Thursday, 8 January 2015

Harta Saya Dikikis, Duit Raya Anak Pun Dia Kebas

AGAK terkejut kami mendengar kenyataan vokalis kumpulan Wings, Awie menerusi akhbar Berita Harian, hari ini.

Menurutnya, hingga saat ini dia tidak pernah terlintas untuk menceraikan isterinya, Rozana Misbun biarpun hatinya sakit.

“Selama sembilan tahun saya boleh bertahan dengannya biarpun tahu dia wanita yang bagaimana. Sudahlah merampas kebahagiaan bekas isteri saya dan melakukan perkara yang banyak menundukkan diri saya seperti orang bodoh jadinya, dia masih tak sedar diri.

“Harta saya dikikis dia. Bahkan duit raya untuk anak pun dia kebas juga. Jangan ingat saya tak tahu permainan dia menambah kenalan di laman Facebook termasuk teman wartawan yang tak dikenali selama ini untuk meraih simpati.


“Dia selalu cakap rindukan tiga anak kami sedangkan sepanjang enam bulan lalu dia langsung tak melawat mereka apatah lagi menghubungi. Ibu jenis apa gamaknya dia ini,” kata Awie.

Pada masa sama, Awie turut mempersoalkan tujuan Rozana membuka cerita perihal sijil pernikahan yang dikatakan palsu kerana ia akan memberi kesan kepada tiga anak mereka.

“Daripada hukum syarak perkahwinan saya dengannya di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 sah dan hanya sijil nikah saja yang palsu. Sebelum ini, saya yakin surat nikah itu sah kerana sepanjang berkahwin tidak pernah ada masalah mendapatkan sijil kelahiran tiga anak kami.

“Tapi tak sangka pula ejen yang menguruskan pendaftaran nikah kami itu menipu. Awalan perkahwinan kami memang saya tidak boleh pergi ke pejabat agama untuk menguruskan hal berkenaan kerana mengelak perkahwinan kami diketahui orang lain termasuk Arni Nazira (bekas isterinya). Tapi saya memang tertipu,” jelasnya lagi.

Aduh.. semakin rumit nampaknya pertelagahan antara pasangan suami isteri ini.

Apa tidaknya, bermula daripada laporan kes pukul sehinggalah membawa kepada isu sijil nikah yang belum diputuskan lagi sehingga 13 Januari kelak.

Harapnya cepat-cepatlah kes demi kes ini selesai ya.

Kasihan pada anak-anak yang mungkin belum mengerti apa yang berlaku di antara ibu bapa mereka. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment