Saturday, 29 November 2014

Komen Negatif Tak Tinggalkan Kudis Buat Saya - Ifa Raziah

Terdengar luahan kecewa serta kesedihan dihujung talian tatkala penghibur terkenal, Ifa Raziah dihubungi untuk bertanyakan tentang komen-komen negatif peminat yang diterimanya dilaman Instagram.

"Mula-mula dulu saya rasa kecewa dan sedih, rasa 'down' sangat dengan apa yang dikatakan oleh pengkritik-pengkritik tidak bertauliah ini. Tapi saya kuatkan juga semangat, bagi saya perkara ini tidak meninggalkan kudis pun buat saya. Ia lagi mendatangkan semangat dan petanda bahawa sebenarnya Kak Ifa ini diperhatikan secara langsung dan tidak langsung oleh mereka. Pastinya mereka tidak sabar untuk menunggu persembahan saya setiap minggu," luah penyanyi yang sudah lebih 18 tahun berada di dunia hiburan ini.


"Yang komen tu pun bukannya sempurna sangat, akak kecewa kerana kita telah diajar untuk tidak menegur dengan cara yang sebegitu. Yelah bukan saya sahaja yang terjejas dengan isu ini, saya ada suami dan anak-anak. Saya nampak mereka turut terjejas dengan apa yang diperkatakan macam saya ini bukan seorang manusia. Ada yang siap tulis, baik orang yang bernama Ifa Raziah tiada dalam dunia ni tiada siapa kisah. Siapa mereka untuk berkata begitu, mereka bukan malaikat mahupun tuhan untuk menghukum saya sampai begitu sekali."




Ifa Raziah antara 12 orang penyanyi berpengalaman yang dipilih untuk rancangan hiburan di Astro, Gegar Vaganza yang mula ditayangkan pada 16 November yang lalu. Membariskan bintang seperti Mamat (Exist), Hasnol Rahmat, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai Illusi, Haleeda, Nadia, Sharifah Zarina, Fazli Zainal, Adilla dan Ifa Raziah sendiri.

"Ini sebenarnya peluang kedua buat saya dan rakan seperjuangan yang lain, semua orang tahu zaman kegemilangan kami dah berakhir tapi bila diberikan peluang yang macam ini siapa yang tak mahu ambil kan? Lagipun saya nak cari rezeki yang halal, bukan untuk siapa pun untuk anak dan keluarga juga. Tiada niat pun kata nak masuk pertandingan ni sebab nak jual diri atau apa cuma mahu buktikan pada semua bahawa Ifa Raziah ni artis versatil, bukan tahu menyanyi dangdut sahaja," cerita hos rancangan kekeluargaan, Terima Kasih Ibu terbitan Astro ini.

"Sekarang ni kak ifa hanya akan fokus pada karier dan keluarga, biarlah apa mereka nak cakap. Fokus utama saya sekarang untuk menghiburkan peminat-peminat saya di Gegar Vaganza, berikan sepenuh komitmen dan tenaga dan pastikan ianya adalah yang terbaik. Selain itu, saya juga akan mengacarakan rancangan di TV3 secara langsung. Jika ada yang nak menegur, saya sentiasa terima dengan hati yang terbuka. Cuma perlulah kena dengan caranya, jangan menulis yang bukan-bukan kerana saya ada keluarga," terangnya lagi mengakhiri perbualan.

Sumber : http://mediahiburan.karangkraf.com/terkini/komen-negatif-tak-tinggalkan-kudis-buat-saya-ifa-raziah-1.337450

1 comment:

  1. goo.gl/pzBb3Z
    artikel yang sangat menarik dan unik tuk di pahami, thenk you dan
    salam sukes aja

    ReplyDelete