Tuesday, 30 December 2014

Motosikal berkuasa tinggi Yamaha YZF R25 digunakan penjual sayur di jawa tengah [ 3 gambar ]

Biasanya penjual sayur bergerak yang kita lihat di Malaysia menggunakan motor kapchai Hondo biasa. Model Honda dipilih kerana reliability yang tinggi. Jangan ketawa tetapi Honda Cup C70 sudah dinobatkan oleh pelbagai majalah sebagai motosikal yang paling influential di dunia.

Bukan Harley, Cagiva ataupun Ducati tetapi motor 2 storke Honda Cup. Motor ini digunakan peniaga kerana kos penyelenggaraan yang rendah dan tahan lasak. Jadi agak aneh apabila di Indonesia ada brader yang menjual sayur menggunakan sebuah motor berkuasa tinggi? Apa ceritanya?

Penjual sayur di Jawa Tengah ini mengumpul duit selama 6 tahun untuk mendapatkan motor idaman beliau Yamaha YZF R25. Bila dah mampu beli motosikal berkuasa tinggi ini menggantikan motosikal lama sebagai platform menjual sayur.


Ini namanya dapat yang diidam terus mahu pakai hari-hari tanpa mengira ianya praktikal ataupun tidak. LOL!


No comments:

Post a Comment