Mohd Johari yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu merupakan individu pertama menemui Ahmad Rafikin Azman, 16, kira-kira jam 3.30 petang tadi ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
“Sebelum berjaya menemui mangsa, saya berada di kawasan itu bersama tiga individu lain. Hati saya kuat mengandaikan Ahmad Rafikin ada di situ dan ternyata ia tepat apabila ternampak satu objek seolah-olah tangan seseorang di celah batu,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superitendan Mohd Rosli Mohd Amir mengesahkan penemuan berkenaan dan mayat mangsa dibawa keluar oleh pasukan keselamatan sebelum tiba berhampiran bilik gerakan operasi jam 6.40 petang.
“Berdasarkan laporan diterima mayat mangsa berjaya ditemui di celah batu. Punca sebenar kejadian masih belum disahkan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut,” ujarnya. -- Sinar Harian
No comments:
Post a Comment