada 27 Oktober 2010.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan selama empat tahun. Sumber Dari->The Rakyat Post

No comments:

Post a Comment