Pelakon juga ahli perniagaan itu sebelum ini gagal dihubungi untuk memberikan komen berkaitan perkara ini namun melalui Berita Harian hujung minggu ini, Eizlan Yusof tampil memberikan sedikit komen tentang keadaan dirinya sekarang.
“Aku tak nak semua terjadi. Ya, aku sedang mempertahankan perkahwinan aku sebab aku taknak berpisah. Kalau aku dah lafaz, takkanlah aku nak mempertahankan perkahwinan ini, mesti dah terlerai,” tambah Eizlan Yusof selepas dipujuk lagi untuk berikan komen.
Dari gaya bahasa dan kenyataan Eizlan Yusof ini, jelas memberitahu kepada kita bahawa beliau enggan menceraikan isterinya kerana mahu mempertahankan perkahwinan tersebut. Mungkin ada ruang untuk pasangan ini kembali bersama. Kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka.
Sumber : http://plbgaimacam.blogspot.com/2014/11/punca-eizlan-yusof-enggan-ceraikan.html
No comments:
Post a Comment