Thursday, 8 January 2015

Harta Saya Dikikis, Duit Raya Anak Pun Dia Kebas

AGAK terkejut kami mendengar kenyataan vokalis kumpulan Wings, Awie menerusi akhbar Berita Harian, hari ini.

Menurutnya, hingga saat ini dia tidak pernah terlintas untuk menceraikan isterinya, Rozana Misbun biarpun hatinya sakit.

“Selama sembilan tahun saya boleh bertahan dengannya biarpun tahu dia wanita yang bagaimana. Sudahlah merampas kebahagiaan bekas isteri saya dan melakukan perkara yang banyak menundukkan diri saya seperti orang bodoh jadinya, dia masih tak sedar diri.

“Harta saya dikikis dia. Bahkan duit raya untuk anak pun dia kebas juga. Jangan ingat saya tak tahu permainan dia menambah kenalan di laman Facebook termasuk teman wartawan yang tak dikenali selama ini untuk meraih simpati.


“Dia selalu cakap rindukan tiga anak kami sedangkan sepanjang enam bulan lalu dia langsung tak melawat mereka apatah lagi menghubungi. Ibu jenis apa gamaknya dia ini,” kata Awie.

Pada masa sama, Awie turut mempersoalkan tujuan Rozana membuka cerita perihal sijil pernikahan yang dikatakan palsu kerana ia akan memberi kesan kepada tiga anak mereka.

“Daripada hukum syarak perkahwinan saya dengannya di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 sah dan hanya sijil nikah saja yang palsu. Sebelum ini, saya yakin surat nikah itu sah kerana sepanjang berkahwin tidak pernah ada masalah mendapatkan sijil kelahiran tiga anak kami.

“Tapi tak sangka pula ejen yang menguruskan pendaftaran nikah kami itu menipu. Awalan perkahwinan kami memang saya tidak boleh pergi ke pejabat agama untuk menguruskan hal berkenaan kerana mengelak perkahwinan kami diketahui orang lain termasuk Arni Nazira (bekas isterinya). Tapi saya memang tertipu,” jelasnya lagi.

Aduh.. semakin rumit nampaknya pertelagahan antara pasangan suami isteri ini.

Apa tidaknya, bermula daripada laporan kes pukul sehinggalah membawa kepada isu sijil nikah yang belum diputuskan lagi sehingga 13 Januari kelak.

Harapnya cepat-cepatlah kes demi kes ini selesai ya.

Kasihan pada anak-anak yang mungkin belum mengerti apa yang berlaku di antara ibu bapa mereka. – MYNEWSHUB.CC

Monday, 5 January 2015

Imbasan 15 Tahun Kisah Sedih, Pembunuhan Along (Spoon)

TANGGAL 6 Januari 2000 iaitu kira-kira 15 tahun lalu terjadinya satu tragedi apabila penyanyi Spoon - Along ditemui mati dibunuh. mStar Online menyingkap peristiwa sedih itu.

Along atau nama sebenarnya Sabi'ul Malik Shafie yang ketika itu berusia 19 tahun popular dengan lagu Rindu Serindu-Rindunya telah dibunuh dengan keadaan mayatnya dimasukkan ke dalam guni, diikat lalu dicampak ke dalam gaung sedalam kira-kira 400 meter iaitu di kawasan sunyi, Jalan Kuala Klawang, Negeri Sembilan.


Peristiwa berdarah itu hanya disedari lebih 10 hari selepas Allahyarham dilaporkan hilang iaitu pada 25 Disember 1999.

Penemuan mayat Allahyarham diketahui selepas seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tontoni imbasan kisah sedih ini dalam bentuk video selepas 15 tahun ia berlalu. Al-Fatihah buat Allahyarham. -MSTAR

 

Terkejut : Emma Maembong & Zizan Razak Putus?

TERKEJUT kami mendengar khabar mengenai dua selebriti ini. Kalau dahulu mungkin pasangan kekasih, tetapi sekarang dengarnya hubungan mereka sedang bermasalah, sudah menjadi samar, seolah retak menanti belah. Kalau mengikut cerita yang kami dengar, Emma sekarang ingin mengambil masa untuk menenangkan diri. Jadi pinta dia kepada Zizan agar hubungan mereka tidak lagi diteruskan buat masa ini.

Makna kata mereka dalam fasa tidak lagi intim macam dulu. Emma juga baru-baru ini telah bercuti keluar negara untuk mengubati hati bersama rakan-rakannya yang lain.

Apa tekanan yang Emma hadapi? Macam berat sangat keadaan yang sedang di hadapi pelakon kacukan ini?


Walaupun sumber ini boleh dipercayai, tetapi kami harap sangat perkara ini tidak benar. Malah ada juga Emma berkongsi gambarnya dengan Zizan baru-baru ini, nampak gembira sahaja.

Bukan apa, setelah macam-macam yang dilalui Zizan dan Emma, sayang pula rasanya jika hubungan mereka berkubur begitu sahaja.

Mungkin macam Zizan sendiri dia lebih matang untuk tidak terus meletakkan Emma dalam keadaan serba salah.

Jika benar masing-masing perlukan masa, beri sahaja masa. Biasalah dalam hubungan seperti ini pasti banyak cabaran mendatang.

Kalau lihat Zizan pasti dia tidak mahu berundur begitu sahaja. Sebab kami boleh lihat dari ekor mata lelaki ini, dia begitu menyayangi wanita bernama Emma.

Mungkin benar dalam mana-mana hubungan kalau kerap sangat masalah melanda pasti ada yang akan tawar hati.

Tetapi percayalah masalah itulah yang akan terus menyemarakkan rasa cinta di hati, kalau kena dengan caranya.

Hosted on: kamithemedia.blogspot.com 

Sunday, 4 January 2015

VIRAL: Video Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Secara Live

Ini merupakan video Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha di pentas akhir Gegar Vaganza. Lamaran ini telah menjadi viral di seluruh Malaysia.

Di laman sosial, blog, forum dan media hiburan semua sedang membicarakan tentang lamaran Hairul Azreen kepada Hanis Zalikha ini. 10 Gambar Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha boleh dilihat di SINI. Kepada yang terlepas, jom tonton video tersebut :





 


QZ8501: Waris MH17 Dan MH370 Kongsi Kesedihan

QZ8501: Waris MH17 Dan MH370 Kongsi Kesedihan, Semakin Cantik, Inilah Gambar Terkini Maira Elizabeth (6 Foto)

Kuala Lumpur: Sebilangan waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dan MH370 mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

Wan Aini Wan Hussin, 61, kakak juruterbang pesawat MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin, berkata dia sedih sebaik mendengar berita nahas itu dan berharap keluarga mangsa tabah menghadapi kenyataan.

“Bila mendengar berita itu, perasaan saya seolah-olah seperti ketika mendengar berita tragedi MH17.
“Memang sedih sebab kita pernah rasa kehilangan seperti itu...saya harap semua ahli keluarga (mangsa QZ8501) banyak bersabar,” katanya ketika dihubungi.


Mohd Zaki Md Salim, 38, abang kepada penumpang MH17, Mohd Ali, berkata dia juga dapat merasai kesedihan yang dialami keluarga mangsa QZ8501.

“Saya pernah berada dalam situasi yang sama dan saya simpati kepada mereka...tiada yang dapat saya katakan selain bersabar dan terima dugaan dengan tabah,” kata Mohd Zaki.

Sementara itu, Selamat Omar, 60, bapa kepada penumpang MH370, Mohd Khairul Azmi, berkata dia turut bersedih dengan kejadian itu dan berharap mereka tabah menghadapi dugaan walaupun berita itu pahit untuk ditelan.

Katanya, walaupun mereka kehilangan insan tersayang namun sekurang-kurangnya QZ8501 dapat ditemui berbanding MH370 yang masih hilang.

“Pada dasarnya mereka masih bernasib baik sebab pesawat itu dapat ditemui tidak seperti MH370 yang sudah berlarutan hampir 10 bulan tetapi tiada khabar berita untuk kami sekeluarga,” kata Selamat.


Maira Elizabeth Nari anak kepada kru MH370, Andrew Nari, melalui akaun twitternya turut menyampaikan ucapan takziah kepada waris penumpang dan anak kapal QZ8501.

“My deepest condolence to the family of QZ8501 crews and passengers. I have no idea what other words that can comfort you, but stay strong,” kata Maira.



Turut berkongsi kesedihan ialah Intan Maizura Othman, 34, isteri kepada anak kapal MH370, Mohd Hazrin Hasnan.

“Dear all, pray pray and pray...sorry for your lost,” katanya dalam catatan di laman Twitternya. - Bernama

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/20185#sthash.QyyPiUnM.dpuf
-Sumber : http://viralberita.blogspot.com/2014/12/qz8501-waris-mh17-dan-mh370-kongsi.html

4 Foto Romantic Terkini Rozita Che Wan & Zain Saidin Di Amsterdam

Kami lihat sejak kebelakangan ni jarang sekali Rozita Che Wan memuat naik gambar bersama suaminya, Zain Saidin sambil menulis caption romantis. Mungkin sibuk berpantang dan menjaga Aaisyah Dhia Rana.

Tapi sehari sebelum menjelangnya tahun baru, kami tersenyum sendiri membaca caption Che Ta di Instagram sewaktu pelakon jelita ini berkongsi gambar mereka suami isteri di Amsterdam.

Manis Macam Gula !!Bagus sungguh Che Ta, dah berkahwin dan ada anak pun tetap romantik dengan suami. Isteri macam ni la yang lelaki sayang. Cuba baca caption Che Ta. Meremang sebab sweet sangat. Hehe!





Saturday, 3 January 2015

Gambar Selamat Bertunang Hanez Suraya Dan Romie Razin Adilha

Tahun 2014 merupakan tahun kontroversi buat pelakon Hanez Suraya, apabila dia dikatakan menjadi punca keretakan rumahtangga  Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, dengan isterinya, Nur Liyana Manan, 29. Keduanya telah sah bercerai pada 9 Disember lepas di Mahkamah Syariah.

Hanez juga mendakwa sudah memutuskan hubungan dengan Romie, namun ramai yang tidak percaya dengan dakwaan Hanez dan menganggapnya satu usaha untuk membolehkan dia dipanggil semula untuk berlakon semata-mata setelah dia mula diboikot peminat yang menyebabkan stesen televisyen tempatan tidak mahu mengambilnya berlakon untuk menjaga rating penonton. Perkara ini juga telah dinafikan oleh Hanez.



Walaubagaimanapun, terdapat desas-desus yang mendakwa Hanez dan Romie akan melaksanakan majlis pertunangan pada hari ini, 3 Januari 2014 di kediaman keluarga Hanez di Seremban, Negeri Sembilan. Malahan, ada yang memberitahu gambar profil Whatsapp Romie memaparkan jejari kurus dan putih seorang wanita yang mengenakan cincin.

 photo hanezatransformed.jpg



Dan ternyata desas-desus ini benar apabila Berita Harian melaporkan Hanez telah selamat bertunang pada hari ini selepas Isyak dengan Romie. Hanez kelihatan anggun dengan mengenakan busana warna putih. Majlis telah berlangsung di rumah keluarga Hanez di Seremban dengan kehadiran terdiri daripada kalangan ahli keluarga sahaja.



Ujar Hanez:

Saya mahu buka buku baru untuk tahun 2015. Harap yang terbaik untuk hubungan saya dan tunang.Buat keduanya, tahniah diucapkan. Semoga urusan perkahwinan selepas ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Semoga kebahagiaan akan menjadi milik anda berdua.

Sumber : http://beautifulnara.com/gambarselamat-bertunang-hanez-suraya-dan-romie-razin-adilha/

Friday, 2 January 2015

Ustazah Mashitah Jawab Isu Foto Terlampau Beliau (Video Inside)

Beberapa ketika yang lalu gambar Ustazah UMNO Dr. Mashitah Ibrahim yang arif tentang hukum Islam sedang mencium tangan Pak Lah telah tersebar dilaman Blog, FaceBook dan juga Twitter.

Beliau bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia sambil diperhatikan oleh Menteri Agama, Jamil Khir yang tersengeh-sengeh.Ramai yang mempersoalkan tindakannya itu, ini kerana sebagai seorang Ustazah beliau sewajarnya lebih arif tentang apa yang dihalalkan dan apa juga yang diharamkan dalam Islam.


Sedangkan Pak Lah adalah lelaki yang bukan mahramnya..

Begitu lama jawapan dari Ustazah UMNO itu dinantikan, akhirnya beliau menjawab juga dalam artikel di ruangan soal jawab "Anda musykil Dr Mashitah jawab" Sinar Harian.


Beliau menjawab satu soalan yang mempersoalkan "Apakah hukumnya Muslimah bersalam dan mencium tangan bukan muhrimnya?".

Antara jawapan Ustazah UMNO itu ialah "Ulama berbeza pendapat tentang hal ini. Namun jika berjabat tangan disertai dengan perasaan ghairah dan boleh mendatangkan fitnah maka hukumnya adalah haram"


Itu jawapan Mashitah.. seorang Ustazah UMNO.Dan ini pula ulasan Ustaz Azhar Idrus mengenai Budaya Bersalam-salaman Antara Bukan Mahram.


Foto terkini Nor Syafiqa, mangsa toreh penjenayah semakin cun melecun

Nor Syafiqa, 22 yang terlibat dalam satu kes rompakan ngeri sehingga mukanya ditoreh yang menggemparkan seluruh Malaysia dilihat semakin pulih daripada kecederaan.

Gadis yang berasal daripada Kelantan ini, selamat melangsungkan pernikahannya semalam 1 Januari 2015 bersama tunang tersayang. Difahamkan majlis resepsi akan dilangsungkan dalam masa 3 bulan lagi bersama majlis perkahwinan abangnya.

Pernikahan ini telah disegerakan oleh keluarga selepas kejadian rompakan itu menimpa dan berharap pernikahan ini dapat memulihkan kembali semangat Nor Syafiqa. Malah parut di wajahnya juga semakin pulih - Blog Beritasemasa22.






Sumber http://terhebatartis.blogspot.com/2015/01/inilah-wajah-paling-terkini-nor-syafiqa.html

Thursday, 1 January 2015

Hujan Lebat Iringi Pengebumian Jenazah Pertama Mangsa Nahas QZ8501

SURABAYA: Hujan lebat mengiringi pengebumian jenazah pertama mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang dikenal pasti sebagai Hayati Lutfiah Hamid pada Khamis.

Allahyarham Hayati, 39, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Desa Sawo Tratap di Sidoarjo dekat sini pada 5.35 petang waktu tempatan, bersebelahan pusara bapa mentuanya.

Ratusan penduduk kampung memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham, seorang daripada 162 penumpang dan anak kapal pesawat Airbus A320 yang terhempas di Laut Jawa ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada Ahad.

Identiti Hayati disahkan pada Khamis berdasarkan hasil bedah siasat, padanan cap jari dan barangan peribadinya seperti kad pengenalan dan rantai yang tertulis namanya.


Jasad Hayati merupakan antara enam jasad yang dibawa ke Hospital Bhayangkara di sini, untuk bedah siasat dan proses identifikasi.

Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia, F Henry Bambang Soelistyo memberitahu sidang media di Jakarta bahawa sehingga kini, sembilan mayat telah ditemui.

Ia merangkumi enam yang dibawa ke Hospital Bhayangkara (termasuk satu yang telah dikebumi), dua yang berada di Pangkalan Bun, Kalimantan dan satu mayat yang dijumpai KD Lekir milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam catatan di laman Twitternya berkata pihaknya mengeluarkan satu jasad lelaki tidak beridentiti di laut dan akan diserahkan kepada pihak Indonesia pada Jumaat.

Pesawat QZ8501 berlepas dari Surabaya pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 8.30 pagi hari sama.

Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).

Sumber : http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2015/01/01/hayati-qz8501/

Isteri Lena Diulit MAT AFRIKA

Luluh hati seorang lelaki sejurus menangkap isterinya sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki ‘Mat Afrika’ di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kontraktor dilapor menyerbu bilik hotel bersama dua anak saudara dan diiringi anggota polis.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap dan sering datang ke ibu kota untuk bertemu lelaki warga Nigeria itu.

“Susulan itu lelaki berusia 50-an terbabit mengatur jerat dengan berpura-pura mahu pergi ke selatan tanah air atas urusan perniagaan.


“Lelaki itu bagaimanapun menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum mengekori isterinya itu yang didapati meninggalkan rumah,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya mengekori wanita itu sehingga ke ibu kota.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit yang yakin isterinya mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, di sini, bergegas ke balai polis berhampiran meminta bantuan pihak berkuasa untuk melakukan serbuan.

“Telahan lelaki itu terhadap kecurangan isterinya ternyata tepat apabila serbuan mendapati wanita itu sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria.

“Malah ketika ditemui, wanita itu dilapor dalam keadaan tidak berpakaian lengkap,” katanya.

Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut.

Dalam laporannya, lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan menegaskan wanita terbabit masih isterinya.

Sementara itu, sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997).

Hosted on: kamithemedia.blogspot.com