Wednesday, 31 December 2014

Artis Tak Tahu Malu, Muatnaik Gambar INTIM

Langit masih 'menangis' tanpa henti siang dan malam. Pun begitu dalam kedinginan cuaca, kami tetap menerima bahan cerita panas daripada rakan-rakan yang setia mengikuti perkembangan dunia hiburan tanah air.

Jiwa kami tiba-tiba jadi pijar tatkala cerita ini dibisikkan ke telinga yang mengisahkan seorang artis memuat naik gambar intimnya dengan seorang wanita di Internet yang akhirnya menjadi tatapan ribuan mata dan wanita itu adalah isterinya sendiri.


Memang tidak salah memuatnaik gambar bersama isteri, tetapi yang mula mengundang kemusykilan di hati ramai orang ia adalah gambar intim mereka berdua.

Artis itu pula bukan calang-calang orang, tinggi ilmu agamanya dan sering mengadakan ceramah di sana sini.

Kalau ilmu agama sudah seluas samudera, sepatutnya artis itu tidak mudah terasuk dengan hasutan duniawi. Malah dia wajar mengingatkan orang ramai terutamanya remaja jangan mudah memperdagangkan harga diri di laman sosial kerana kelak merana diri sendiri.

Ini tidak, dengan artis itu hanyut sekali. Bagaimanpun khabarnya gambar itu sudahpun dipadamkan.

Kepada artis yang semakin dikenali ramai itu, berhati-hatilah menyusuri langkah agar jangan tersandung lagi. Dengan segala ilmu yang ada di dada, anda sepatutnya menjadi insan yang boleh menerangi hidup orang lain dan bukanlah sebaliknya. -hmetro

Hosted on: kamithemedia.blogspot.com 

Tuesday, 30 December 2014

Foto : Rambut Baru Buat Nora Danish Nampak Macam Budak Sekolah

Nora Danish antara salah seorang artis tempatan yang kami kira kalau umurnya 50 tahun nanti pun, tetap akan nampak seperti anak dara.

Mana taknya, kalau sekarang ini Nora yang berusia 30-an pun masih kelihatan awet muda, apatah lagi bila sudah bergelar nenek nanti.


Sebab tu apabila Nora menukar gaya rambut terbarunya sempena tahun baru, ibu muda ini terus kelihatan seperti budak sekolah menengah. Kami rasa tercabar!

Screen Shot 2014-12-30 at 21.21.55

Screen Shot 2014-12-30 at 21.24.08



Motosikal berkuasa tinggi Yamaha YZF R25 digunakan penjual sayur di jawa tengah [ 3 gambar ]

Biasanya penjual sayur bergerak yang kita lihat di Malaysia menggunakan motor kapchai Hondo biasa. Model Honda dipilih kerana reliability yang tinggi. Jangan ketawa tetapi Honda Cup C70 sudah dinobatkan oleh pelbagai majalah sebagai motosikal yang paling influential di dunia.

Bukan Harley, Cagiva ataupun Ducati tetapi motor 2 storke Honda Cup. Motor ini digunakan peniaga kerana kos penyelenggaraan yang rendah dan tahan lasak. Jadi agak aneh apabila di Indonesia ada brader yang menjual sayur menggunakan sebuah motor berkuasa tinggi? Apa ceritanya?

Penjual sayur di Jawa Tengah ini mengumpul duit selama 6 tahun untuk mendapatkan motor idaman beliau Yamaha YZF R25. Bila dah mampu beli motosikal berkuasa tinggi ini menggantikan motosikal lama sebagai platform menjual sayur.


Ini namanya dapat yang diidam terus mahu pakai hari-hari tanpa mengira ianya praktikal ataupun tidak. LOL!


(12 Gambar) Rumah Khairul Fahmi Che Mat juga di naiki air banjir

Rumah penjaga gol Bolasepak Kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat di Kota Bahru juga tidak terkecuali di naiki air banjir besar yang melanda Kelantan.

Namun penjaga gol bolasepak kebangsaan itu kini sedang bercuti bersama keluarga nya di Macau, sama -sama kita doa kan agar semua mangsa-mangsa yang terlibat berada di dalam keadaan selamat.


Kini berbagai pihak dan ejensi sedia bergerak ke Pantai timur dalam menghulur kan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di sana. Oleh Tiffany HNS









Kenapa Semua Mata Tertumpu Ke Arah Wanita Ini?

Haishh semakin menjadi-jadi pulak fesyen pelik sekarang ni.

Seorang wanita menjadi tumpuan di sebuah pasaraya yang dikunjungi nya untuk membeli belah, semasa dirinya di kaunter bayaran ramai mata tertumpu pada nya.


Patut lah semua wanita dan orang ramai di kaunter bayaran itu memandang kepada nya, dress yang di pakai nya agak pelik dan memalukan.

Ini lah fesyen-fesyen pelik yang di pakai wanita-wanita di seluruh dunia mereka suka menjadi perhatian walaupun di keji dan kadang kala memalukan diri mereka sendiri...


Hosted on: kamithemedia.blogspot.com

Waris Mangsa Pesawat AirAsia QZ8501 Pengsan

Itu reaksi waris dan anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Pusat Krisis Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya sebaik sahaja pihak berkuasa Indonesia mengesahkan penemuan beberapa serpihan pesawat itu dan mayat di Laut Jawa petang Selasa.

Ada waris dan anggota keluarga terpaksa dibawa keluar dari pusat krisis itu menggunakan pengusung kerana pitam sebaik mendengar pengumuman yang dibuat pihak berkuasa di Jakarta.

Ada pula yang ditenangkan wakil syarikat penerbangan dengan memeluk dan memegang tangan waris dan anggota keluarga yang emosi mereka kelihatan semakin tidak stabil dan tenteram.

Ada juga dilihat sugul dan tidak mahu berkata apa-apa kepada sesiapa pun kerana inginkan masa bersendiri.


Beberapa pegawai kesihatan dan kaunselor dilihat turut menawarkan perkhidmatan bagi menenangkan mereka termasuk memberi air dan membawa mereka ke kawasan yang tenang dan tidak bising bagi memberi mereka ruang untuk menghadapi perkembangan terbaru itu.

Turut kelihatan beberapa buah ambulans diletakkan berdekatan pusat krisis itu selain kehadiran anggota pihak berkuasa mengawal persekitaran pusat krisis itu.

Media tempatan dan antarabangsa pula sibuk merakamkan reaksi dan riak wajah waris dan anggota keluarga secara siaran langsung sehingga terpaksa bersesak-sesak dan berebut di pintu masuk pusat krisis ini.

Kawasan lapangan terbang Juanda ini pula seakan mengerti apa yang terjadi apabila turut 'menangis' dengan hujan lebat sambil langit terus mendung sewaktu berita ini ditulis.

Malah keadaan trafik di lapangan terbang ini turut sesak dikunjungi orang ramai sehingga anggota pihak berkuasa terpaksa ditambah untuk mengawal lalu lintas yang semakin padat.

Berkesempatan menemui waris seorang anak kapal pesawat itu, Haidar Fauzi, 60, yang menyifatkan kejadian itu ditetapkan Allah dan semua pihak harus bersabar dan menerima dengan tenang.

"Ya, pasrah, sedih tapi kami sekeluarga sudah tahu ini risikonya jika anak bekerja sebagai pramugari dan terlibat dengan syarikat penerbangan.

"Kami sentiasa berdoa keselamatannya tapi maut itu di mana-mana sahajakan," kata bapa Hairunnisa, 22, pramugari pesawat itu.

Media Indonesia dan antarabangsa melaporkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Indonesia (Basarnas) sudah mengesan enam mayat dalam pencarian pesawat hilang itu di sekitar Selat Karimata, dekat Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah pada petang Selasa.

Pasukan itu dilaporkan sudah mengesan banyak serpihan terapung di laut dalam lingkungan lima kilometer antaranya pintu kecemasan dan jaket keselamatan.

Pesawat Airbus 320-200 itu yang membawa 162 penumpang dan anak kapal berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad dan sepatutnya tiba di Singapura pada 8.20 pagi tetapi terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia pada 7.24 pagi. -Bernama

Hosted on: kamithemedia.blogspot.com 

Gadis Yang Membuatkan Biji Mata Lelaki Terbeliak

Namanya adalah Kratai Tadsika, wanita cantik ini dikenali sebagai model dari 'MAJALAH DEWASA' Bunny Maxim.

Kehadiran Kratai pada acara penghargaan gadis ters*ksi di Thailand mencuri setiap mata yang melihatnya bahkan ianya menjadi headline tabloid majalah di sana kerana penampilannya yang begitu berani dan S*KSI.


Bangga diakui sebagai wanita 'TERPANAS' tahun ini di Star Cahaya Awards, sebuah acara tahunan yang mengakui gadis ters*ksi industri hiburan di Thailand.



Meskipun dia belum pernah meraih penghargaan penting, Kratai Tadsika menduduki tangga teratas dalam senarai 50 perempuan ters*ksi di Thailand, diikuti oleh Usamanee Kwan Vaithayanon.

Hosted on: kamithemedia.blogspot.com 

Serpihan Dijumpai Sah Milik Pesawat AirAsia QZ8501

JAKARTA: Serpihan yang ditemui di Selat Karimata pagi tadi disahkan milik pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia.

Ia disahkan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo, sebentar tadi dipetik dari AFP.

"Buat masa ini ia boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah pesawat AirAsia Indonesia dan Menteri Pengangkutan akan berlepas ke Pangkalan Bun tidak lama lagi," katanya. -Siakapkeli.com.my




Monday, 29 December 2014

Fazura Nafi Pernah Terbabit Dalam Video Lu-cah Seperti Yang Tersebar

Sudah mahu masuk tahun 2015 dan masih ada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar video lu-cah yang dikatakan milik selebriti tempatan dan Nur Fazura menjadi mangsa terbaru dan ini bukan buat pertama kalinya selepas insiden beberapa tahun lalu...

Menurut laporan Harian Metro hari ini, Nur Fazura menafikan dirinya sebagai pelaku dalam sebuah video lu-cah yang disebarkan pihak tertentu menerusi e-mail sejak minggu lalu...



“Saya tidak pernah terbabit dengan mana mana video lu-cah. Saya telah dapatkan nasihat undang undang dan tidak teragak agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan,” ujarnya yang telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)...

Video berdurasi seminit itu dihantar oleh seorang individu tidak dikenali kepada wartawan Harian Metro pada 23 Disember lalu dan ianya memaparkan aksi wanita yang wajahnya dikatakan mirip Fazura bersama seorang lelaki.

Sumberhttp://sepiseorangblogger.blogspot.com/2014/12/panas-fazura-nafi-pernah-terbabit-dalam.html

Rakan Dedahkan Artis Wanita Ini Dah Barai Ditebuk Ramai Lelaki

Beritahariann.org Dua patah perkataan yang cukup membuatkan SS terkedu apabila rakan SS beritahu yang artis itu 'dah barai'. Tak mahu terus menerima cerita itu begitu saja, SS bertanya lagi kepadanya mengenai kesahihan berita itu kerana setahu SS artis itu baru mendirikan rumah tangga dengan jejaka pujaan hatinya.

Rakan SS kata cerita itu benar kerana ramai rakannya yang pernah ada pengalaman 'bermain' dengan artis itu bercerita dengannya. Kejadian demi kejadian berlaku dan artis itu sedikit pun tak kisah apabila tubuhnya diratah mana-mana lelaki.

Artis itu antara artis 'favourite' untuk menjayakan pelbagai program terbitan sebuah stesen TV kerana senang bekerja dengannya, berdisiplin dan tidak 'demand'.


Yang menghairankan SS, bukankah artis itu sudah sekian lama bermain cinta dengan suami yang baru dikahwininya itu. Menurut pandangan SS, kalau artis itu sudah berjanji sehidup semata dengan kekasih hati, tak sepatutnya dia berperangai begitu. Apakah ertinya cinta, sekiranya artis itu sanggup berkongsi tubuhnya dengan lelaki lain.

SS harap selepas dah berkahwin, artis itu akan buang segala sikap buruknya dan tumpulah pada rumah tangga yang baru dibinanya.

SS: Sentiasa menghargai pengorbanan orang tua yang tak putus-putus mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anak.

Sumber Asal : http://www.beritahariann.org/2014/12/rakan-dedahkan-artis-wanita-ini-dah.html

Dua beranak mati tertimbus

Cameron Highlands: Seorang ibu mengandung dan anaknya berusia setahun maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Tringkap, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, suami mangsa yang turut tertimbus bagaimanapun terselamat dan berjaya dikeluarkan beberapa jam selepas kejadian berlaku.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, lelaki terbabit berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat pada jam 7.13 pagi.


"Mayat kanak-kanak berusia setahun yang tertimbus dikeluarkan pada 8.03 pagi tadi dan mayat ibunya pula dikeluarkan beberapa minit kemudian," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Identiti semua mangsa belum dapat dikenal pasti buat masa ini. -Harian Metro

Sesi persekolahan negara ditangguh seminggu

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan 2015 di seluruh negara, selama seminggu, berikutan banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung sekarang.
 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata dengan penangguhan itu, tarikh baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari (Isnin).
 
"Penangguhan itu dibuat dengan mengambil kira sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau yang ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan.



"Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
 
Muhyiddin berkata, sehingga semalam, Kementerian Pendidikan mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir.

Sebelum ini, sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dijadual dibuka pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah 5 Jan.
 
"Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan," katanya.
 
Beliau turut menasihatkan pihak pengurusan sekolah agar apabila keadaan banjir kembali pulih, mereka harus menggunakan tempoh itu untuk bergotong royong membersihkan kawasan sekolah, bagi memastikan keselamatan dan keselesaan kepada murid-murid.
 
Setakat pagi ini, jumlah mangsa banjir di lima negeri yang terjejas adalah 225,722 orang.  - Bernama

Sunday, 28 December 2014

Sekitar Majlis Pernikahan Leez Rosli & Aepul Drama Band

SETELAH hampir tiga tahun menyulam cinta, pelakon yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat, Leez Rosli, selamat disatukan dengan cinta hatinya, vokalis kumpulan Drama Band, Aepul atau nama sebenarnya Noorsyaiful Md Zalaludin, Sabtu lalu.

Pasangan ini selamat dinikahkan oleh bapa Leez, Rosli Awang dengan tiga kali lafaz, disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Muhamad Jalani Ahmad, di Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman Melati.



Dalam majlis serba ringkas itu, Leez menerima mas kahwin berjumlah RM80 bersama sembilan dulang hantaran dan di balas sebelas dulang daripada pihak perempuan.





Sayu hati ini. Wajah Kapten Irianto bersama keluarga sebelum tragedi

Tiga hari sebelum nahas tragedi pesawat AirAsia QZ8501, Juruterbang pesawat tersebut, Kapten Irianto telah menghadiri upacara memperingati kematian adiknya yang baru sahaja meninggal seminggu yang lalu di Yogyakarta.

Memetik kenyataan daripada portal berita Indonesia Kompas.com, majlis tersebut diadakan pada hari ketujuh bagi memperingati arwah adiknya, Edi.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan Irianto ialah pada tiga hari yang lepas,” kata Hendro Kusumo Broto, sepupu kepada Kapten Irianto yang turut sama berada di majlis tujuh hari memperingati Edi.


Hendro juga mendedahkan, beliau (Kapten Irianto) telah bercuti ke Yogyakarta bersama keluarganya dan kembali semula ke Surabaya bagi urusan kerja manakala dua anaknya, Ninis dan Galih masih lagi berada di sana.




Sejurus berita pesawat AirAsia QZ8501 telah hilang daripada radar, seluruh ahli keluarganya telah bergegas ke lapangan terbang di Surabaya.

Pesawat AirAsia QZ 8501 yang dikendalikan oleh Kapten Irianto hilang dari pantauan radar kira-kira pukul 7.24 pagi tadi

Sumberhttp://aans1.blogspot.com/2014/12/sayu-hati-ini-wajah-kapten-irianto.html


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Anda mungkin tidak percaya selebriti ini naik jentolak redah banjir [5 Gambar ]

Selebriti popular ini sanggup naik jentolak semata-mata untuk meninjau mangsa-mangsa banjir di daerah nya rata-rata ramai yang sangat kagum apa yang dilakukan oleh selebriti popular ini.

Beliau tidak lain dan tidak bukan beliau adalah penyanyi no1 negara Dato Siti Nurhaliza yang sanggup naik jentolak untuk meredah banjir di sekitar Kuala Lipis.







Rata-rata pelayar media sosial yang melihat gambar ini amat kagum apa yang dilakukan Dato Siti semoga ramai lagi selebriti popular turun padang lihat sendiri keadaan mangsa banjir. Oleh Tiffany HNS

Sumber Asalhttp://newsredapple.blogspot.com/2014/12/5-gambar-anda-mungkin-tidak-percaya.html

3 Gambar : Pramugari Air Asia muat naik foto terakhir

Kuala Lumpur : Pramugari AirAsia Indonesia, Khairunisa Haidar Fauzi, 22, sempat memuat naik foto profil Blackberry Messengernya (BBM) yang memperlihatkan sayap pesawat itu sedang melalui sebuah kawasan lautan.

Memetik laporan berita Tribunsumsel.com, perkara itu disedari keluarga dan rakan Khairunisa atau lebih dikenali sebagai Nisa ketika melihat foto profil di BBM milik gadis yang berasal dari Palembang itu.

Menurut seorang temannya, keluarga dan rakan Nisa tertanya mengenai perihal foto profil Nisa yang terakhir itu kerana Nisa tidak pernah memuat naik foto profil berkenaan.


“Biasanya dia akan memuat naik foto sama ada dirinya seorang atau dia dan juga teman lelakinya. Tetapi kita tertanya apakah maksud profil terakhir Nisa itu mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Nisa,” kata temannya.



Foto itu juga tidak menunjukkan tanda bahawa pesawat itu meluncur menuju ke arah laut. Sementara itu, Khairunisa dijadualkan akan pulang ke kampung halaman di Palembang pada minggu hadapan.

Menurut ibunya, Rohana, anaknya itu akan pulang di kediamannya di Jalan Pipa, Kelurahan Pipa Reja, Kecamatan Kemuning pada 6 Januari hadapan selepas kali terakhir pulang bulan lalu.

Rancangannya adalah, Nisa akan pulang ke Palembang pada 6 Januari depan dan tiket juga sudah dibeli,” katanya.

Tambahnya lagi, komunikasi terakhir antara anaknya itu dengannya adalah malam sebelum kejadian itu. - Credit HM

Sumber Asal http://newsredapple.blogspot.com/2014/12/3-gambar-pramugari-air-asia-muat-naik.html

Saturday, 27 December 2014

Gadai nyawa redah banjir ambil kertas SPM

KEMAMAN - Guru, Nurhayati Sulong sanggup bergadai nyawa berpatah balik ke rumahnya dalam keadaan banjir yang semakin buruk semata-mata untuk mengambil kertas peperiksaan SPM yang belum diselesaikan.
 
Dan dalam perjalanan semula ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Geliga, Nurhayati, 37, maut bila bot yang dinaikinya terbalik dihanyutkan arus deras Rabu lalu.
 
Suami Nurhayati, Suhaimi Awang, 37, turut terkorban dalam tragedi itu yang berlaku bila bot berkenaan karam selepas terperangkap dalam pusaran air di Kampung Che Akob, di sini.


 
Tiga anggota bomba dan tiga mangsa banjir lain bersama mereka selamat. Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman cukup terharu dengan tragedi itu.
 
"Saya amat merasa tersentuh dengan apa yang berlaku kerana saya dapat maklumat Allahyarham Cikgu Nurhayati ini, dia pulang ke rumah semata-mata hanya untuk mengambil kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang masih belum selesai ditanda.
 
"Ini satu pengorbanan yang sangat besar. Dia seorang guru yang hebat. Tanpa memikirkan keselamatan diri, beliau tetap nak balik mengambil kertas soalan SPM," katanya.
 
Menteri Besar bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Kemaman selepas menziarahi jenazah Suhaimi hari ini.
 
Sebagai menghargai khidmat bakti pasangan itu, Ahmad Razif berkata pihaknya akan menjaga segala kebajikan dan pendidikan serta akan mengambil keenam-enam anak mangsa sebagai anak angkat kerajaan negeri.
 
Mereka ialah Nor Syafiqah Syahira, 12; Nor Izah Insyirah, 11; Muhammad Ifran Irshad, 9; Nur Intisar Iedihar, 6; Muhammad Aqil Amsyar, 4; serta anak bongsu Nor Adifa Arissa, yang merupakan bayi berusia 4 bulan.
 
"Bantuan khas kepada anggota keluarga mangsa akan kita putuskan sebaik selesai urusan pengkebumian," kata Ahmad Razif.
 
Mayat Nurhayati ditemui tersangkut pada ranting kayu kira-kira 4.25 petang semalam kira-kira 700 meter dari tempat bot mereka terbalik manakala mayat suaminya pula ditemukan kira-kira pukul 12.20 tengah hari ini kira-kira 10 meter dari lokasi isteri.
 
Dalam pada itu ibu kepada Suhaimi, Zariah Awang Jusoh, 70, berkata beliau sedih mengenangkan hasrat Allahyarham yang tidak kesampaian.
 
Mereka sekeluarga sepatutnya menyertai 'reunion' Sekolah Menengah Agama Al Falah Kemaman pada Khamis lepas dan bercuti di Johor pada Jumaat (semalam), kata Zariah.  - Bernama

Tuesday, 23 December 2014

4 Gambar Siti Nurhaliza & Datuk K bersanding lagi amat mengejutkan

Eh.. kami terkejut pula dengan beberapa keping gambar persandingan Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K di atas pelamin baru-baru ini.Ingatkan sekadar bergurau, rupanya mereka diminta oleh rakan-rakan untuk bersanding kali kedua ketika majlis makan malam tahunan Cahaya Cinta.

Siapa sangka, dalam sebuah majlis makan malam tahunan ‘Cahaya Cinta’ yang dihadiri oleh Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K di Johor Bahru baru-baru ini, tiba-tiba pasangan ini dijemput untuk bersanding buat kali kedua.

Dengan persiapan pelamin yang sangat cantik pada majlis tersebut, ditambah pula pakaian Siti dan juga Datuk K yang tak ubah macam pengantin, ternyata pasangan ini bagaikan tidak dimamah usia langsung. Manis mereka berdua di atas pelamin!


Gambar yang dikongsikan oleh Siti Nurhaliza di Instagram beliau ini memang mengundang rasa cemburu, bukan? Maklumlah sudah bertahun kahwin pun masih mampu nampak seperti pengantin baru. Apa-apa pun, kami di sini mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia.