Wednesday, 27 August 2014

Artis: Sharifah Sakinah masih ingin berlakon

KUALA LUMPUR: Pelakon dan duta jenama Adidas, Sharifah Sakinah terus bersemangat memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk terus mementingkan gaya hidup sihat dengan bersenam.

Malah sejak mempopularkan jenama kecergasannya sendiri di bawah nama Fitness Sakinah (Instagram @fitnessakinah), adik kepada Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahira ini dilihat seperti tidak mahu lagi berlakon.



"Tak saya nafikan sejak membabitkan diri dalam dunia kecergasan, dunia lakonan seperti jatuh di tangga kedua. Kalau dulu saya seperti 50-50 untuk dunia kecergasan dan lakonan tetapi sekarang peratusan sudah jadi 60 untuk kecergasan dan 40 untuk lakonan.

"Tapi itu tak bererti saya mahu meninggalkan terus dunia lakonan. Kalau ada kelapangan dan ada terima tawaran pada masa yang tepat, kenapa perlu saya tolak," katanya yang menganjurkan Fitness Sakinah untuk 30 orang saja secara percuma pada 31 Ogos ini di Muay Fit Damansara Perdana milik Sharifah Haslinda.

Bercerita lanjut mengenai Fitness Sakinah yang akan diadakan pada Hari Kemerdekaan Ahad ini, mereka yang terpilih akan dipastikan membakar kalori yang banyak untuk tempoh satu jam.

"Selain ada sukan Muay Thai, mereka akan dibantu jurulatih kecergasan melakukan rutin senaman seperti body pump dan cardio boxing. Jika ada yang berminat selepas sesi percuma itu kami akan tawarkan sesi berharga RM450 pula selepas itu untuk tiga bulan.

"Dalam tiga bulan itu, kita wajibkan mereka untuk bersenam dua kali seminggu. Untuk yang berbayar ini pun kita sediakan jurulatih kecergasan tetapi secara berkumpulan. Insya-Allah selain Fitness Sakinah yang terus diadakan secara terbuka ikut kelapangan saya, kita juga merancang untuk adakan sesi boot camp pula.

"Boot Camp ini dijangka bermula November depan dan setiap mereka yang menyertai ini diwajibkan mengikutinya setiap minggu. Kita akan letak harga sekitar RM400 hingga RM500 untuk tempoh tiga bulan dan ia akan diadakan di tempat terbuka juga," katanya.

Tambah Sakinah, beliau juga akan memastikan mereka yang sudah membayar untuk memberikan komitmen terbaik dalam misi mengurangkan berat badan ataupun meningkat stamina.

"Kalau perlu kita akan cari mereka ke rumah untuk bersenam jika tidak dapat menyertai di tempat yang diumumkan. Kita mahu mereka bertanggungjawab di atas wang yang dilaburkan untuk menyertai senaman ini," katanya.

Menjawab persoalan mengenai sesetengah pihak yang mempertikaikan kredibilitinya sebagai artis yang memperjuangkan dunia kecergasan, Sakinah sedar beliau tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

"Benar saya tidak mempunyai kelayakan tertentu dalam bidang kecergasan tetapi hanya berbekalkan pengalaman dan apa yang ingin dikongsi. Prinsip saya ialah mahu memberikan kesedaran ke arah gaya hidup sihat," katanya yang turut mempromosikan kempen terbaharu Adidas dipanggil, Adidas My Girls.



Bagi Sakinah, ada banyak sebab mengapa dia memilih untuk aktif bersenam. Pernah memiliki badan sedikit gempal termasuk pipi tembam dan sesekali berat badan turun kerana mencuba pelbagai ubat kurus badan, kesedaran mulai timbul pada dirinya untuk memilih cara sihat menurunkan berat badan.

"Saya sudah mencuba pelbagai pil kurus. Ada antaranya yang cukup berkesan menurunkan berat badan, tetapi memberi kesan lain hingga mengganggu emosi. Mujur saya tak berpanjangan meneruskan cara itu dan seakan-akan tersedar daripada lamunan.

"Pengalaman lalu dapat merasai rasa kurus cepat dan berat badan naik mendadak apabila meninggalkan pil kurus membuatkan saya sedar cara itu tidak wajar diteruskan. Sebab itu saya alihkan ruang itu dengan bersenam. Pada akhirnya cara pemakanan yang betul dan senaman berterusan antara kunci kepada gaya hidup sihat.

"Ikutkan, sejak zaman persekolahan lagi saya sudah terbiasa melihat aktiviti senaman kerana kakak saya pernah membuka pusat gim sendiri hinggalah dia menjualnya. Bayangkan sampai keluar ke mana pun saya seperti tak reti berfesyen kerana asyik pakai baju sukan saja bila keluar rumah," kata Sakinah ditemani teman baiknya, Pinography, merangkap pengurus.--Bharian

Artis: Aliff Aziz 'Hilang', Cetus Tanda Tanya

PETALING JAYA: Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 23, mencetuskan persoalan baharu apabila dia dikhabarkan menghilangkan diri di lokasi yang tidak diketahui sehingga menjejaskan jadual seninya.

Menurut sumber, penyanyi itu juga tidak memberi sebarang respons menerusi mesej yang dihantar oleh pihak syarikat rakamannya, Sony Music sejak sebulan lalu untuk urusan sesi fotografi dan juga persembahan nyanyian.



Lebih memeranjatkan, Aliff didapati memadam semua status dan gambar-gambar yang pernah diumuat naik menerusi akaun Instagram miliknya yang menggambarkan seolah-olah dia sedang menghadapi masalah tertentu.

Semakan mStar Online pada Rabu juga mendapati, status akaun Twitter miliknya kali terakhir ditulis pada 21 Ogos lalu dengan mengatakan dia berada di Bukit Panjang (Singapura) bersama hastag #bored #alone.

Sementara itu, pihak pengurusannya Sony Music Malaysia yang dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya sudah hampir sebulan tidak dapat berhubung dengan penyanyi itu.

Wakil pihak pengurusan itu turut memberitahu Aliff telah menghantar mesej kepada mereka agar diberikan masa bagi menyelesaikan masalah peribadinya.



Tambahnya, disebabkan perkara itu juga Sony Music terpaksa membatalkan beberapa acara yang telah dijadualkan.

"Buat masa ini pihak kami masih cuba menghubungi Aliff namun tiada sebarang maklum balas dan difahamkan dia kini berada di Singapura.

"Kali terakhir pada Hari Raya kelima lalu dia meminta agar diberi masa untuk selesaikan masalah peribadi, namun tidak diberitahu berapa lama dan apakah masalah berkenaan," ujarnya.

Aliff sebelum ini pernah menimbulkan masalah apabila gagal dihubungi dan seringkali lewat dalam beberapa urusan kerja.

Namun dia berjanji untuk memperbaiki masalah peribadi yang merosakkan kerjaya seninya itu.

Dalam pada itu, adik kepada penyanyi Aliff iaitu Aisyah Aziz turut gagal dihubungi dan difahamkan kini berada Singapura atas urusan kerja.--mStar

Tuesday, 26 August 2014

MH17: Tabah menanti

Bintulu: “Saya tidak pernah berputus asa, malah sering berdoa semoga ada berita baik mengenai jenazah suami,” kata Simbut Kedit, 39, isteri kepada Meling Mula, 48, yang terkorban dalam nahas Penerbangan Malaysia (MAS), MH17, 17 Julai lalu.

Simbut berkata, dia bersama anak tetap tabah menanti berita mengenai pengecaman jenazah suaminya yang masih belum diketahui sehingga kini.



“Setiap kali ada pengumuman mengenai pengecaman mayat, saya sentiasa berharap nama suami ada dalam senarai.

“Namun, setakat ini belum ada perkembangan terbaru mengenainya, saya perlu bersabar dan berdoa semoga semuanya berjalan dengan baik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Simbut, ada kalanya dia dan keluarga ternanti-nanti kunjungan kakitangan MAS yang mungkin membawa berita baik mengenai suami.--Hmetro

Subang: Bahana sebut 'bom' dalam penerbangan

Subang: Sebuah pesawat milik Malindo Air yang sepatutnya berlepas ke Pulau Pinang pada jam 3.40 petang ditunda selepas juruterbang membuat panggilan kecemasan kepada pusat kawalan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, panggilan itu dibuat selepas seorang penumpang pesawat jenis ATR 60 itu menyebut perkataan 'bom' ketika pemeriksaan dilakukan oleh kru penerbangan.

"Selepas penumpang melepasi pintu masuk mereka akan diperiksa lagi untuk kali kedua bagi memastikan tidak berlaku kesilapan menaiki pesawat.



"Ketika itulah seorang penumpang dipercayai lelaki tidak berpuas hati dan mempersoalkan tindakan kru sambil berkata, kenapa perlu periksa lagi bukan ada bom pun," katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), tadi.


Katanya, kru penerbangan kemudiannya melaporkan perkara itu kepada juruterbang sebelum memaklumkan pusat kawalan untuk menangguhkan penerbangan.


Katanya, sepasukan anggota polis dari Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) melakukan pemeriksaan rapi terhadap pesawat, anak kapal dan 37 orang penumpang termasuk seorang bayi.

"Semua anak kapal dan penumpang diarahkan turun dan masuk ke sebuah bilik khas manakala pesawat ditunda ke bahagian khas untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Katanya, operasi tamat kira-kira jam 7.15 malam dan pesawat disahkan selamat. Hanya 35 penumpang dijadualkan akan berlepas dengan pesawat sama jam 9.30 malam ini.--Hmetro

Artis: Maruah anak dan saya bukan di bawah tapak kakinya - Rita Rudaini

KUALA LUMPUR: Rita Rudaini menyifatkan tindakan tegasnya memfailkan tuntutan mutaah RM300,000 terhadap bekas suami, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak di mahkamah semalam bukan kerana mengejar wang tetapi untuk memberi kesedaran.

"Saya bukan nak duit dia (bekas suami) pun. Sejak berkahwin lagi saya tak pernah ambil duit dia satu sen pun. Malah saya guna duit hasil berlakon untuk belanja sendiri. Dia pun saya belanja dan manjakan dulu.



"Tuntutan mutaah ini nak sedarkan pada dia yang jangan ingat boleh layan saya dan anak macam sampah apabila sudah senang dan tak mahu kami lagi. Maruah saya dan anak bukan di bawah tapak kaki dia.

"Kalau masa kahwin lain dia boleh habiskan beratus ribu ringgit, kenapa dia tak boleh bayar tuntutan untuk saya sekeluarga. Di dunia ini dia boleh menafikan serta berbohong... tapi di akhirat nanti nak lari mana gamaknya," katanya kepada BH Online sebentar tadi.

Rita disahkan cerai talak satu dengan Zafuan pada 5 September lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak, Airit Rayyan Rizqin (5) dan Airit Qaqa Arjuna (3).--Bharian

Kuching: Hanya Tambi ‘pulang’ Sabtu ini

Kuching: Ahli keluarga arwah Tambi Jiee, 48, dan Ariza Ghazalee, 46, yang terkorban dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 sudah dimaklumkan mengenai kepulangan satu lagi jenazah ahli keluarga mereka, Sabtu ini.

Perkara itu dinyatakan Drahman Jiee, 60, selepas kakitangan MAS memaklumkan jenazah adiknya Tambi disahkan akan dibawa pulang manakala jenazah tiga anak saudaranya, Muhammad Afzar, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13, masih dalam proses pengecaman.



“Kami sudah menerima maklumat ini (pengecaman Tambi), tapi masih menunggu pengesahan rasmi (kerajaan),” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Menurutnya, keluarganya menerima pengesahan itu petang kelmarin melalui kakitangan MAS yang datang ke kediaman keluarga mereka.

“Syukur...kami hanya perlu menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan dan berharap jenazah Tambi dapat dibawa pulang dan dikebumikan bersebelahan pusara isteri dan anaknya.

“Kami sentiasa bersabar menanti dengan penuh harapan dan semoga kepulangan tiga lagi jenazah anak arwah juga akan dipermudahkan nanti,” katanya.--Hmetro

Monday, 25 August 2014

Artis: Sari Yanti Enggan Komen Kisah Rumah Tangga

Sebelum ini, Sari Yanti dan kisah rumah tangganya hangat diperkatakan di kalangan peminat dunia hiburan tempatan malah jalan yang diambil untuk tidak membicarakan kes tersebut secara terbuka juga menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Bertemunya di majlis sidang media Anugerah Lawak Warna kelmarin, ternyata jawapannya sama seperti sedia kala apabila mengatakan kehidupannya kini, baik dan bersyukur di atas apa yang dikurniakan kepadanya.



“Kehidupan saya sekarang ini, Alhamdulillah, tidak boleh komen lagi. Saya bersyukur dengan apa yang ada sekarang dan saya bahagia,” ujarnya ringkas.

BACA: Bantah Dakwaan Nusyuz, Sari Yanti Tolak Tuntutan Kembali Taat Suami

Dia yang dikurniakan 2 orang anak lelaki sepanjang perkahwinan itu ternyata tidak membenarkan anak-anaknya terlibat dalam dunia lakonan buat masa sekarang ini kerana faktor umur anaknya yang masih kecil iaitu 4 dan 3 tahun.

“Kalau boleh saya tak mahu mereka berlakon, kerana saya kasihankan mereka yang masih kecil, ialah mereka tentunya sudah penat dan keesokannya akan ke sekolah pula. Saya bukan tak galakkan anak-anak untuk berlakon tetapi mereka masih kecil dan yang sulung baru berumur 4 tahun dan yang bongsunya pula baru mencecah 3 tahun”

“Saya tak pernah lagi membawa mereka ke ‘casting’ atau apa sahaja. Sebelum ini iklan Johnson Milk Bath yang dilakonkan oleh saya bersama kanak-kanak perempuan itu bukanlah anak saya tetapi itu merupakan model kanak-kanak dalam iklan tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, dalam Anugerah Lawak Warna 2014, Sari Yanti bersama-sama dengan syarikat produksinya, Media Glo yang diusahakan bersama rakan baiknya, pelakon Farish dan Tam menerima beberapa pencalonan dalam Anugerah Lawak Warna lawak menerusi produk mereka yang pertama berjudul ‘Perancang Perkahwinan’.

Buat pengetahuan semua, Anugerah Lawak Warna 2014 bakal disiar secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dan serentak dengan Astro Mustika HD (saluran 134). Acara ini bakal berlangsung di Teater Selangor di Shah Alam pada 19 September ini. (rtky/hfz)

Artis: Cinta Kamal Adli & Intan Ladyana Hancur Akhirnya

KUALA LUMPUR: Hubungan pasangan pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli yang dibina sejak enam tahun lalu akhirnya bernokhtah apabila kedua-dua mereka putus cinta.

Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32, berkata, keputusan tersebut diambil atas persetujuan bersama yang dilakukan pada akhir Ramadan lalu.

"Saya dan Kamal sudah tidak lagi mempunyai sebarang hubungan istimewa. Keputusan ini sudah lama kami fikirkan, tetapi sekarang baru dapat dibuat.



"Kalau boleh jangan tanya saya punca perpisahan kami ini, biarlah ia menjadi cerita peribadi kami. Saya anggap ini semua tiada jodoh untuk kami bersama," jelasnya ketika ditemui semasa sidang akhbar Anugerah Lawak Warna di Hotel Istana di sini, pada Isnin.

Intan berkata, biarpun hubungan tersebut sudah berakhir, ia tidak menghalang untuk mereka berhubung sebagai rakan biasa.

Pelakon yang popular menerusi filem Adnan Sempit itu menjelaskan, dia tidak keberatan sekiranya digandingkan bersama-sama dalam lakonan dan akan bertindak secara profesional.

"Kalau diikutkan saya kini berasa lega setelah berterus terang mengenai hubungan kami. Selepas ini saya akan lebih fokus kepada kerjaya dalam bidang lakonan," ujarnya.

Sementara itu, Kamal, 28,  yang dihubungi mStar Online terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Intan itu.

Malah aktor itu enggan memberi komen mengenai perkara tersebut dan meminta semua pihak supaya memberi ruang kepada mereka berdua.

"Saya tak mahu komen panjang. Biarkan keadaan sejuk dahulu.

"Dan berikan saya dan Intan ruang dan masa sebelum saya mengeluarkan sebarang kenyataan. Harap anda faham,” pintanya.--mStar

Artis: Alyph (Sleeq) Mohon Maaf Pegang Tangan Tunang

PETALING JAYA: Penyanyi Alyph (Sleeq) memohon maaf jika gambarnya berpegangan tangan bersama tunang, Azzah Fariha Samat, 27, mengundang rasa kurang selesa kepada mana-mana pihak yang melihatnya.

Alyph atau nama sebenarnya Alif Abdullah, 25, berkata, gambar tersebut sepatutnya tidak perlu dijadikan isu namun dia tetap menghormati setiap pandangan yang diberikan oleh masyarakat sekeliling.

"Maafkan saya jika ada yang tidak berkenan dengan gambar itu. Tetapi saya hormati segala komen dan kritikan yang diberikan kerana saya faham, media sosial adalah satu platform bebas untuk sesiapa pun yang ingin komen.



"Apa-apa pun terima kasih atas kritikan itu. Dan jujurnya saya tidak terasa hati pun dengan segala komen negatif yang diberi. Cuma terkejut sedikit sahaja pada mulanya," katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsAapp di sini pada Isnin.

Minggu lalu, segelintir peminat Alyph telah mengkritiknya selain dia memuat naik foto bersama tunang di Facebook dengan berpegangan tangan.

Antara komen mengatakan mereka tidak sepatutnya mengambil gambar berpegangan tangan meskipun sudah bertunang kerana mereka masih belum menjadi suami-isteri yang sah.

Sementara itu, ditanya pula mengenai persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada 13 September depan di Gardens By The Bay Singapore, Alyph berkata, kesemuanya sudah hampir selesai diuruskan.

"Alhamdulillah, persiapan perkahwinan kami sudah hampir siap. Segala dokumen yang perlu dibuat juga sudah selesai.

"Tinggal tunggu masa saja. Berdebar juga, doakan segalanya berjalan dengan lancar," tuturnya.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli Sleeq iaitu Ahmad Syarif, 25, bakal melangsungkan perkahwinannya pada November depan.--mStar

Aksi pengantin berjalan separuh bogel gemparkan bandar Ipoh

IPOH: Selepas pesta sukan bogel di Pulau Pinang yang menggemparkan negara, orang ramai di sekitar Jalan Sultan Yussof di bandar raya ini pagi ini dikejutkan dengan pasangan pengantin yang berjalan dalam keadaan separuh bogel.

Aksi mereka mendapat perhatian orang ramai yang ketika itu sedang sibuk melalui jalan berkenaan selepas pasangan pengantin itu dikatakan baru selesai menjalani sesi fotografi.


Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, wanita berkenaan dilihat hanya memakai coli dan seluar dalam berwarna putih dan berkain layah manakala pasangan lelaki hanya memakai seluar panjang hitam tanpa baju.

Gambar pasangan terbabit yang dirakam seorang pengguna Facebook dipercayai diambil di hadapan laluan zebra sebuah bank berhampiran Padang Ipoh di sini dan kini sudah tersebar dan dikongsi ribuan pengguna Facebook lain.

Ketua Polis negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan kesalahan yang mencolok mata itu akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq yang dihubungi pula berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu sebagaimana tersebar di media sosial.

"Arahan juga sudah dikeluarkan kepada Ketua Polis Balai dan anggota, jika terserempak dengan mana-mana perlakuan tidak bermoral dan berakhlak, mereka boleh menggunakan pendekatan menasihati atau meminta perlakuan itu dihentikan serta-merta," katanya.

Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali berkata, rakaman sesi fotografi itu dipercayai berlangsung kira-kira 10 minit.

"Ia menarik minat pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan kerana mereka berpakaian tidak senonoh," katanya.-BH

Artis: Kim Hyun Joong Pukul Kekasih

DUA tahun menjalinkan hubungan cinta, Kim Hyun Joong tidak pernah mempunyai masalah dengan kekasihnya.

Namun sejak beberapa bulan lalu, menurut laporan Soompi, hubungan cinta itu mula goyah dan mereka kerap bertengkar.



Lebih teruk lagi, pertelingkahan mereka menjadi serius apabila Hyun Joong mengasari kekasihnya itu dengan menampar wajah wanita tersebut.

"Hyun Joong telah mengasari kekasihnya. Malah wanita itu ditendang dan dipukul sehingga menyebabkan kecederaan di wajah, dada, lengan dan bahagian belakang badan.

"Dia terpaksa ditahan di hospital selama dua minggu gara-gara tindakan kasar Hyun Joon," kata sumber.

Sementara itu, syarikat pengurusan aktor itu, KeyEast Entertainment terkejut dengan berita tersebut kerana tidak tahu dia sudah pun mempunyai kekasih.--mStar

Artis: 5 Gambar Kekasih Terbaru Sharifah Sakinah

5 Gambar Kekasih Terbaru Sharifah Sakinah | Patah tumbuh hilang berganti, begitulah adat bila bercinta. Terbaru Sharifah Sakinah akhirnya mempamerkan wajah terbaru kekasihnya seorang juruterbang di laman sosial Instagramnya.



Antara kapsyen yang ditulisnya menerusi sekeping gambar dan membayangkan mereka sedang berhubungan,"First time sending you to the airport. Be safe :( "



Untuk info, Sharifah Sakinah sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan anak Erma Fatima, Ahmad Albab, namun keduanya telah disahkan putus cinta pada penghujung 2013.









Artis: Rita Rudaini Failkan Tuntutan Muta'ah RM300,000 Terhadap Aidil Zafuan

Laporan awal menerusi akaun sosial Harian Metro hari ini menyebut yang Rita Rudaini hari ini telah memfailkan tuntutan mutaah RM300,000 terhadap bekas suami Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.




Untuk makluman anda, mutaah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut Hukum Syarak.

Kadar mutaah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut‘ah tersebut...Rotikaya

Sunday, 24 August 2014

Bomoh, anak kena bayar ganti rugi

KOTA BHARU – Seorang bomoh yang dikenali dengan panggilan Che Senah Selendang Kuning bersama anak perempuannya yang menipu seorang wanita sehingga mangsa kerugian RM20,000 diarahkan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam supaya membayar wang pampasan berjumlah RM15,000 kepada mangsa itu.



Majistret Mohd. Isa Mohamed menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Hasnah Daud, 48, dan anaknya Mimisyazwani Azmi, 28, setelah kedua-dua beranak itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapi secara berasingan.

Mohd. Isa memerintahkan Hasnah yang berdepan dakwaan memperdaya mangsa, Norsiah Ismail, 53, membayar sebanyak RM8,000 kepada mangsa manakala Mimisyazwani yang didakwa bersubahat bersama ibunya membayar pampasan sebanyak RM7,000 kepada mangsa sama.---Kosmo

Artis: Maria Farida Tegur Artis Baru Tidak Berdisiplin

Pelakon jelita yang cukup berpengalaman dalam bidang lakonan, Maria Farida telah menegur beberapa artis baru yang tidak berdisiplin dalam pengurusan masa dan juga perkara-perkara yang lain semasa di lokasi penggambaran.

Dia yang begitu selektif dalam memilih karakter dalam setiap lakonannya memberitahu bahawa dia hanya akan bekerja apabila ‘team’ tersebut pernah bekerja dengannya sebelum ini dan tidak mempunyai masalah dengannya dan juga krew-krew lain di lokasi.



Baginya keselesaan bekerja di lokasi amat penting buat dirinya untuk mengembalikan mood dan penat setelah bekerja seharian.

“Saya agak selektif atau memilih setiap naskhah yang ditawarkan bukan apa saya mahu ianya berkualiti dan juga saya akan lihat siapa pengarah serta pelakon-pelakon yang akan bekerja bersama saya,” katanya yang ketika ditemui di tayangan filem Mamak Cupcakes.

“Sekiranya produksi tersebut bermasalah atau sebelum ini saya telah mempunyai pengalaman yang tidak begitu memuaskan atau tidak berasa selesa, saya akan terus menolaknya secara baik. Kita hendak bekerja dalam suasana yang tenang dan ceria”

Sehubungan dengan itu, Maria Farida juga turut menegur beberapa artis baru yang katanya tidak berdisiplin dalam membabitkan urusan pekerjaan. Baginya masa amat penting dalam sesuatu produksi filem mahupun drama. Turut dikongsinya juga pengalamannya, apabila dia mengangkat begnya dan terus beredar sahaja dari lokasi penggambaran kerana tidak tahan menunggu kerenah sebahagian artis-artis baru ini masih tidak sampai ke lokasi penggambaran.



“Kadang-kadang sebahagian artis baru ini tidak hormat kepada pengurusan masa, adakalanya mereka ini sengaja mengambil kesempatan datang lambat ke lokasi penggambaran dan tidak menghormati krew-krew dan juga artis-artis yang bekerja bersama mereka”

”Jadinya ‘scene’ mereka itu terpaksa ditangguhkan dan ini menjejaskan masa pelakon lain untuk menunggu babak yang seterusnya. Jenis saya pula tidak pandai untuk marah, cuma sudah dua kali saya tidak tahan dan telah mencapai tahap kesabaran, saya hanya mengangkat beg dan terus beredar dari lokasi penggambaran tersebut,” ujarnya. (rtky/hfz)

Lagi!! Kes pukul bongkar tanam janin

Gombak: Seorang ibu tergamak menggugurkan kandungan berusia lima bulan dan menanam janin itu di kebun sayur berhampiran rumahnya di Pangsapuri Julia Kampung Bendahara Selayang, di sini, selain merahsiakannya selama dua minggu.

Wanita berusia 24 tahun itu mengaku memakan ubat dibeli di sebuah klinik di sekitar Selayang untuk menggugurkan kandungannya dengan alasan tidak mahu anak dikandung dijangkiti penyakit batuk kering.



Bagaimanapun perbuatan kejinya terbongkar selepas disiasat polis berikutan laporan dibuat abang wanita itu, kelmarin.

Menurut sumber, laporan polis itu sebenarnya menjurus kepada kes wanita itu dipukul dan dikurung suaminya di dalam rumah.

“Hasil soal siasat membawa kepada maklumat mengejutkan sebelum polis menemui janin yang ditanam di kebun pisang berhampiran rumah suspek,” katanya.--Hmetro

Artis: Enot Dituduh Pura-Pura Sakit

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Enot berasa kesal apabila ada pihak menuduhnya sengaja berpura-pura sedang bertarung dengan kanser usus yang kritikal.

Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 36, berkata, dia terkejut dengan tuduhan itu apabila ada pihak berkata kansernya berada pada tahap empat sedangkan ia baru pada tahap dua.

"Sejak bila pula kanser saya di tahap empat? Sakit kanser usus saya ini sebenarnya di tahap dua! Pelik, apabila berkongsi sakit, orang pertikaikan. Sedangkan selama ini saya tidak pernah meminta bantuan daripada sesiapa pun.



"Saya usaha dan cari semangat sendiri untuk meneruskan hidup selain perlu bekerja demi menampung kehidupan bersama anak-anak.

"Apabila tuduhan ini timbul, saya anggap mereka mahu lihat saya mati terus agaknya," kata Enot dengan nada kesal kepada mStar Online yang dihubungi di sini pada Ahad.

Sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan pojok melaporkan seorang artis dikatakan menipu kononnya dia sedang sakit kanser tahap empat dan perkara itu menjadi tanda tanya kepada rakan-rakan baiknya apabila artis berkenaan masih dilihat sihat dan mampu bekerja.

Keadaan itu membuatkan rakan-rakan baiknya itu mula menjauhkan diri daripada artis itu kerana tidak tahan dengan sikapnya yang suka menipu.

Lebih pelik lagi, rakan-rakan artis itu turut mempertikaikan sebab-sebab dia enggan mendapatkan rawatan di hospital, sebaliknya lebih percayakan rawatan tradisional.

Sementara itu, Enot berkata, sepatutnya keputusan enggan menerima rawatan di hospital perlu dihormati kerana dia mempunyai sebab-sebab tertentu berbuat demikian.

"Memang saya tidak mahu terima rawatan di hospital. Ini kerana saya tidak mahu sakit lebih teruk, terlantar di hospital dan akhirnya pergi begitu sahaja.

"Siapa yang nak bagi makan minum kepada anak-anak? Nak harapkan bekas suami, tak makanlah mereka.

"Kerana itu saya mengambil inisiatif untuk mengambil ubat-ubatan tradisional dan sementara itu bolehlah saya berniaga. Tak kisahlah apa orang nak kata, saya masih kuat pun kerana anak-anak. Orang luar tidak tahu pun penderitaan yang saya lalui," ujarnya.

Dalam pada itu, Enot mengakui, sejak dia sakit, teman-teman baiknya semakin menjauhkan diri daripadanya dan dia terpaksa menerima hakikat itu.

Malah dia bersyukur, tanpa bantuan daripada sesiapa pun, kudratnya masih kuat untuk menguruskan perniagaan kek selain menjahit manik pada tuala dan pakaian.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah memberikan saya kudrat untuk melakukan pelbagai jenis kerja selain berlakon.

"Selain itu, kesihatan saya pun sedikit pulih selepas mengambil sejenis makanan tambahan daripada cendawan kultur. Biarlah dengan apa yang orang nak kata, yang penting saya ada cara tersendiri untuk menjaga diri," tegasnya.

Pelakon yang dikenali menerusi drama Mat Despatch itu pernah berkahwin dengan Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 dan bercerai pada Mac tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai dua orang anak iaitu Andriana Balqis, 13, dan Ariana Qaseh Qistina yang berusia tujuh tahun.--mStar

Artis: Zizan Razak Jelaskan Fotografi Pra Perkahwinan Di Jepun

PETALING JAYA: Pelawak Zizan Razak mengambil pendekatan untuk tidak mengulas berhubung dakwaan dia bersama kekasihnya, Emma Maembong telah menjalani sesi fotografi pra perkahwinan di Jepun baru-baru ini.

Zizan berkata, dia berpendirian demikian kerana menyifatkan perkara itu terlalu peribadi untuk didedahkan kepada umum.



"Perkara itu (sesi fotografi pra perkahwinan) satu benda yang sangat peribadi buat saya.

"Jadi tak perlulah saya bercerita lanjut. Dah sampai masanya nanti baru saya kongsikan berita gembira ini," katanya kepada mStar Online.

Baru-baru ini Zizan ke Jepun bersama Emma bagi menjalani penggambaran program pelancongan di negara itu.

Kunjungan ke negara matahari terbit itu dikatakan turut membuatkan mereka mengambil kesempatan merakamkan foto pra perkahwinan.

Difahamkan pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun depan.

Bagaimanapun, Zizan menafikan mereka berkahwin pada bulan tersebut.

"Tarikh itu (Januari) adalah kata orang. Sebetulnya tarikh perkahwinan kami masih lagi dalam perbincangan.

"Nantilah apabila sudah hampir tarikhnya, kami akan berkongsi berita gembira ini. Sekarang ini, semuanya dalam perancangan lagi," tuturnya.--mStar

Jom Lihat: Koleksi Gambar-gambar Kajol Berada Di Malaysia, memamg kecoh

Mana taknya, banyak filem Bollywood yang kekal sebagai all time favourite orang ramai. Contohnya, Kuch Kuch Hota Hai, Dilwale Dulhania Le Jayenge, Kabhi Kushi Kabhi Gham. Eh, banyak lagi lah!

Dek kerana itu, kunjungan Kajol buat pertama kalinya di Malaysia sempena pelancaran saluran baru Astro, Astro Box Office (ABO) BollyOne HD (saluran 251) semalam telah membuatkan semua orang jadi excited! Termasuklah selebriti Malaysia sendiri.


Awal Ashaari dan Lisa Surihani adalah antara manusia yang paling bertuah kerana dapat ber’selfie’ dengan Kajol. Bukan senang nak dapat peluang sebegini lebih-lebih bagi mereka yang membesar dengan menonton filem lakonan Kajol. Peluang sekali seumur hidup kot. Menariknya Kajol berkata kepada Lisa Surihani ‘Kalau dikurniakan lagi anak perempuan, saya mahu namakan dia Lisa macam nama kamu‘. Ini bermakna Kajol mengakui kecantikan wanita Malaysia. Yeah ~~~

Kajol Bersama Selebriti Malaysia

Kajol Bersama Selebriti Malaysia

Kajol Bersama Selebriti Malaysia

Kajol Bersama Selebriti Malaysia

Kajol Bersama Selebriti Malaysia

Kajol Bersama Selebriti Malaysia

Kajol Bersama Selebriti Malaysia

Kajol Bersama Selebriti Malaysia



MH17:Urusan bawa keluar satu lagi jenazah esok

THE HAGUE - Urusan membawa keluar satu lagi jenazah warga Malaysia mangsa tragedi MH17 dari Kem Perubatan Tentera Hilversum dekat sini, akan bermula esok.

Sumber berkata jenazah lelaki Islam itu dikenal pasti identitinya pada Jumaat lepas, namun proses membawa keluar hanya akan bermula esok kerana urusan pentadbiran dan formaliti tidak dijalankan pada hujung minggu.



"Kita akan cuba melalui proses membawa keluar pada Isnin. Kebiasaannya proses mengambil masa beberapa hari kerana banyak prosedur dan dokumentasi perlu dilakukan," katanya kepada Bernama.

Menurut Prosedur Operasi Standard, sebaik sahaja dikenal pasti jenazah adalah milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, jenazah kemudian perlu melalui lima proses penting.

Ini antaranya melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar.

Selesainya proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di sini, kira-kira 90km dari Hilversum untuk menjalani pengurusan jenazah mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Sumber itu turut tidak menolak kemungkinan ada beberapa lagi jenazah akan diuruskan untuk dibawa balik serentak dengan jenazah lelaki itu bagi kumpulan ketiga namun enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, seorang anggota keluarga kepada jenazah lelaki itu yang enggan dikenali berkata pihaknya bersyukur kerana jenazah anggota keluarga mereka telah dikenal pasti dan berharap dapat membawa pulang secepat mungkin.

Pada Jumaat, kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas dan hari ini, kumpulan kedua melibatkan tiga mangsa tragedi itu tiba di tanah air.

Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai lepas.

Ia dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. - Bernama--Sinarharian

MH17: Penerbangan Paling Sukar, Namun Dimudahkan - Kapten Missman

SEPANG: Ketua Juruterbang, Datuk Kapten Missman Leham menyifatkan tugasan membawa pulang 20 jenazah tragedi Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang tiba di tanah air pada Jumaat lepas adalah 'penerbangan paling sukar' baginya sejak menyertai syarikat itu, 33 tahun lalu.

Missman berkata, penerbangan selama 12 jam itu juga merupakan penerbangan paling emosi buatnya kerana beliau tahu siapakah 'penumpang' istimewa pesawat khas MH6129 selain mengenali secara peribadi sebahagian mereka.



"Dua, tiga hari sebelum berlepas sudah rasa sedih, sebab kita tahu ini penerbangan paling penting dan dinantikan ramai, khususnya kepada waris mangsa," katanya semasa ditemui selepas istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, Ahad.

Bagaimanapun, Missman bersyukur kerana penerbangan yang membawa 20 jenazah itu dimudahkan, bukan sahaja dari sudut cuaca yang baik, namun mendapat kerjasama daripada semua negara yang dilaluinya.

Katanya, setiap negara yang dilalui memberi penghormatan tinggi kerana mengetahui pesawat itu membawa muatan penting.

"Contohnya seperti di Iran. Lazimnya apabila melintasi negera itu, mereka akan meminta 'entry number' tetapi kali ini awal-awal lagi mereka sudah maklumkan kita.

"Mereka beritahu tidak perlu entry number, pesawat boleh teruskan penerbangan. Mereka selalunya begitu tegas dalam hal ini," katanya.

Mengimbas kenangan mengemudikan pesawat itu, Missman berkata, beliau tidak putus-putus menyedekahkan al-Fatihah kepada mangsa beragama Islam dan bertafakur untuk agama lain.

"Sebelum memulakan penerbangan, saya sempat 'berjumpa' dengan mereka (jenazah). Saya cakap kepada Hakimi (pembantu juruterbang MH17 Ahmad Hakimi Hanapi) dan rakan-rakan, kami akan bawa kamu balik. Kamu akan berjumpa dengan orang yang dikasihi," katanya.

Pada penerbangan itu, Missman dibantu Kapten Bakri Othman dan Kapten Zaim Khalid serta pegawai penerbangan Yap Yoon Kong.

Ditanya apakah yang menyebabkan beliau dipilih untuk memikul tanggungjawab itu, Missman berkata, ia berkemungkinan kerana MAS mahu juruterbang senior untuk mengemudi pesawat itu.

Sejak diarahkan, Missman tidak putus-putus berdoa supaya penerbangan itu berjalan lancar dan tidak menghadapi masalah.

"Alhamdulillah, doa itu dimakbulkan," katanya.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

Seramai 43 rakyat Malaysia terbunuh dalam insiden itu. --mStar

MH17: Pagi yang pilu di KLIA

Sepang: Ketibaan pesawat MH19 yang membawa kumpulan kedua jenazah tragedi MH17 jam 8.30 pagi tadi disambut dengan hiba terutama hadirin yang menyaksikan secara langsung Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tiga jenazah lagi dibawa pulang di mana dua daripadanya disambut dengan istiadat penghormatan terakhir oleh Briged ke-12 Infrantri Malaysia.



Suasana menjadi lebih pilu ketika keranda diselimuti Jalur Gemilang membawa jenazah Penyelia Penerbangan Kabin pesawat MH17 Mohd Ghafar Abu Bakar dibawa turun dari pesawat pada 8.35 pagi diikuti kotak berisi kendi abu pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), mendiang Ng Shi Ing.

Ditakdirkan Tuhan, seorang daripada lapan Anggota Tentera Malaysia (ATM) yang lengkap memakai pakaian seragam putih mengusung keranda Mohd Ghafar adalah anak saudara Allahyarham Mohd Ghafar iaitu Lans Koperal Mohd Sadiq Zakaria, 28.

Tepat 8.41 pagi, sebaik keranda Mohd Ghafar an abu Ng dimasukkan ke van jenazah, upacara bertafakur dilakukan bagi menghormati mangsa yang tiba hari ini.

Cuaca cerah pagi ini, melancarkan upacara penghormatan di landasan lapangan terbang di kompleks berkenaan sebelum jenazah dihantar ke lokasi persemadian terakhir.

Jenazah Allahyarham Mohd Ghafar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang, Selangor manakala abu mayat mendiang Ng dibawa ke pusat persemadian Xiao En Bereavement Care Sdn Bhd di Cheras, Kuala Lumpur.

Sementara identiti jenazah ketiga tidak didedahkan atas permintaan pihak keluarga, dan difahamkan jenazahnya dibawa terus ke kediaman keluarganya untuk disempurnakan.

Terdahulu, pesawat komersial MH19 yang membawa mangsa MH17 itu selamat mendarat di KLIA pada 6.53 pagi tadi selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Belanda pada 12.50 tengah hari Sabtu waktu tempatan (6.50 petang waktu Malaysia).

Pesawat MH19 bergerak ke Kompleks Bunga Raya pada jam 8.26 pagi bagi Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17.

Di Kompleks Bunga Raya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Norainee Abdul Rahman hadir menyambut ketibaan jenazah.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihak berkuasa Belanda mengenal pasti 31 mayat rakyat Malaysia, termasuk 23 yang sudah dibawa pulang ke tanah air hari ini dan kelmarin.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Selain 43 warga Malaysia, pesawat itu turut membawa penumpang warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.--Hmetro

MH17: Keluarga Berazam Penuhi Impian Ketua Pramugari MH17

PETALING JAYA: Keluarga ketua pramugari MH17 Dora Shahila Kassim berazam menjadikan impiannya satu kenyataan atau dengan erti kata lain 'meneruskan kehidupan untuk mencapai cita-cita'.

Abang Dora Shahila, Don Shahidan Kassim, 48, berkata impian adiknya ialah memastikan anak tunggalnya Nur Diyana Yazeera, 15, berjaya dalam hidup.

"Nur Diyana sudah saya anggap seperti anak sendiri dan pendidikannya adalah sangat penting untuk Dora Shahila. Keluarga kami akan melakukan yang terbaik untuk menyokong Nur Diyana, sama ada dari segi emosi atau akademik supaya dia boleh membuatkan ibunya berbangga," katanya sebelum menyedekahkan doa untuk Dora Shahila, 47, di tanah perkuburan Bukit Kiara, Sabtu.



Beliau berkata ahli keluarga menyedari bahawa mereka perlu meneruskan kehidupan tetapi mengaku ia adalah sangat sukar, terutama bagi Nur Diyana, ibunya Hasnah Mohd Yusof, 71, dan anak lelakinya yang berusia 22 tahun.

Ketiga-tiga mereka menjalani kaunseling di Hospital Selayang.

Untuk mengatasi rasa sedih kehilangan, ahli keluarga sentiasa berkongsi cerita tentang Dora Shahila.

"Kami duduk bersama dan ketawa mengenang kembali saat-saat indah, percutian dan jenaka, kerana dengan bercakap tentang dirinya, kami rasa seperti dia masih bersama kami. Kenangan bersamanya akan sentiasa dalam ingatan," katanya.

"Kami banyak berdoa dan ia telah banyak membantu kami berdepan saat-saat sukar ini. Kami juga berdoa untuk keluarga MH17 dan MH370 lain."

Beliau berkata hari perkabungan negara mampu memberikan kelegaan kepada ahli keluarga kerana akhirnya Dora Shahila dapat disemadikan dengan sempurna dan selamat.

Perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat yang berkumpul untuk meratapi mangsa sangat menyentuh hati, katanya.

"Keprihatinan dan kasih sayang yang ditunjukkan begitu bermakna dan kami mengucapkan terima kasih kepada anda semua ikhlas dari hati kami," katanya.--mStar

Sana-Sini Gempak : Drama tebusan dua jam berakhir ejekan

CHONGQING - CHINA. Keadaan panik ketika Gong Tseng, 30, menjadikan sepupunya Cui Meng, 29, sebagai tebusan dengan pisau di leher bertukar menjadi insiden memalukan kepada dirinya apabila penonton menjerit menyuruhnya bunuh diri selepas dia melepaskan tebusan dan meletakkan pisau dileher sendiri.

Menurut Mail Online, Tseng menjadikan Meng tebusan selepas berlaku pertikaian keluarga di bandar Chongqing, di selatan China.


Selepas dua jam, polis berjaya memujuknya melepaskan mangsa.

Namun, tindakan Tseng mengalihkan pisau ke lehernya sendiri mengundang ejekan daripada orang ramai yang mengatakan mereka telah penat menunggu dan hanya mahu melihat drama itu berakhir.

Difahamkan, Meng dilihat membuat panggilan telefon ketika menjadi tebusan dan dipercayai menelefon datuknya untuk membantu memujuk Tseng melepaskan dirinya.

Tseng akhirnya mengalah dan meletakkan senjata sebelum ditahan pihak polis. - SH

Saturday, 23 August 2014

Artis: Tiada Hak Eksklusif Siar Wajah Anak - Awal Ashaari

PETALING JAYA: Pengacara program Melodi, Awal Ashaari tidak akan memberikan sebarang hak eksklusif kepada mana-mana media cetak atau elektronik bagi memperkenalkan anak perempuannya kepada umum selepas isterinya, aktres Scha Al-Yahya selesai berpantang.

Awal, 33, sebaliknya berkata, dia akan menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook bagi memuat naik gambar anaknya yang dikenali sebagai Lara kepada para peminatnya.

"Selain media cetak dan elektronik kami juga tidak memberi hak eksklusif itu kepada mana-mana stesen TV dan akan menggunakan media sosial kami untuk memperkenalkan wajah dan nama penuh Lara kepada peminat.



"Setakat ini kami tidak ada membuat sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak dan lebih selesa dengan cara itu lebih adil kepada semua pihak," katanya kepadamStar Online.

Scha selamat bersalin kira-kira pukul 5.50 petang pada 22 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur dan bayi perempuan seberat 3.17 kilogram itu dilahirkan secara normal.

Pasangan itu berkahwin pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dan ia turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.

Dalam pada itu, mengulas mengenai keputusannya untuk tidak memaparkan wajah anaknya kepada umum sehingga dikritik hebat peminat, Awal berkata, dia menghormati Scha yang masih berpantang dan mahu isterinya itu sendiri memperkenalkan Lara kepada peminat.

Bagi Awal, perasaan Scha menjadi keutamaan kepadanya berbanding perkara lain selain tidak mengambil kisah tentang apa yang ingin diperkatakan oleh pihak lain tentang keputusannya itu.

"Tidak letak salah, tunjuk pun salah. Apa pun yang keputusan yang kami buat pasti akan dipandang buruk oleh orang lain jadi kami buat apa yang dirasakan terbaik.

"Scha masih berpantang dan biarlah dia kembali pulih dahulu dan seperti dijanjikan apabila selesai sahaja berpantang dia sendiri akan memperkenalkan anak kami.

"Apabila melihat sendiri kesusahannya melahirkan anak kami saya tidak mahu perasaannya terguris dan apa juga orang hendak kata tentang kami itu adalah pilihan mereka," jelasnya.

Bagaimanapun kata Awal, sebagai bapa dia terguris hati apabila ada yang mempersendakan nama anaknya dan menganggap ia tidak sepatutnya menjadi pertikaian.

"Itu adalah pilihan kami dan sudah tentu kami telah buat kajian sebelum memberikan nama tersebut dan ia membawa maksud yang baik dalam bahasa lain," ujarnya.

Sementara itu, Awal berkata, buat masa ini dia menolak sebarang tawaran di luar Lembah Klang bagi memberikan tumpuan selain meluangkan lebih masa kepada isteri dan anak mereka di rumah.

Awal memberitahu, pengalaman bergelar bapa adalah sesuatu yang luar biasa dan Lara mengajarnya pelbagai perkara setiap hari.

"Pengalaman jaga anak, mandikan dia dan berjaga di malam hari apabila dia terjaga adalah sesuatu yang menakjubkan dan ia saat indah buat kami berdua," jelasnya.--mStar

MH17: Jenazah Mohd Ghafar Disemadi Sebelah Pusara Anak

KUALA LUMPUR: Jenazah Penyelia Penerbangan Kabin pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Mohd Ghafar Abu Bakar akan disemadikan di sebelah pusara anak lelakinya di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang, esok.

Isteri Allahyarham, Normi Abdullah, 54, berkata arwah akan dikebumikan bersebelahan pusara anak ketiganya, Arif Aiman, 12, yang meninggal dunia pada 2006 akibat kanser.

Beliau berkata wakil MAS yang hadir ke rumahnya pada 2 petang tadi memaklumkan jenazah suaminya dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pagi esok.



Jenazah yang menaiki pesawat MAS itu, diiringi tiga orang anaknya iaitu Sa'imah Baizura, 29, Ammar Syarif, 25, dan Afi Hazim, 14, bersama bapa saudara mereka Luqman Abdullah, 49, dari Amsterdam ke Malaysia.

"Jenazah akan dibawa pulang ke rumah seketika bagi memberi peluang kepada keluarga terdekat dan sahabat handai menziarahi arwah sebelum disembahyangkan di Masjid Bukit Indah, Ampang," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Ampang dekat sini, hari ini.

Normi berkata beliau memilih tanah perkuburan Taman Kosas, bagi memudahkan kesemua anaknya menziarahi kubur bapa dan anak ketiganya itu memandangkan mereka telah menetap di Ampang sejak 23 tahun lepas.

Ketika ditanya mengenai penerimaan anak bongsu mereka iaitu Afi Hazim yang merupakan anak sindrom Down tentang ketiadaan bapanya, Normi berkata dia seolah-olah memahami bahawa bapanya telah meninggal dunia.

"Dalam tempoh sebulan selepas kejadian, dia tidak bertanya apa-apa lagi tentang bapanya sehingga pada hari pengumuman identiti mangsa...dia ada cakap 'ayah dah tak ada'...saya tanya macam mana abang tahu dan dia hanya menyebut 'Allah'.

"Pada pemahaman saya, sedangkan kita orang biasa ada kalanya dapat perkhabaran melalui mimpi apatah lagi anak istimewa seperti dia...mungkin dia juga ada mimpi tentang ayahnya sudah tiada," katanya dan menambah anak bongsunya itu terlalu rapat dengan bapanya.

Suri rumah itu berkata Allahyarham telah berkhidmat selama 33 tahun dengan MAS, dan kini anak sulungnya mengikut jejak langkah ayahnya bekerja sebagai pramugari di Singapore Airlines manakala anak keduanya bekerja di sebuah syarikat perbankan di ibu negara.

Meluahkan rasa terharu terhadap sokongan daripada rakan-rakan serta jiran tetangga, Normi berkata sejak tercetusnya tragedi itu sehingga hari ini, mereka tidak putus-putus datang menghulurkan bantuan.

"Alhamdulillah kerana masa puasa mereka tidak pernah putus menghantar makanan dan menziarahi saya sekeluarga termasuk pada hari raya," katanya.

Normi juga menjelaskan jawatan Allahyarham suaminya itu ialah Penyelia Penerbangan Kabin dan bukannya Ketua Pramugara seperti yang kebiasaannya dilaporkan oleh media.

Sementara itu, rakan karib Normi iaitu Azidah Abdullah, 56, menyifatkan sahabatnya itu sebagai seorang wanita dan ibu yang tabah dalam mengharungi dugaan hidup meskipun pernah kehilangan anak tersayang dan kini suami tercinta.

Menurut Azidah, suaminya Wan Azmi Wan Hasan, 53, yang merupakan Ketua Pramugara MAS, juga rakan karib dan rakan setugas Allahyarham ingin bersama keluarga Allahyarham untuk menyempurnakan jenazahnya esok namun kerana kekangan tugas, suaminya tidak dapat menghadiri pengebumian itu.

"Dia ketika ini berada di Frankfurt, Jerman dan hanya pulang ke tanah air Isnin ini. Dia ada meluahkan rasa terkilan memandangkan dia dan suami Normi bagai adik-beradik sejak sekian lama," katanya.

Di MELAKA, ibu Allahyarham iaitu Maimon Sarpan, 74, berkata beliau mengetahui mengenai kepulangan jenazah anaknya itu daripada suaminya, Ismail Saleh, 75.

Beliau dan suaminya akan pergi ke KLIA esok.

"Makcik amat lega akhirnya jenazah anak dapat dibawa balik, sebagai ibu memang sedih malah semua yang sambut juga rasa sedih," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Masjid Tanah, Alor Gajah hari ini.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.

Selain 43 warga Malaysia, pesawat itu turut membawa penumpang warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

Semalam 20 jenazah telah dibawa pulang ke tanah air untuk disemadikan.--mStar

Artis: Pengakuan Raja Farah

SEMENJAK mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria pada 2010, Raja Farah telah membuat keputusan untuk mengurangkan aktiviti seninya.

Kata pemilik nama penuh Raja Farah Raja Aziz ini, dia lebih mengutamakan keluarga berbanding soal kariernya.

Begitu pun, setelah hampir empat tahun hidup berdua dengan suaminya, timbul bibit-bibit kesunyian di hatinya sekali gus membuatkan pelakon berusia 26 tahun itu mempertimbangkan semula keputusannya sebelum ini.



"Sehingga kini, saya dan suami masih lagi belum dikurniakan anak seterusnya menyebabkan saya mula berasa keseorangan.

"Jadi, timbul idea untuk saya kembali aktif semula berlakon dan dia (suami) pula mengizinkan saya.

"Namun, masih ada garis panduan yang perlu saya ikuti sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin," katanya pada Zass.

Dia yang kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri, Salju Sakinah bergandingan dengan aktor, Yus Waisar untuk TV Al Hijrah (saluran 114) mengakui sudah bersedia untuk membuat kemunculan semula.

"Saya memang sudah menguar-uarkan kepada semua produksi termasuk penerbit mengenai perkara ini.

"Drama 13 episod ini adalah 'job' pertama saya untuk menuju ke arah tersebut," katanya.

Selain itu, Raja Farah juga baru saja tamat kontrak sebagai pengacara program, Rasa Halal Antarabangsa musim ke-9 dan 10 untuk Astro Oasis (saluran 106).

"Saya baru saja tamat menjalani penggambaran bagi program tersebut.

"Tetapi, saya sangat berbesar hati sekiranya pihak Astro masih memerlukan khidmat saya sebagai pengacara," katanya.

Kerap berjauhan, Raja Farah jawab isu rumah tangga bergolak

Kekerapan pelakon dan pengacara, Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz yang dilihat sering keluar ke mana-mana keseorangan tanpa bertemankan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria menimbulkan spekulasi yang 'bukan-bukan' mengenai mahligai yang dibina, sejak empat tahun lalu.

Bahkan, ada pula ura-ura yang mengatakan rumah tangga pasangan ini sedang retak menanti belah.

Begitu pun, teraju utama filem Salon ini menafikan semua spekulasi dan khabar angin yang bertiup kencang tetapi mengakui dia kini sedang berjauhan dengan suaminya lantaran tuntutan tugas masing-masing.

"Sejak tahun 2011, saya dan suami sudah sering berjauhan kerana suami adalah jurulatih selam skuba di Pulau perhentian, Terengganu manakala saya pula menetap di Kuala Lumpur.

"Tapi, sejak Januari lalu, saya mengambil keputusan untuk berpindah ke Pasir Mas, Kelantan kerana mahu lebih dekat dengan suami.

"Tahun lepas adalah waktu paling genting dalam hubungan kami kerana kami sering berjauhan. Sehingga ada pada satu ketika, pernah dua bulan kami tidak sempat berjumpa.

"Jadi, orang melihat saya jarang bersama suami dan lebih banyak keluar bersendirian atau ditemani ibu, kemudian timbul macam-macam andaian. Saya mohon, doakanlah yang terbaik untuk kami sekeluarga," katanya.

Katanya, adatlah sekiranya ada berlaku perselisihan faham di antara mereka suami isteri, tetapi itu tidaklah bermakna ia sehingga membawa kemudaratan kepada mereka berdua.

"Banyak konklusi boleh dibuat dan orang juga boleh kata apa saja, cuma apabila ia berkaitan dengan hal peribadi, saya lebih suka mendiamkan diri.

"Jika ada yang ingin tahu, datang bertanya dan saya boleh menceritakannya.

"Alhamdulillah, setakat ini, saya dan suami tiada apa-apa masalah besar yang boleh membawa kepada keputusan yang tidak diingini," katanya yang berhasrat untuk menetap kembali di Kuala Lumpur.
Masih menanti cahaya mata

Hampir empat tahun usia perkahwinannya, namun Raja Farah dan suami masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sebenarnya itulah yang dinantikan oleh pelakon berusia 26 tahun itu bersama suami sejak sekian lama.

Namun dengan kesibukan masing-masing mereka cuma mampu berserah kepada ALLAH SWT.

Raja Farah menjelaskan, dia dan suami sememangnya inginkan cahaya mata tetapi masih belum mempunyai rezeki lagi.

"Saya dan suami memang sedang berusaha ke arah itu. Kami sudah mencuba pelbagai rawatan sama ada secara tradisional mahu pun moden.

"Saya anggap masih belum ada rezeki daripada Yang Maha Esa.

Semua dugaan itu diambil oleh pelakon filem Lagenda Budak Setan itu dengan positif. Apa yang penting, sikap memahami dan mengambil berat menjadi salah satu keistimewaan yang ada pada suaminya.

Dalam pada itu, Raja Farah juga tidak menafikan dakwaan bahawa dia dan suaminya sedang berusaha untuk mendapatkan seorang anak angkat buat penyeri hidup mereka berdua.

"Sebelum ini, kami hampir mengambil seorang anak angkat lelaki tapi mungkin ALLAH SWT tidak mengizinkan apabila pada waktu sama saya mendapat tawaran berlakon drama di Johor Bahru.

"Jadi, saya risau tidak mampu memberikan sepenuh tumpuan kepada bayi itu. Tapi sekarang suami saya serius sedang berusaha untuk mendapatkan anak angkat lain untuk kami," katanya.

Raja Farah Collection

Dalam perkembangan lain, pelakon filem Anak Halal ini memberitahu dia kini tidak lagi menjalankan perniagaan snogurt yogurt beku, sejak 15 Ogos lalu.

"Sebab utama kepada penutupan perniagaan terbabit adalah apabila tiada siapa hendak menguruskannya lagi.

"Lebih-lebih lagi, saya kini sudah berpindah ke Kelantan manakala ahli keluarga yang lain sibuk dengan tuntutan tugas masing-masing," katanya.

Begitu pun, pelakon drama Annisa masih lagi bergelar usahawan setelah kembali aktif dalam menjalankan perniagaan menjual busana Muslimah.

"Buat masa ini, perniagaan saya itu akan bergerak secara online melalui laman sosial Facebook dan Instagram." akhirinya.--Sinarharian

Terkini: Pesawat MAS Ke Tokyo Patah Balik Ke KLIA Selepas 50 Minit Berlepas

PETALING JAYA: Sebuah pesawat MAS yang dalam perjalanan ke Tokyo dilaporkan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas 50 minit berlepas atas faktor keselamatan.

Menurut laporan sebuah portal berita dalam talian, MH70 dilaporkan berlepas daripada KLIA ke Lapangan Terbang Narita Tokyo pada pukul 10.50 pagi namun sebaik sahaja pesawat itu tiba di KLIA, penumpang dimaklumkan bahawa jadual penerbangan telah disusun semula pada pukul 1.15 petang bersama dengan pesawat yang berbeza.



Mengikut laman web MAS, MH70 berlepas daripada KLIA pada pukul 1.22 petang. Ia dijadualkan tiba di Tokyo pada pukul 9.40 malam.
Usaha untuk mendapatkan komen daripada syarikat penerbangan itu bagaimanapun tidak berhasil.

MAS menjadi tumpuan pada tahun ini, selepas dua pesawatnya terlibat dengan tragedi, bermula dengan kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu, dan pesawat MH17 yang ditembak jatuh oleh puak pemisah di sempadan Ukraine pada 17 Julai.

MH370 membawa 227 penumpang, 12 anak kapal, berlepas daripada KLIA pada 12.41 pagi, 8 Mac lalu dan hilang daripada radar sejam kemudian, ketika berada di laut China Selatan. Ia dijadualkan tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.--mStar

MH17: Sharnaaz, Azwan 'berperang' di laman sosial

KUALA LUMPUR: Sharnaaz Ahmad menyelar tindakan Azwan Ali yang masih sanggup berselfie ketika rakyat Malaysia sedang berkabung menyambut kepulangan jenazah warga negara ini yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 semalam.

Malah pelakon drama popular 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' itu turut dikritik oleh Azwan di laman Instagram biarpun tidak ditulis secara jelas siapa yang dimaksudkan. Sharnaaz turut memuat naik gambar Azwan berselfie di laman Instagram miliknya.



Hari ini, Sharnaaz memuat naik pula paparan skrin yang bertulis status Azwan di Twitter di laman bergambar popular itu. Ikuti komen balas Sharnaaz menerusi khidmat aplikasi Whatsapp yang dikongsinya kepada BH Online.

"Saya tak nak komen banyak mengenai hal ini. Satu saja saya nak cakap kepadanya, mohon maaf pada bangsa sendiri sebelum ajal datang menjemputnya.

"Tak ada apa lagi yang saya boleh katakan kepada lelaki berpendidikan tinggi sepertinya yang sanggup memperbodohkan diri sendiri kepada masyarakat Melayu," katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama 15 episod berjudul 'Setitis Kasih Damia' di samping Nelydia Senrose untuk slot ratu di TV9.

Sebelum ini, Sharnaaz dan Nelydia pernah meledak dalam gandingan sulung mereka menerusi drama 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'.

Sementara itu, Azwan di laman Instagramnya memuat naik komen yang seolah-oleh mencabar Sharnaaz termasuklah isu cintanya dulu dengan Shila Amzah selain menegaskan beliau tidak mahu melayan artis gred biasa.--Bharian

MH17: Tangisan Anak Iringi Pemergian Pramugari MH17

SEREMBAN: Anak tunggal kepada pramugari pesawat MH17 tidak dapat menahan kesedihan di sisi keranda ibunya yang ditempatkan di Masjid At-Taqwa, Kampung Paroi di sini sebelum jenazah Mastura Mustafa disolat dan dikebumikan.

Muhriz Marzaidi, 10, duduk di tepi keranda ibunya dan menangis teresak-esak sambil mengesat air mata.



Dia kemudiannya dipujuk dan dibawa keluar dari ruang jenazah ibunya ditempatkan.
Inilah antara detik hiba yang menyelubungi apabila jenazah Allahyarham Mastura tiba kira-kira 12.40 tengah hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada Jumaat.

Jenazah kemudiannya ditempatkan di ruang khas di dalam masjid untuk orang ramai memberi penghormatan sebelum solat Jumaat.

Bapa Allahyarham, Mustafa Abdul Samad, 83, anggota keluarga dan saudara mara Allahyarham turut hadir.

Selesai solat Jumaat dan diikuti solat jenazah, van yang membawa jenazah Allahyarham beredar ke Tanah Perkuburan Islam Paroi, berhampiran Stadium Tuanku Abdul Rahman.

Suasana hiba terus dirasai di tanah perkuburan sebaik ketibaan jenazah Allahyarham untuk disemadikan buat kali terakhir.

Jenazah Allahyarham adalah antara 20 jenazah mangsa pesawat MH17 warga Malaysia yang dibawa pulang dari Amsterdam hari ini.

Allahyarham merupakan antara 298 penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines tersebut yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Ketika itu pesawat dalam perjalanan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur.-mStar

Friday, 22 August 2014

Rozana Dedah Awie (Wings) Tidak Pernah Daftar Nikah Sejak Kahwin

UALA LUMPUR: Isteri kepada penyanyi Awie iaitu Rozana Misbun hanya menyedari perkahwinannya selama ini yang telah mencecah lapan tahun tidak pernah didaftarkan di negara ini selepas dia merujuk masalah rumah tangganya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira dua bulan lalu.

Rozana, 36, berkata, suaminya pernah memberitahu kepadanya sebelum ini perkahwinan mereka di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 telah didaftarkan dan dia terkejut apabila diberitahu tiada sebarang rekod perkahwinan mereka berhubung perkara itu.


"Selepas tragedi 2 Jun lalu saya pergi ke Jawi dengan niat untuk mendapatkan khidmat kaunseling berhubung masalah rumah tangga kami dan apabila mereka semak surat perkahwinan kami di setiap negeri, ia tiada dalam rekod.

"Pada ketika itulah baharu saya mengetahui perkahwinan kami masih belum didaftarkan sepanjang sembilan tahun berkahwin," katanya kepada mStar Online.

Rozana ditemui pada satu sidang media khas yang diadakan di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Jumaat. Dia turut ditemani oleh dua peguamnya iaitu Majdah Muda dan Rubiah Jaffar.

Terdahulu Awie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu Rozana berkata, sejak kejadian tersebut Awie tidak pernah menghubunginya untuk bercakap mengenai soal perkahwinan atau perceraian sebaliknya terus membuat permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak mereka.

Jelas Rozana, dia keliru dengan tindakan suaminya itu sedangkan status perkahwinan mereka tidak dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan pengesahan.

"Kami belum pun bercerai dan dia sudah sibuk dengan soal hak penjagaan anak-anak kami sedangkan status perkahwinan pun belum disahkan dan didaftarkan di Malaysia.

"Saya sendiri tidak merebut anak-anak dengan dia tetapi dia yang membuat permohonan malah aduan yang saya lakukan sebelum ini langsung tidak melibatkan mahkamah syariah," jelasnya.

Sementara itu, Rozana berkata, dia akan mempertahankan haknya sebagai seorang ibu terhadap tiga anak-anaknya yang kini di bawah jagaan sementara suaminya.

Jelas Rozana, demi kembali bersatu dengan anak-anaknya dia tidak akan berdiam diri dan akan memastikan haknya sebagai seorang isteri dan ibu terbela di mahkamah. -Mstar

Friday, 8 August 2014

Mesti Tengok :Kempen boikot menjadi, McDonald's lengang

SHAH ALAM - Kempen boikot McDonald's yang bertebaran beberapa hari lalu di media sosial dan aplikasi mesej nampaknya benar-benar memberi kesan apabila tinjauan mendapati premis makanan segera itu kelihatan lengang pagi tadi.Sinar Harian Online memilih dua premis di sekitar Shah Alam yang selalunya menjadi tumpuan untuk tinjauan pihak kami pada sebelah pagi tadi.


Hasil pemerhatian hampir setengah jam mendapati tiada sebuah pun kenderaan melalui kaunter pandu lalu McDonald's di salah sebuah premis, sementara suasana di dalam premis pula sunyi tanpa kehadiran pelanggan.Menyedari kehadiran krew kami, seorang kakitangan premis meminta kerjasama kami supaya tidak membuat sebarang rakaman.

"Bang tak boleh rekod bang," katanya sebelum kami beredar menuju ke sebuah lagi premis McDonald's sekitar Shah Alam.

Sebuah lagi premis McDonald's pilihan kami juga nampaknya menerima nasib sama kesan daripada kempen boikot berkenaan. Mekipun kelihatan beberapa orang pelanggan namun ia tidak 'semeriah' sebelum ini.

Kaunter pandu lalu juga sunyi tanpa kehadiran pelanggan yang dahulunya setia mengunjungi premis makanan segera itu.Kelihatan seorang kakitangan McDonald's berehat di luar premis kerana kekurangan pelanggan tanpa mengendahkan kehadiran kami.

Walau bagaimanapun ketika kami menghampirinya, dia memberi isyarat enggan ditemubual.Kempen boikot McDonald's mula menjadi viral Selasa lalu dengan pesanan “Hari Boikot McD Malaysia!!! Bermula 8 Ogos 2014 jam 7 pagi hingga 7 pagi. Boikot McD bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar daripada Palestin". - SINAR HARIAN

Wednesday, 6 August 2014

Jom Lihat : Gambar Shafik Cili Padi Dulu Dan Sekarang

Nik Fariz Nik Fadzil memang terkenal dengan wataknya sebagai Shafik didalam drama bersiri remaja, Cili Padi yang disiarkan pada tahun 1993.

Drama bersiri yang disiarkan sebanyak tiga musim iaitu 13 episod setiap satu memang diminati kerana itulah satu-satu drama yang menonjolkan kanak-kanak sebagai pelakon utama.


Turut sama membintangi rancangan itu adalah Melissa Saila, Tam Suhaimi(Salim), Anne Ngasri(Lili) dan Jaafar Onn(Cikgu Jaafar). Masa berlakon cerita Cili Padi ni, Nik Fariz baru berumur 10 tahun.

Sekarang dia dah berumur 28 tahun dan dah jadi ayah dah pun kepada seorang anak perempuan yang kini berumur 1tahun 5bulan! Mesti cute anak dia sebab ayahnya pun cute! hahaha. Ok jom tengok gambar Nik Fariz semasa dia kecil dan apabila dewasanya dia.